Saturday 29 October 2016

PENDEDAHAN MEMO DALAMAN OPEN SOCIETY FUND (OSF) GEORGE SOROS MEN GENII PERANCANGAN MEREKA TERHADAP MALAYSIA


Ini adalah sebahagian daripada pendedahan memo dalaman Open Society Fund George Soros berkaitan gerakkerja mereka terhadap Malaysia.

1. George Soros memberikan keutamaan kepada betapa pentingnya untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya PRU-13 2013 selain daripada hanya membiayai pembangkang.  Mereka sebenarnya menggunakan apa sahaja kuasa keseluruhan rangkaian yang mereka ada termasuk juga kuasa melobi di Amerika Syarikat.

2. Seperti apa yang terkandung dalam pendedahan tersebut dimana mereka mengakui, mereka menjadi PEMANDU utama kepada menggetakkan gerakkerja "program Malaysia" - berbeza daripada peranan tradisional mereka hanya setakat memberi dana.

3. "Oleh kerana betapa pentingnya keputusan pilihan raya 2013, juga kerana kepentingan peribadi George Soros dalam keputusan pilihan raya tersebut, beliau telah memutuskan untuk mempertingkatkan tahap agensi OSF dalam gerakkerja dan memanfaatkan rangkaiannya rangkaian, termasuk membawa masuk kepakaran luar dan menjalankan advokasi di Washington.

4.  Walaupun kebanyakan sokongan OSF adalah melalui  geran, Program Malaysia merangkumi lebih daripada peranan tradisi mereka sebagai 'grantmaker', yang sebenarnya menjadi sebagai penggerak utama gerakkerja. "

5. Pendedahan terbaharu ini juga mendedahkan bahawa George Soros juga telah melobi Kerajaan Amerika Syarikat untuk menyingkirkan Najib dan membebaskan Anwar Ibrahim supaya "dia boleh menyatukan rakyat untuk gerakkerja ini."

http://pakdin.my/wikileaks-pendedahan-george-soros-gerakan-anti-najib-lobi-amerika-tumbangkan-najib/

http://soros.dcleaks.com/download/?f=/2015pr/apro%20malaysia%20program%20supporting%20free%20and%20fair%20elections%20in%20malaysia%20june%2022%202015/apro%20malaysia%20elections%20pr%20outcomes%20summary%206.2015.docx&t=president

Friday 28 October 2016

HIDUP PERLU ADA TUJUAN - NAJIB RAZAK @ najibrazak.com

Memang benar. Perjuangan Najib sekarang adalah berbeza daripada Mahathir kerana beliau membetulkan banyak masalah yang ditinggalkan oleh Mahathir.

Dia tidak lagi Berjuang untuk kroni tetapi untuk Rakyat - itulah sebabnya kesaksamaan pendapatan lebih baik dari dahulu dan memberi lebih tumpuan kepada kebajikan dan program pembangunan sama rata - termasuk Malaysia Timur yang telah sekian lama diabaikan.

Ia juga menyebabkan mengapa sebahagian besar projek-projek seperti industri IPP telah disusun semula pada kadar dan terma yang tidak lagi berat sebelah dan begitu juga lebuhraya PLUS daripada memberi kepentingan peribadi kini memberikan keuntungan kepada KWSP, Khazanah dan rakyat.

Ia bukan lagi 'Kroni diutamakan' tetapi 'Rakyat diutamakan'..


Ucapan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Politik

https://www.najibrazak.com/bm/audio-gallery/ucapan-perdana-menteri-mengenai-perjuangan-politik/

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Sebagai seorang manusia, hidup ini perlu ada tujuan bagi memberi makna dalam hidup kita. Dalam erti kata lain, hidup ini adalah sebuah perjuangan.

Sepanjang 40 tahun perkhidmatan saya dalam kerajaan, saya mempunyai perjuangan saya tersendiri iaitu untuk memajukan agama, bangsa dan negara saya.

