Monday 25 April 2016

#PRNSarawak11: PKR kata tak tipu, DAP kata mereka diperdaya


Kerusi PRN Sarawak: PKR Tak Pernah Tipu DAP

Isu PKR menipu DAP berhubung pengagihan kerusi pilihan raya negeri Sarawak tidak pernah timbul seperti mana didakwa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kata Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata, pertembungan di enam kerusi antara DAP dan PKR sepatutnya boleh dielak.

"Walaupun DAP mengumumkan kerusi yang akan ditandingi sebelum mendapat kelulusan majlis presiden Pakatan Harapan seperti mana yang ditetapkan dalam Perjanjian Pakatan Harapan, PKR terbuka untuk perbincangan sehingga tengah malam pada Ahad dengan harapan saingan tiga penjuru dapat dielak," katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun pihak PKR tidak menerima maklum balas daripada Guan Eng.

"Dengan kata lain, Guan Eng telah membuat keputusan untuk bertanding di semua lima kerusi tanpa mempertibangkan cadangan PKR untuk berunding dengan cara adil dan mewujudkan situasi menang-menang," katanya Shamsul menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, adalah menyedihkan apabila kini ada enam kerusi yang sama-sama ditandingi PKR dan DAP, termasuk Batu Kitang.

"Kesan secara langsung adalah ia tidak akan memberi laluan mudah untuk Pakatan Harapan menang, malahan akan mengurangkan peluang calon PKR, Voon Shiak Ni (Batu Kitang)," katanya.

Kata Shamsul, rundingan berkaitan agihan kerusi dijalankan dengan telus dan adil.



 Guan Eng akui 'diperdaya' PKR, terpaksa lawan di enam kerusi

Tindakan PKR dan DAP bertanding sesama sendiri enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 11 hanya mengundang padah kepada pembangkang.

Ia bukan sahaja memberi peluang lebih besar kepada calon Barisan Nasional (BN) menang di kerusi tersebut disebabkan undi pecah tetapi kedua-dua parti boleh dipecat dari Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod ketika PH ditubuhkan menggantikan Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan AMANAH menandatangani perjanjian bersama yang bersetuju PH hanya meletak seorang calon untuk mewakili pembangkang dalam mana-mana pilihan raya.

PH membuat peraturan itu termasuk memecat mana-mana parti yang engkar dalam usaha mereka bagi mengekalkan pakatan tiga parti pembangkang itu selepas PAS diketepikan.

Bagaimanapun, keputusan yang dipersetujuan termasuk penentuan pembahagian kerusian yang mesti diluluskan Majlis Presiden PH dilanggar pada PRN Sarawak.

Malangnya, PKR memukul gendang perang dengan mencabuli persetujuan pembahagian kerusi di Sarawak apabila bertanding menentang DAP di Mulu, Mambong, Ngemah, Simanggang dan Murum.

Ia berikutan kuasa yang diberikan oleh Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kepada parti itu di Sarawak untuk berbuat demikian.

DAP membalas dengan meletakkan calonnya menentang PKR di Batu Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR

Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihan raya.

Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa terpassa menunggu dalam kenderaannya berhampiran pusat penamaan calon sehingga PKR meletakkan calon bagi Mambong barulah beliau menyerahkan borang pencalonan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Berikut senarai enam kerusi yang jadi rebutan dan senarai calon.

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)

Abdul Aziz Isa (DAP)

Voon Shiak Ni (PKR)

Othman Bojeng (Bebas)

Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)

Paul Baya (PKR)

Paul Raja (DAP)

Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)

Mathew Silek (DAP)

Abun Sui (PKR)

Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)

Norina Umoi anak Utot (PKR)

Leon Jimat Donald (DAP)

Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)

Sanjan Daik (DAP)

Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)

Richard Anak Lias (DAP)

Thomas Laja Anak Besi (PKR)

Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

Perjanjian Pakatan Harapan 9 Jan 2016

"5.2 Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili Pakatan Harapan di dalam sesuatu pilihanraya di mana-mana peringkat."

