Monday 23 January 2017

PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN PULAU PINANG GAGAL LAGI - MENAMBAH PANJANG SENARAI KEGAGALAN



Satu lagi projek kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Pinang menghadapi masalah.

Semalam, The Edge melaporkan Business Processing Outsourcing Prime (BPO Prime) dan projek Penang International Technology Park (PITP) dengan nilai keseluruhan RM11.3 billion, melibatkan Penang Development Corp (PDC) dan Temasek Holdings Private Ltd, dari Singapura telah di tangguhkan kerana situasi semasa pasaran hartanah.

Projek BPO Prime nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM1.3 billion di Bayan Baru, Penang sepatutnya disiapkan pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, ia telah ditangguhkan, secara tidak langsung mendorong kepada penangguhan projek PITP, yang dijadualkan bermula selepas projek BPO Prime.

Pada Oktober 2014, Lim Guan Eng dengan bangga menggembar gemburkan dan mengumumkan usaha sama mereka bersama Temasek dari Singapura untuk membangunkan Pulau Pinang sebagai hab penyemburan luar antarabangsa (international outsouring hub) untuk memberikan peluang pekerjaan "bernilai tinggi berasaskan pengetahuan" dan membangunkan Pulau Pinang.

Menurut Lim Guan Eng "BPO Prime adalah projek keutamaan yang merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan negeri untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai hab penyumberan luar antarabangsa. Ia akan mengukuhkan infrastruktur negeri dan menyokong industri BPO yang pesat berkembang di sini. ".

Hari ini, projek ini telah ditangguhkan mungkin selama-lamanya berpunca dari pasaran hartanah yang lembab dan kurang permintaan untuk "kondominium berkualiti tinggi", yang agak pelik kerana ia sepatutnya menjadi perniagaan hab penyumberan luar antarabangsa  dan BUKAN projek kondo.

Ini menambah lagi senarai panjang projek-projek yang telah dibatalkan atau sudah lama tertangguh antaranya - Terowong Pulau Pinang, Pusat Perubatan Taman Manggis, Eco Marina - yang sepatutnya untuk mengubah dan membangunkan Pulau Pinang serta ekonominya.

Ia tidak menghairankan bahawa negeri-negeri seperti Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan telah memotong kedudukan Pulau Pinang pada Median Pendapatan Isi Rumah ( Median Household Income) atau Purata Sederhana Gaji dan sebab itu juga pertumbuhan perkapita KDNK di Pulau Pinang tersenarai yang tercorot (menurut Gerakan) atau tempat ke-4 paling rendah (mengikut LGE ) pertumbuhan perkapita KDNK di kalangan semua 14 negeri sejak 2008

Ketidakcekapan kerajaan DAP Pulau Pinang manakala perbelanjaan mengurus tahunan negeri kini meningkat 500% sejak tahun 2008 di biayai hasil dari penjualan semua tanah dan aset kerajaan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang  - satu strategi jangka pendek sangat tidak mapan.

---
Sumber:



Wednesday 28 December 2016

MH8205 MADINAH-KL TERPAKSA MENDARAT DI BOMBAY

Pesawat MH8205 yang dalam penerbangan dari Madinah ke ibu negara, semalam terpaksa mendarat di Bombay, India selepas mengalami masalah teknikal.

Pesawat sewa khas untuk jemaah umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Bin Abdul Aziz pada jam 8.49 malam waktu tempatan semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi ini.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerusi kenyataan menjelaskan sistem pemindahan minyak dalam pesawat mengalami masalah, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan mendarat di Bombay.

"Juruterbang bertindak sedemikian walaupun masalah teknikal berkenaan tidak mempunyai sebarang isu keselamatan.

"Ini kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dalam mengharungi sebarang masalah ketika dalam penerbangan.

"Sehubungan itu, pesawat berkenaan ketika ini selamat mendarat di Bombay dan sedang diperiksa jurutera tempatan," katanya, hari ini.

MAB turut memberi jaminan untuk menjaga kebajikan penumpang sementara pesawat berkenaan diperiksa di Bombay dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Kami memohon maaf kepada penumpang berikutan masalah ini," katanya.


SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 MENGAKU TIDAK BERSALAH

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur agensi berkenaan.

Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad.

Beliau didakwa memiliki RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah serta 86 jam tangan mewah pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini termasuk pejabat JANS.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, turut dihadapkan ke mahkamah sama.

Fauziah didakwa atas 19 pertuduhan membabitkan wang RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan barang perhiasan emas serta bukan emas, manakala Lam Beng didakwa atas empat pertuduhan membabitkan wang RM2.38 juta serta sebuah kenderaan mewah, namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Awang Mohd Tahir dan isteri turut didakwa atas dua pertuduhan bersama mengikut seksyen dan akta sama masing-masing atas tuduhan memiliki 575 dan 346 barang kemas pelbagai jenis.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farez Rahman, Husmarudin Husin, Rozana Abd Hadi dan Rustam Sanip.

Awang Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam, Hairul Vaiyron Othman serta Ariel C Dasan, manakala Lam Beng diwakili peguam Chin Tek Ming, Baldev Singh dan Karpal Singh.

Ummu Khaltom menangguhkan prosiding kepada jam 1 tengah hari ini untuk menetapkan jaminan terhadap semua tertuduh.


MAHATHIR HANYA PEDULI PERASAAN DIA SAHAJA, PERASAAN RAKYAT DIA TIDAK PEDULI

MENJADI seorang pemimpin mahupun ahli politik haruslah memiliki perasaan keprihatinan terhadap setiap jiwa yang dipimpinnya. Malah, ini turut diajar dalam mana-mana agama sekalipun, waima Islam sendiri.

Menurut pendapat Al-Mawardi jelas menyebut: "Sistem khilafah itu bertanggungjawab memelihara agama dan mengurus urusan kebajikan rakyat. Orang yang terbabit dalam pengurusan di peringkat tinggi dipanggil pemimpin. Pemimpin negara Islam pada peringkat awalnya digelar sebagai al-khalifah, amir al-mu'minin dan al-imam."

Soalnya sekarang, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja hilang kewarasan, malah semakin hilang pertimbangan sifat dan perasaan empatinya terhadap orang lain.

Bayangkan, untuk seorang musuh yang ditentangnya sejak tahun 1967 lagi, iaitu dua tahun selepas dia bergelar Ahli Majilis Tertinggi Umno, dia sanggup berkata bahawa segala sengketa dan permusuhan lama dilupakan begitu sahaja? Semuanya demi agenda politik peribadi.

Musuh yang dimaksudkan tersebut adalah bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang. Hari ini, demi sebuah perasaan hasad dengkinya, Mahathir mencari kembali Kit Siang dan bekas timbalannya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk menentang musuh yang satu (Perdana Menteri).

"Saya punya perasaan terhadap Anwar dan Kit Siang hanya sedikit, saya dah lupakan perasaan saya terhadap mereka, jadi saya kini bekerja dengan mereka dalam satu gerakan," katanya dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 di pejabat Malaysiakini pada 22 Disember 2016.

Mahathir sudah tidak peduli apa perasaan orang Melayu yang menaikkannya jadi Perdana Menteri selama 2w tahun. Perasaan mereka dipermainkan Mahathir kerana dulu mereka diajak melawan Kit Siang sebagai bapa rasis no. 1 oleh Mahathir.

Perasaan Mahathir juga bukan setakat kerjasama antara bekas musuhnya, malah dia juga tidak langsung memikirkan soal jerih perih kesusahan dan perasaan rakyat yang mengharapkan pertolongan dari pihak berwajib.

Lihat sendiri bagaimana Mahathir sanggup menghina penerima BR1M yang merupakan kumpulan rakyat tersasar ini sebagai menerima rasuah yang salah disisi agama serta undang-undang negara.

Tidakkah Mahathir menghiraukan perasaan 7.4 juta rakyat yang amat gembira dan bersyukur apabila menerima bantuan dari kerajaan?

Tidakkah Mahathir bersimpati melihat saat wajah-wajah mereka yang tersenyum manis pabila menerima bantuan BR1M?