Namun, sejak akhir-akhir ini, ada seorang pemimpin lama mula menghasut rakyat, mengatur langkah dari dalam dan luar negara untuk menuduh saya dengan perkara-perkara yang sama beliau dituduh semasa beliau berkuasa.

Beliau menuduh perjuangan parti saya sudah lari daripada perjuangan beliau dahulu sebagai alasan untuk menarik orang masuk ke dalam parti beliau dan memecahbelahkan orang Melayu.

Memang benar perjuangan dulu dan sekarang berbeza. Dulu beliau yang berumur 91 tahun ini memperjuangkan kemerdekaan. Sekarang saya memperjuangkan kemajuan negara.

Apakah usaha kami membina infrastruktur seperti MRT, BRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, RAPID Pengerang, kota Iskandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup rakyat, bukan satu perjuangan?

Apakah penyediaan bantuan kerajaan seperti TERAJU, TEKUN, bantuan-bantuan 1Malaysia, PR1MA, e-Kasih, UTC, RTC untuk kemudahan rakyat bukan satu perjuangan?

Apakah usaha memajukan sukan sehingga mencapai keputusan paling cemerlang dalam sejarah bukan satu perjuangan?

Kita semua tahu parti politik baru pemimpin lama itu sedang berjuang untuk menjatuhkan kerajaan, sampai sanggup bersekongkol dengan parti cauvinis yang pemimpinnya sudah didakwa melakukan rasuah.

Siapakah yang sebenarnya tersasar daripada perjuangan?

Biarlah apa mereka kata, saya dan Jemaah Menteri akan terus komited dalam perjuangan kami memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Sekian sahaja dari saya.

Najib Razak.

Thursday 27 October 2016

Polis selesai kes tembak bunuh di Balingian, Sarawak

MUKAH: Polis Sarawak menyelesaikan kes tembak dan bunuh di Balingian, Mukah Isnin lalu dengan menahan lelaki di rumah panjang Sungai Arip, Balingian, Mukah hari ini.

Suspek berusia 54 tahun itu ditahan 2.30 petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek turut membawa polis ke satu kawasan semak berhampiran rumah panjang iaitu lokasi dia menyembunyikan senapang patah yang digunakan untuk menembak mangsa.

Menurutnya, pada 12.30 tengah hari tadi, sembilan lelaki termasuk empat yang dikehendaki berusia 18 hingga 45 tahun menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri.

"Suspek yang ditahan ini akan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, setakat ini 22 individu ditangkap berhubung kes ini iaitu 10 penduduk rumah panjang dan 12 lelaki dari Miri.

Pada 5.35 petang Isnin lalu, polis Sibu dimaklumkan orang awam mengenai kejadian tembak itu dan pasukan IPD Tatau yang sampai di tempat kejadian kira-kira 8 malam, menemui mayat lelaki memegang parang, tertiarap di atas jalan di simpang masuk ke Ladang Sungai Arip.

Mangsa yang mempunyai kesan luka pada kepala dan badan dipercayai akibat tembakan dan tetakan dengan benda tajam dikenali sebagai Fabian Janti Lebau, 26, berasal dari Miri.

Kejayaan Polis Sarawak ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan mengucapkan tahniah melalui akaun Twitternya, hari ini.

Wednesday 26 October 2016

Awakka polis nasat silik kes nya dulu

KUCHING: Sapit Kepala Menteri Datuk Amar Douglas Uggah madah, awakka polis nasat dulu kes nyadi ba sebuah kebun di Ulu Sg Arip, Balingian, Mukah ti ngujungka seiku lelaki parai kena timbak.

"Aku bedau entu nemu pasal kes nya, nama utai ke nyadi…Awakka polis nasat dulu, udah nya ila baru kitai nemu kebuah," ku Uggah.

Iya ditanya pengarang berita bekait enggau kes ke bisi nyadi di Ulu Sg Arip ke ngujungka seiku parai lalu nitihka pemadah ari polis kemari, tiga iku udah ditangkap sereta deka diriman.