3 1/2 bulan kemudian, janji yang mudah tu pun masing2 mungkir janji

Pemimpin macam ni nak kita percayai!

#PRNSarawak11: DAP kata PKR parti POKAI (bankrap)

#PRNSarawak
DAP kata PKR parti POKAI (bankrap)
PKR boleh pergi mampos!
https://www.facebook.com/nweiaik/posts/10153578406869646

Adakah mereka ini warga negara Malaysia?

Mengaku warganegara tetapi tidah boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Amat memalukan.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kena ubah dasar dengan mensyaratkan seiap calon dalam pilihanraya memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.

Pengundi wajib tolak calon yang sebegini, tiada menunjukkan kecintaan kepaa negara dengan menghrnati bahasa kebangsaan.





PRN Sarawak: Pakatan Pembangkang Berbalah Sesama Sendiri

Berikut adalah senarai DUN dimana calon BN ditentang oleh lebih satu calon pembangkang :

1. Mulu N.78 - PKR vs DAP
2. Senadin N.75 - DAP vs PKR vs DNP
3. Samalaju N.70 - PAS vs DAP vs BEBAS
4. Jepal N.67 - PAS vs PKR vs DNP
5. Murum N.66 - PKR vs DAP
6. Kakus N.60 - PAS vs PKR vs DNP
7. Ngemah N. 49 - PKR vs DAP vs DNP
8. Simanggang N.32 - PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
9. Beting Maro N.29 - PAS vs AMANAH
10. Sibuyau N. 27 - PAS vs AMANAH
11. Sadung Jaya N.24 - PAS vs AMANAH
12. Bukit Simunja N.23 - DAP vs PKR vs BEBAS
13. Tebedu N.21. - DAP vs PKR
14. Mambong N.19 - DAP vs PKR vs DNP
15. Muara Tuang N.16 - PAS vs AMANAH
16. Samariang N.7 - PAS vs AMANAH

Perbalahan diantara Pakatan Pembangkang yang sudah tidak sepakat ini dijangka akan menjadi semakin hangat apabila sessi ceramah bermula malam ini yang dijangka akan dipenuhi dengan sessi cemuh mencemuh sesama sendiri.

Saturday 23 April 2016

Fitnah kenaikan tarif elektrik

Celik je mata kerja puak ni memfitnah.
Mana dah dapat rahmat Allah.

Yang tukang sebar dan like pun sama dapat saham.

Thursday 21 April 2016

Mahathir sahaja yang menipu kata Arab kedekut.

Mahathir sahaja yang menipu kata Arab kedekut.

http://www.arabnews.com/featured/news/815851

Naib Presiden PKR Sarawak Letak Jawatan - Marah PKR Jadi Macai DAP

Naib Pengerusi PKR Sarawak, Boniface Willy Tumek meletakkan jawatan dari parti itu sekali gus memaparkan keretakan hubungan dalaman parti itu di antara PKR pusat dan negeri.

Tumek mengemukakan surat peletakan jawatannya Ahad lalu setelah PKR gagal mendapatkan jaminan untuk beliau menjadi calon bagi Tasik Biru, Bau namun sebaliknya menyerahkan kerusi itu untuk ditandingi wakil DAP.

"Ini dilakukan setelah menamakan saya sebagai calon berpotensi bagi parti itu, dan walaupun tinjauan pendapat umum menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP," kata kenyataan Tumek, 59 tahun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun 2013, PKR juga tegas Tumek mengalah kepada DAP berhubung pencalonan beliau untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Mas Gading.

"Watikah untuk saya bertanding dalam pilihan raya itu mewakili PKR ditarik balik pada petang menjelang hari penamaan calon untuk memberi laluan kepada DAP, rakan kami dalam PR (Pakatan Pembangkang ketika itu) supaya bertanding di Mas Gading," katanya.

Kedudukan PKR dalam rundingan peruntukan kerusi dalam kalangan pembangkang katanya, adalah umpama 'seorang anak kecil yang mencuba sedaya upaya untuk terus selamat dalam persekitaran yang dihimpit permusuhan.'