Adakah Mahathir cuba untuk menarik senyuman manis penuh syukur ini dari mereka?

Jawabnya ya. Peduli apa Mahathir akan perasaan rakyat-rakyat susah yang menerima BR1M itu, asalkan perasaan dirinya sendiri untuk 'membunuh' karier politik Datuk Seri Najib Razak akan tercapai.

Matlamat menghalakan cara pada Mahathir. Politik Machiavelli sudah menguasai perasaan Mahathir.

Jika Mahathir sanggup berlaku kejam terhadap empat bekas timbalannya, maka apalah sangat dia tidak menghiraukan perasaan rakyat susah penerima BR1M itu?

Perangai buruk Mahathir juga turut merebak dalam organisasi parti 'miliknya' iaitu PPBM. Ramai yang terkabur, hasrat Mahathir melantik anaknya sendiri menjadi Timbalan Presiden PPBM secara jalan pintas. Cepat dan selesa untuk dinaikkan sebagai presiden parti.

Lihatlah bagaimana Mahathir mengatur pemimpin partinya. Sekarang perasaan Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM telah 'dinodai' dengan begitu rakus apabila dibuang begitu sahaja dari jawatan berkenaan. Semua gara-gara '4 kali klimaks' Anina.

Sekarang ada ura-ura pula berkata, giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mungkin tiba untuk senasib Anina tidak lama lagi. Punca yang sama, semuanya kerana 'seks dan klimaks' juga. Sekali lagi Mahathir akan cuba memuaskan perasaannya untuk melihat anak kesayangan menaiki takhta jawatan parti.

Mahathir sanggup 'menodai' semua perasaan orang lain waima anak didiknya sendiri seperti Muhyiddin dan bekas musuhnya Kit Siang, semata-mata untuk memuaskan perasaannya sendiri.

Mahathir kuat memainkan perasaan orang lain untuk perasaan sendiri, kerana sekarang dia hanya tinggal satu sahaja perasaan iaitu perasaan mahu mengulingkan Najib Tun Razak!

Perasaan begini tidak boleh diikut oleh rakyat Malaysia. Usah peduli apa perasaan Mahathir lagi. Yang penting adalah rakyat.

Tuesday 27 December 2016

PENJARA 45 TAHUN, 30 SEBATAN KERANA ROGOL ADIK KANDUNG

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 45 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap tiga pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak. 

Tertuduh berusia 23 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, yang berjalan secara berasingan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin. Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol adik kandungnya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali pada Februari dan April 2015 serta Mac 2016 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Gong Datok, Pasir Puteh, jam 12 tengah malam. 

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun, serta tidak kurang 10 sebatan. 

Terdahulu, Fahrul Razi meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan perbuatan terkutuk itu dilakukan terhadap adik kandungnya sendiri. 

Malah, katanya, akibat perbuatan terkutik tertuduh, mangsa kini sudah melahirkan bayi perempuan pada 8 Disember lalu.

Monday 26 December 2016

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy.

"Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas Burma yang melakukan jenayah paling buruk," menurut surat bertarikh Dis 11 kepada unit eksport Kementerian Pertahanan Israel.

Krisis di Myanmar melibatkan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya kembali menjadi perhatian dunia selepas keganasan terbaru menyebabkan lebih ramai pelarian di sempadan.

Myanmar tidak mengiktiraf kewarganegaraan penduduk Rohingya yang tertumpu di wilayah Arakan (Rakhine).

Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad.

September lalu, panglima tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing bersama pegawai kanan tentera udara lain melakukan lawatan ke Israel.

Mereka juga menziarahi memorial tentera Israel yang mati dalam operasi di Semenanjung Gaza.

Sunday 25 December 2016

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2017

Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuatsecara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujanghanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.


Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. TarikhPermohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016.


1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200


  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)


2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)


3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)


4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)

Maklumat dalam kurungan adalah info tarikh pembayaran tahun 2016 

Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.


Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017

* Akan dikemaskini


1. Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.


2. Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.


Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my.

Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.