Bekait enggau kes nya, ripot polis madahka udah nangkap tiga iku orang ke dipelaba ulih mantu pengawa tasat bekaul enggau pemati seiku lelaki ti dipelabaka ditimbak ngena senapang patah ba penama jalai ngagai kebun di Ulu Sungai Arip, Balingian, Mukah kemari.

Kepala Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor madah ketetiga iku lelaki ti ditangkap nya berumur dalam antara 20 ngagai 30 taun ti dipelabaka kaling lelaki ditimbak, dikearap ulih mantu tasat nya.

"Kes nya nyadi pengudah seraban lelaki nguji tama ngagai palan nya ke alai sida udah ditagang peranak ba genturung pendiau dia ti ngujungka penyarut nyadi antara sida.

"Ketegal nya seiku ari seraban ke nguji tama ngagai lalu ditimbak ngena senapang patah ngujungka lelaki nya parai.

"Naka ke diatu, polis benung nasat kes tu lalu agi tumu endar deka madah asil tasat, tang endar, kami udah nangkap tiga iku lelaki, lalu deka dikangau mantu kami nasat kes tu," ku iya.

Kelimpah ari nya, Mazlan ngelalau mensia mayuh enda ngerembaika berita selebubu ke tau ngachau pengelikun mensia mayuh.

"Anang ngena laman sosial ngerembaika berita lalu ngangatka agi berita tu.

Sebarang pengawa salah ngerembaika berita tu tau diukum nengah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan," ku iya ke minta mensia mayuh meri kerejasama ngagai polis.

"Awakka kami Polis ngaga pengawa kami," ku iya.

Nitih ku berita pasal kes nya, dua iti seterum ari senapang patah bisi ditemu besemak enggau bangkai, lalu endur penusah nya nyadi ba penyauh 100 meter ari endur raban nay ke ditagang komuniti rumah panjai tama.

Bankai lelaki ditimbak nya dikelala enggau nama Fabian Janti, 26, udah dianjung ngagai Sepital Sibu, ngambika dibuntas ditasat dulu.

Wanita Berbogel Depan Pasaraya Di Miri

Miri: Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan menggemparkan orang ramai apabila berbogel di pekarangan pasar raya e-Mart, jam 5 petang kelmarin.

Wanita berusia 30-an itu bersandar pada kereta lebih setengah jam dan membiarkan orang ramai merakam gambarnya.

Sumber berkata, wanita terbabit sudah berumahtangga dan polis tiba tidak lama kemudian selepas dimaklumkan orang awam.

"Anggota unit kereta peronda (MPV) membawa wanita itu ke Hospital Miri.

"Difahamkan, wanita terbabit dipercayai bertindak demikian kerana tekanan perasaan akibat masalah keluarga namun punca sebenar masih disiasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

"Wanita itu dirawat di Hospital Miri atas permintaan suaminya," katanya.

Sunday 23 October 2016

#Bajet2017: Isu Negara Muflis Akibat Hutang Wajar Diperbetulkan - Pakar

Isu membabitkan tahap keberhutangan negara yang tinggi yang sering dimomokkan sebagai petanda bahawa negara akan muflis hanyalah salah faham ekonomi dan perlu diperbetulkan.

Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara Datuk Dr Noor Azlan Ghazali berkata ini kerana antara indikator dilihat ketika hendak membuat pinjaman ialah sama ada pinjaman tersebut bersifat produktif atau sebaliknya dan keupayaan membayar balik.

"Pinjaman kerajaan misalnya sebanyak RM582 bilion pada 2014, tetapi itu adalah stok pinjaman, namun bayaran hutang pada tahun tersebut hanya sekitar RM20 bilion sahaja, itu bayaran, bukan stok. Malah ia bukannya perlu dibayar dengan segera kerana mempunyai tempoh kematangan hutang," katanya.

Noor Azlan berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel dalam Diskusi Pasca Bajet 2017 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia di sini, Ahad.