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata, perkembangan itu menyebabkan PKR Sarawak kehilangan sumbangan berharga Tumek.

"Kami akan benar-benar berasa kehilangannya kerana beliau telah mempamerkan kepimpinan yang berkualiti dan saya berpendapat beliau adalah seorang lelaki yang berintegriti, sebab itulah kami mencadangkan beliau menjadi seorang daripada naib pengerusi (PKR) negeri," katanya.

Yang pasti, perkembangan terbaru ini adalah cerminan suara autonomi yang kononnya diwar-warkan PKR dan DAP kepada warga Sarawak.

Suara anak negeri diketepikan, sebaliknya suara muktamad pusat menjadi noktah.

PKR sehingga kini membayangkan akan bertanding di 40 kawasan manakala DAP mahukan 30 kawasan pada pilihan raya ke-11, 7 Mei ini.

DAP umum 29 calon di Sarawak, tinggal PKR, AMANAH

Selepas Barisan Nasional (BN) selessai menamakan 82 calon yang akan bertanding pada Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak, DAP negeri pula mengumumkan senarai 29 calon untuk bertanding pada PRN ke 11 itu.

PAS sebelum ini juga telah menamakan 11 calon manakala AMANAH menyatakan sudah bersedia dengan 13 calon.

PRN SARAWAK


Bagaimanapun, PKR masih belum membuat pengumuman dipercayai wujud pertikaian antara PKR negeri dan Pusat mengenai senarai calon.

Penamaan calon dijadualkan 25 April ini manakala pengundian pada 7 Mei.

DAP dijangka meletakkan satu lagi calon berikutan peletakan jawatan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), Larry Sng.

Senarai calon telah diumumkan oleh Pengerusi DAP negeri Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Kuching.

Beliau pada mulanya meletakkan calon Larry Asap bagi kerusi Baleh, tetapi dia kini akan bertanding di Bukit Goram.

"Malam tadi Larry Sng yang sepatutnya bertanding di Bukit Goram, meletak jawatan. Oleh itu, kita bercakap dengan mereka dan bersetuju bahawa kami akan bertanding kerusi itu.

"Bagi kerusi Baleh, kita akan membuat keputusan mengenai calon pada Sabtu," katanya.

Chieng Jen berkata, senarai calon itu termasuk 17 muka baru dan enam calon wanita. Beliau berkata ini adalah kali pertama parti itu telah meletakkan lebih ramai calon Dayak.

Mengenai keyakinan DAP untuk menang, beliau berkata, "Kami hanya bertanding apabila kami yakin untuk menang."

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa parti itu akan berdepan masalah di kerusi-kerusi bandar mengambil kira populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Berikut adalah senarai penuh calon:1. Mordi Bimol (Tasik Biru)
2. Wong King Wei (Padungan)
3. Violet Yong (Pending)
4. Christina Chiew (Batu Kawah)
5. Abdul Aziz Isa (Stakan)
6. Sanjan Daik (Mambong)
7. Andrew Edward Luak (Bukit Semuja)
8. Andrew Nyabe (Kedup)
9. Leon Jimat (Simanggang)
10. Chong Chieng Jen (Kota Sentosa)
11. Yong Siew Wei (Repok)
12. Ting Tze Fui (Meradong)
13. Rinda Juliza Alexander (Pakan)
14. Richard Lias (Ngemah)
15. Irene Mary Chang Oi Ling (Bukit Assak)
16. Yap Hoi Liong (Dudong)
17. Chiew Sung Ngie (Bawang Assan)
18. David Wong (Pelawan)
19. Frankie Bendindang (Pelagus)
20. Paren Nyawi (Katibas)
21. Larry Asap (Bukit Goram)
22. Kenneth Adan Silek (Murum)
23. Chiew Chiu Sing (Tanjong Batu)
24. Leighton Manjah (Kemena)
25. Baba Emperan (Samalaju)
26. Alan Lie Sie Kiong (Piasau)
27. Dr Ting Tiong Choon (Pujut)
28. Baru Langub (Senadin)
29. Paul Raja (Mulu)

Muhyiddin Di Janjikan Jawatan PM Oleh Mahathir

"Tan Sri Muhyiddin Yassin telah digantikan kerana beliau gagal dalam tugasannya selain bercanggah dengan konsep tanggungjawab kolektif yang merupakan asas kepada kabinet kerajaan.