Malah jelasnya Malaysia menyaksikan pembangunan pesat dicapai dengan sebahagian besarnya dalam tahun-tahun ketika ekonomi negara berada dalam keadaan defisit.

"Pertama sekali isu persepsi, istilah atau perkataaan hutang dalam nahu bahasa kita dianggap konotasi negatif tetapi hakikatnya dalam kehidupan seharian malah di peringkat individu pun semua mempunyai hutang.

"Tidak ada salahnya dengan defisit. Dalam bahasa ekonomi lebihan dan defisit tidak boleh diterjemah secara terus, kononnya defisit bermakna masalah, lebihan bermakna baik. Sama juga dengan hutang, cuma istilah hutang dalam literasi Bahasa Melayu kita nampak takut," katanya.

Beliau menegaskan tahap pinjaman kepada pendapatan negara semata-mata belum cukup untuk menterjemahkan bahawa sesuatu negara itu diurus dengan baik ataupun tidak.

"Semakin tinggi pendapatan negara, semakin tinggi hutang, United Kingdom misalnya pula berhutang 91 peratus dan Singapura sebanyak 105 peratus," katanya.

Noor Azlan berkata menurut pengamatannya, defisit negara selalunya akan melebar apabila berhadapan krisis ekonomi seperti pada tahun 1997 dan 2009 yang menyebabkan ekonomi negara menguncup.

"Apabila ekonomi menguncup maka sektor swasta dan pengguna tidak berbelanja, jadi memang wajarlah kerajaan berbelanja dan dalam keadaan itu defisit kita melebar dan ia bertepatan dengan keperluan.

"Yang penting ialah adakah defisit itu dikawal dan tahun demi tahun kita lihat defisit fiskal kita semakin menurun, walaupun keadaan getir beberapa tahun yang lalu, sasaran kita tetap dipertahankan dan tahun hadapan sasaran kita 3 peratus daripada KDNK," katanya.

Saturday 22 October 2016

Enam Kategori Penipu Di Malaysia

Bajet 2017: Inklusif ke pemaik, pengelantang semua rayat

KUALA LUMPUR: Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak kemari maya bejuraika Bajet 2017 ngenukuka perintah seruran komited untuk ngemujurka bajet lalu mangku tangggungpengawa nengah chara nguna belanja ke manah ti mungkur semua segmen rayat.

"Bajet tu ukai digaga ngemeratka seraban rayat aja, tang digaga nengah gaya ti inklusif ke pemaik enggau pengelantang semua rayat," ku Najib ti mega Menteri Wang lebuh bejuraika Bajet 2017 di Dewan Rakyat ditu kemari.

Entara segmen ti teulihka pemaik ari Bajet 2017 iya nya pengereja pengawa perintah ti penyampau diatu manggai 1.6 juta, penerima Bantu Rayat 1Malaysia (BR1M),peranak menu a pesisir, raban orang berikan, raban nembiak, rambau kedua Felda, Felcra enggau Risda, deriba teksi enggau orang dagang.

Dalam Bajet 2017 berambaika jakun 'Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh' nya, Najib udah mantaika perambu RM260.8 bilion, iya nya RM214.8 bilion ungkup belanja ngaduka pengawa lalu RM46 bilion ungkup belanja pemansang.

Penyampau nya enda nyengkaum 'simpanan luar jangka' ti sepenyampau RM2 bilion, ku iya.

Ku Najib, Bajet 2017 digaga bepelasarka lima prinsip enggau philosophy perintah nyengkaum ngemeratka penyerakup nasional ba pengawa nempa menua bansa sereta ngintu pemaik, penegap konstitusyen enggau undang-undang sereta pengelikun menua.

Ku iya, konsep ti pemadu besai reti dikemeratka dalam Bajet 2017, nuju status menua maju iya nya "pengelantang raban bansa".

"Bajet tu ukai semina pasal penatai pemisi aja, tang bekaul enggau kualiti pengelantang pengidup rayat, baka likun ari pengawa ti jai,ulih ngasaika rampa menua ti beresi sereta mayuh bengkah seni enggau adat asal bansa," ku iya.

Konsep nya mega ngemeratka pemujur pelajar ti tinggi, mengangkatka ikas peninggi penemu enggau intelektual, servis pengerai ti manah sereta ngembuan akses ba perengka pengangkut mensia mayuh ti efisiyen, ku iya.

Menteri Besai nya mega madah, ke pengelantang rayat, perintah deka terus bejalaika projek enggau program 'bepelasarka rayat' di mengeri enggau pesisir.

Dalam Bajet 2017, iya mega bisi meranbu ngelekatka 97,000 iti lampu jalai enggau 3,000 iti lampu LED di 7,500 buah genturung pendiau lalu nyendiaka RM300 juta ba 'Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia' dikena ngemanahka perengka guna ba kandang flat enggau113 Program Berumah Rayat ba kandang pasar enggau pesisir pasar.

Ku Najib, pengeran enggau inisiatif stimulus ekonomi sereta tujuh pakej bajet ti dipejalaika sebedau tu udah ngujungka ekonomi Malaysia tegap sereta mangkang ba jalai ti positif.

"Nengah semua inisiatif ti dipejalaika perintah, ekonomi kitai ngerembai enggau manah, nitihka chuan 'Purchasing Power Parity', Malaysia udah nyadi sebuah negara ti ngembuan penatai pemisi jelan pemesai, ngalahka mayuh menua bukai ukai semina di Asia, tang di serata dunya," ku iya.

Ku iya, KDNK PPP per kapita rayat Malaysia udah niki ari US$23,100 ba taun 2012, ngagai US$26,891 ba taun 2015.

Najib ngenggaika pelaba sekeda piak ti madahka Malaysia deka bankrap nitihka penemu agensi ngeletakka penuduk sesebuah menua ba renggat antarabansa baka Fitch ti meri penuduk A-, iya nya sama tumpuk menua ke saiz ekonomi besai agi sereta maju baka Korea, China, Jepun enggau Taiwan. "leka jaku 'bankrap' nya jauh endar ari kamus ekonomi Malaysia," ku iya.

Friday 21 October 2016

Cyberattack Menghalang Akses Kepada Beberapa Laman Web

Serangan Apa yang dipanggil 'denial-of-services'  menyebabkan laman web tidak dapat di akses. Serabgan dilakukan berterusan membanjiri server dengan 'junk data', menyekat laluan bagi pengguna.

Beberapa laman web termasuk Twitter dan Tumblr tidak dapat di akses oleh pengguna internet tengah malam Sabtu akibat serangan dalam talian yang berterusan.

Nahas Kota Belud: Angka maut meningkat 8 orang

KOTA BELUD: Angka maut nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Belud, pagi tadi, meningkat kepada lapan orang.

Mangsa kelapan adalah Neta Ramlan, 37, ibu kepada dua lagi mangsa yang maut, Nursukah Abd Jumat, 3 dan Aidil Abd Jumat, 8.

Kemalangan kira-kira jam 5.55 pagi di Jalan Kota Belud - Kota Marudu di Kampung Keguraan itu membabitkan sebuah PROTON Saga, PROTON Gen2, PERODUA Kancil dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Mangsa yang maut ialah lima penumpang PROTON Saga, Nursukah, Aidil, Neta, Hamirah Mohamad Salleh, 39 dan Vera Alira Jalius, 6.

Turut maut, pemandu dan penumpang PROTON Gen2, Frenwell Jeffery, 31; adiknya, Herlin Naxe, 26 serta Ellyzek Johnny, 28, semuanya dari Kampung Parapat Darat, Kudat.

Sarini Body, 21 dan tunangnya, yang juga pemandu PROTON Saga, Alibasa Alibaba, 24, parah.

Pemandu PERODUA Kancil cedera ringan manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera.