Beliau sebaliknya secara sengaja cuba menghasut ahli-ahli parti untuk menjatuhkan Perdana Menteri hanya berdasarkan dakwaan-dakwaan yang telah terbukti palsu".

muhyiddin najib mahathirItu kata kenyataan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Shariffuddin Tengku Ahmad merujuk artikel temubual Muhyiddin dengan agensi berita Reuters dengan mendakwa beliau digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana menuntut penjelasan Najib pada pertengahan 2015 berhubung deposit dana US$681,000,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Muhyiddin dalam temubual itu mendakwa bahawa beliau sejak 2014 telah berkali-kali menyuarakan kebimbangannya berhubung salah laku dan rasuah membabitkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), namun bantahannya sentiasa ditolak.

Malah beliau turut memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) supaya menjatuhkan Najib yang dakwanya adalah liabiliti jika tidak mahu kalah pada pilihanraya akan datang.

Keadaan juga dakwanya semakin teruk dan Najib perlu segera digantikan.

Sebaliknya, Shariffuddin menjelaskan bahawa amaran Muhyiddin yang menjadi sebahagian daripada Kempen Anti Najib oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat kerana telah dijanjikan jawatan Perdana Menteri dengan pemahaman bahawa beliau akan mendidik dan menyerahkannya kepada anak Tun Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, Shariffuddin menegaskan bahawa Muhyiddin dengan berkelakuan sedemikian tidak berhak dan perlu mengeluh apabila karier politik beliau menemui jalan penamat kerananya.

Najib kata Shariffuddin, sebelum ini sentiasa menyokong kepimpinan parti dan tidak pernah mencabar mana-mana rakan sekerja semasa pendakian politiknya untuk berada di kedudukan sekarang.

"Perdana Menteri telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat untuk memimpin Kerajaan. Adalah menjadi hak beliau mengikut undang-undang di bawah Perlembagaan untuk merombak kabinetnya apabila perlu," katanya.

Untuk rekod, persoalan sumber dana dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri telah disahkan sendiri oleh Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir bahawa ianya adalah sumbangan dari kerabat Diraja negara itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sebelum ini telah mengesahkan bahawa dana itu tidak datang daripada 1MDB malah siasatan lanjut oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai 5 ahli parlimen pembangkang dan dibentangkan di parlimen pada 7 April lalu juga telah membebaskan Perdana Menteri dari sebarang salah laku.

-------------------------------------

Laporan PAC, 1MDB: Muhyiddin ternyata banyak berbohong

14 APRIL: Jelas sekali bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin banyak melakukan pembohongan apabila seringkali beliau mendakwa tidak tahu, tiada maklumat, tidak pernah diberi taklimat dan tidak faham mengenai 1MDB.

Ini kerana mana mungkin selepas membuat pendakwaan tersebut Muhyiddin mampu mengeluarkan 17 hujah mengenai 1MDB.

muhyiddin n puad 1mdbMenurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi segala persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin ternyata bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh PAC.

Malah ia sekaligus telah menjeratkan diri Muyiddin sendiri apabila yang turut menyokong dan meluluskan penubuhan 1MDB pada 2009 disaat beliau masih berada dalam kabinet dan antara Ahli parlimen yang meluluskan ketika pembentangan Bajet 2010.

Berikut kenyataan penuh Puad Zarkashi....
https://www.bnbbc.my/laporan-pac-1mdb-muhyiddin-ternyata-banyak-berbohong/

-----------------------------------------------

Arab Saudi ulang sahkan memang beri sumbangan

15 APRIL : Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada Khamis mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.

pm dan jubeir

Foto ihsan Bernama

"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku.

"Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia.


Selfie Punya Hal - 5 Jatuh Gaung Sedalam 24 Meter Di Kuala Besut

Lima pelajar universiti yang terjatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter berjaya diselamatkan, tetapi terpaksa menanggung malu kerana kejadian itu berlaku gara-gara mereka mengambil gambar 'selfie'.

Nasib mereka baik kerana tiada seorang pun daripada mereka mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku di puncak Bukit Keluang, di Kuala Besut pada Rabu.

Kelima-lima mereka, dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), sedang melakukan aktiviti mendaki bersama 20 pelajar lain apabila mereka berhenti untuk mengambil beberapa keping gambar 'selfie' tetapi akhirnya tergelincir dan jatuh ke dalam gaung sedalam 24 meter.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Besut Mohd Zaini Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.15 tengah hari, dan lima anggota dari balai bomba Kampung Raja bergegas ke tempat kejadian.

"Sehingga petang ini, dua daripada pelajar terbabit, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan berjaya dibawa naik. Bomba masih berusaha membawa keluar tiga lagi pelajar.

"Keadaan gaung yang dalam menyukarkan kerja menyelamat mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook jabatan itu, Rabu.

Kemalangan berkaitan 'selfie' semakin meningkat, dengan 27 orang maut akibat insiden seumpama itu di seluruh dunia tahun lalu.

Thursday 7 April 2016

Nak tahu punca atau titik mula 1MDB ini mula menghadapi masalah? Baca muka surat 104 Laporan PAC:

"Pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah pada masa itu sedang bergantung kepada tawaran saham awam permulaan (IPO) syarikat milik penuh 1MDB, Edra Energy Berhad, untuk menjana dana, yang akan digunakan untuk pembayaran balik hutang dan pembayaran faedah. Namun demikian, IPO tersebut tidak dapat
dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan faktor luaran."

Perhatikan kepada klausa "... tidak dapat dilaksanakan sebab faktor dalaman syarikat dan FAKTOR LUARAN"

Apakah faktor luaran tersebut?

Sesiapa yang mengikuti perkembangan isu 1MDB ini dari mula sehingga hari ini (yang mana masalah hutang telah berjaya diselesaikan) sudah tentu anda akan tahu faktor luaran tersebut adalah perperangan korporat antara 1MDB dan YTL yang tidak mahu 1MDB memonopoli industri tenaga lantas mengurangkan peluang YTL untuk terus menikmati hasil & keuntungan daripada IPP.

YTL menggunakan pengaruh yang mereka ada terhadap media seperti Malaysia Insider, The Edge dan BFM 89.9 untuk melakukan serangan media setiap hari demi menggagalkan usaha 1MDB untuk menjana kewangan melalui IPO Edra Enerdy Berhad.

Dengan serangan media berterusan, pihak bank dan agensi kewangan yang lain telah meletakkan penilaian risiko yang tinggi terhadap 1MDB dan menolak permohonan 1MDB untuk menerbitkan IPO.

Sekiranya IPO tersebut berjaya diterbitkan pada waktu itu, 1MDB akan menjadi gergasi besar antara syarikat pelaburan strategik yang ada di dalam dunia.

Pembangkang yang ada terutamanya dari DAP mengambil peluang ini untuk menjatuhkan PM atas masalah kewangan yang dihadapi akibat daripada perang korporat ini.

#FahamPerangKorporat
#SiapaKawanBaikYTL?
#1MDBSelesai

Sunday 3 April 2016

Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

Arab Saudi akan mengenakan cukai.
Mengikut siatem Malaysia ada pengecualian (0%) terhadap barangan keperluan asas dan perkhidmatan tertentu.

Ulama media sosial Malaysia bolehlah tolong nasihatkan Arab Saudi bahawa cukai itu HARAM.

GST Hukum Haram Hanya Di Malaysia

GST dihukumkan HARAM hanya di Malaysia. Tidak haram di negara Islam anggota OIC

Arab Saudi pun bakal melaksanakan GST.