Senarai mangsa maut
#Penumpang PROTON Saga Nursukah Abd Jumat, 3
Aidil Abd Jumat, 8
Neta Ramlan, 37
Hamirah Mohamad Salleh, 39
Vera Alira Jalius, 6

#Penumpang PROTON Gen2 Frenwell Jeffery, 31 (pemandu)
Herlin Naxe Jeffery,
26 Ellyzek Johnny, 28

Senarai mangsa cedera
Sarini Body, 21, (penumpang PROTON Saga - parah)
Alibasa Alibaba, 24, (pemandu PROTON Saga - parah)
Azimah Jiran, 34, (pemandu PERODUA Kancil - cedera ringan)
_________________________________

Hilang kawalan, rempuh 3 kenderaan

KOTA BELUD: Polis masih menyiasat punca kemalangan sehingga mengorbankan tujuh nyawa, termasuk tiga kanak-kanak di Jalan Kota Belud-Kota Marudu di Kampung Keguraan, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, tujuh meninggal dunia, tiga parah manakala dua cedera.

Mangsa terbunuh adalah Frenwell Jefery, 31, (pemandu) adiknya, Herlin Naxe Jeffery, 26, dan seorang lagi rakan mereka iaitu Ellyzek Johnny (L), 28. Mereka menaiki Proton Gen2.

Mangsa maut daripada Proton Saga pula adalah Hamirah Salleh, 39, Nursyikah Jumat, 3, abangnya Aidil Jumat (L), 8 dan Vera Adira Jalius, 6.

Mereka yang adalah Alibasa Alibasa, 24, (pemandu Proton Saga), Neta Ramlan, 37, Sarini Body, 21.

Pemandu Perodua Kancil, Azimah Jiran, 34, dan pemandu Toyota Hilux, Mapinsin Lagung, 45, hanya cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pemandu Proton Gen 2 dari Kota Belud menghala ke Kota Marudu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan.

"Akibat pertembungan itu, enam mangsa maut di tempat kejadian, seorang mangsa meninggal di Hospital Kota Belud manakala tiga mangsa parah dan dua cedera.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Sehubungan itu, polis amat memohon kerjasama orang ramai terutama saksi kejadian yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu.

"Orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Kota Belud di talian 088-976600 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

PAS Juga Tak Setuju Tindakan Keluar Dewan #Bajet2017

Ketika parti pembangkang lain menunjukkan kebiadaban dengan keluar daripada Dewan Rakyat ketika Bajet 2017 dibentangkan, PAS pula mengambil pendirian berbeza dengan PKR dan DAP.

Nasrudin Hassan PasTegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin bin Hassan, meskipun ada beberapa perkara yang tidak dipersetujui, namun ia seharusnya dikemukakan dengan cara yang lebih baik dan ilmiah.

"Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

"Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

"Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sesi pengundian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Nasrudin mengulas berhubung tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang keluar dewan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017 hari ini.

Tambah Nasrudin juga, sikap PAS ini juga berasas mengikut Peraturan Dewan 41 (1) (e) dimana dewan sewaktu seseorang ahli itu bercakap, semua ahli-ahli lain hendaklah diam dan tidak boleh mengganggu dengan cara kurang adab.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen PAS Bukit Gantang, Datuk Idris Ahmad menjelaskan yang parti Islam itu tidak terlibat dengan perancangan parti pembangkang lain yang membawa plakad 'Siapa MO1' dan keluar awal daripada Dewan Rakyat.

"Kita tak tahu tentang perancangan itu, kita tak terlibat, kita tunggu sampai habis pembentangan kerana kita hormat pada peraturan mesyuarat, kita hormat kepada Speaker dan kepada ahli dewan lain.

"Kalau tak bersetuju kita ada cara kita," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen, Jumaat.

Terdahulu, pemimpin PKR dan DAP kebanyakannya keluar lebih awal menunjukkan protes terhadap Perdana Menteri dengan membawa plakad 'siapa MO1'.

Tindakan itu mendapat kritikan banyak ahli parlimen dengan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.

Thursday 20 October 2016

MAHATHIR HARAP NAJIB BERI PELUANG KEPADA BOBOI 'SELAMATKAN MALAYSIA'

Itulah apa yang di tulis Mahathir didalam blog beliau, semua mengenai semalam. Mahathir memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membiayai untuk Bajet 2017 .

1. Hari  ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan Malaysia akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyiarkan ulasan mengenai bajet dalam blognya (BACA DI SINI). http://chedet.cc/?p=2284

2. Selepas membaca komentar Mahathir, saya hanya boleh membuat kesimpulan dengan mengatakan bahawa kebanyakannya adalah pendapat peribadinya atau pandangan. Dia tidak benar-benar melampirkan apa-apa data sejarah atau menyokong andaian dan ramalan beliau dengan fakta-fakta penting.

3. Pada tahun 1950, Amerika dan China berperang perang proksi di Korea dan tiba-tiba ekonomi Malaysia melonjak. Saya yakin apabila mereka menubuh Persekutuan Tanah Melayu hanya dua tahun sebelum iaitu pada tahun 1948 mereka tidak pernah meramalkan perkara tersebut. Jadi lihat sendiri, suatu hari nanti, orang agama akan berkata, hanya Tuhan yang tahu. Seperti kata pepatah: Manusia merancang tetapi Allah menentukan.

4. Cara saya membaca postin Mahathir semalam, beliau agak lembut sedikit dan tidak lagi bercakap tentang perkara-perkara seperti Najib mencuri RM42 bilion wang 1MDB dan oleh itu perlu meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagainya. Mahathir kini lebih 'tertumpu' pada keupayaan Najib sebagai Menteri Kewangan.

5. Mahathir bercakap tentang pinjaman dan perbelanjaan dan dasar fiskal yang berhemat dan kesan dasar kerajaan kepada rakyat dan lain-lain lagi. Dalam erti kata lain, apa yang Mahathir perkatakan, tanpa benar-benar bertanyakan soalan seperti: Adakah Najib Menteri Kewangan yang baik atau Bajet 2017 tidak sempurna dan boleh diperbaiki?

6. Sekarang, kita mesti mengambil apa Mahathir tulis semalam bersama apa yang dia pernah sebut pada bulan lepas di UK bersama-sama dengan apa yang dia telah perkatakan sejak lapan tahun lepas, sejak April 2008 iaitu tiga minggu selepas pilihan raya umum ke 8 pada Mac 2008. Dan apa yang dia telah katakan ialah bahawa Perdana Menteri perlu ada Majlis Penasihat untuk 'menasihat' dan juga Perdana Menteri tidak perlu menjadi Menteri Kewangan.

7. Ramai orang biasanya memberi tumpuan hanya pada lakaran berus lukisan. Anda perlu mengambil beberapa langkah ke belakang dan melihat keseluruhan papan lukisan itu. Jika kita melakukannya maka akan dapat melihat gambaran yang lebih luas atau gambaran yang lebih besar. Dan gambaran besar adalah Mahathir masih mahu bersuara didalam hal menjalankan dan menguruskan negara ini dan dia juga mahu kawalan langsung ke atas kewangan Malaysia.

8. Mahathir menjelaskan kembali pada 2014 mengapa dia mahu Najib digulingkan. Mahathir berkata beliau cuba bercakap dengan Najib dan menasihati beliau tetapi Perdana Menteri tidak mahu mendengarnya. Perdana Menteri meminggirkan beliau dan, apabila Mahathir terus menegur Perdana Menteri, Najib enggan bercakap dengan beliau selama enam bulan dan tidak mahu menjawab panggilan telefon beliau.

9. Itulah apa yang diperkatakan oleh Mahathir. Dia cuba untuk menasihati Najib. Najib tidak mahu mendengar nasihat. Dan selepas itu Najib telah meminggirkan beliau selama enam bulan dan enggan menjawab panggilan beliau. Jadi sebab itu, Mahathir menjelaskan, dia tidak mempunyai pilihan selain untuk menggulingkan Najib.

10. Jadi kita faham. Itulah sebabnya, menurut Mahathir, mengapa Najib perlu digulingkan. Ini bermakna jika Najib tidak meminggirkan Mahathir dan tidak putus silaturahim dan mendengar nasihat beliau maka tidak ada sebab untuk menggulingkan Najib.

11. Jadi, selama hampir dua tahun, itulah apa yang Mahathir cuba: cuba untuk menggulingkan Najib. Tetapi percubaan demi percubaan gagal dan Najib lebih gagah (“What does not kill you makes you stronger,” says Kelly Clarkson).

Kelly Clarkson: “What does not kill you makes you stronger,”

12. Jadi sekarang, dengan mengambil kira apa yang diperkatakan oleh Kelly Clarkson, Mahathir telah kecewa untuk cuba untuk menggulingkan atau membunuh Najib. Dalam bahasa Inggeris ada disebut: 'if you cannot beat them, then join them'. Dan itulah yang Mahathir mahu lakukan: cuba untuk menyertai Najib. Tetapi, sudah tentu, ia mesti secara menang-menang, sebagaimana yang mereka katakan di UK. Jadi apakah situasi menang-menang itu?

13. Dalam posting blog Mahathir semalam ada satu lagi daripada banyak isyarat yang Mahathir hantar kepada Najib. Dan isyarat terkini Mahathir ialah: beliau bersedia untuk melakukan gencatan senjata dan membatalkan 'kempen menggulingkan Najib' dengan balasan untuk mendapatkan sesuatu (dalam peperangan itu semua tentang mendapatkan sesuatu walaupun nyawa perlu dikorbankan). Dan bahawa 'sesuatu' itu adalah melantik Mukhriz menjadi Menteri Kewangan yang baru. Dan apabila Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, Mahathir akan memastikan bahawa Malaysia mempunyai wang yang diperlukan.

14. Kebimbangan utama Mahathir adalah bahawa Najib begitu kuat sekarang dan dia mungkin tidak menunggu sehingga 2018 untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Mahathir telah memberitahu pengikutnya bahawa dia mengesyaki Najib mungkin mengadakan pilihan raya umum akan datang pada awal tahun 2017, mungkin pada bulan Mac atau April, yang hanya tinggal kira-kira enam bulan lagi.

15. Mahathir berkata, Bajet 2017 adalah 'bajet pilihan raya', sebab itulah dia begitu murah hati kepada rakyat. Bajet 2017 akan membantu Najib memenangi lebih banyak undi, rungut Mahathir. Oleh itu ini bermakna pilihan raya umum akan datang akan berlaku pada separuh pertama tahun 2017. Dan ini bermakna Mahathir tidak ada terlalu banyak masa yang tinggal.

16. Mahathir percaya dia perlu melakukan perundingan dengan Najib dalam tempoh enam bulan sebelum pilihan raya umum akan datang. Jika Mahathir benar-benar boleh menyediakan wang apabila anaknya menjadi Menteri Kewangan, ini akan merupakan insentif baik untuk Najib. Tambahan pula dengan hakikat bahawa Mahathir tidak lagi merancang penyingkiran Najib dan akan membolehkan beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

17. Dan jangan lupa, 1MDB juga tidak lagi akan menjadi beban kepada Najib. Mukhriz akan mengambil alih 'masalah'  tersebut dari Najib dan akan melakukan apa yang yang sepatutnya. Oleh itu ia akan menjadikan perundingan lebih manis (icing on the cake to make the sweet deal even sweeter). Sudah pasti Mahathir akan berhenti menyerang 1MDB apabila anaknya yang mengendalikan perkara itu.

18. Walaupun Najib memikirkan janji manis Mahathir, ada pertimbangan lain juga.

19. Pertama adalah bahawa Mahathir Pribumi adalah sebuah parti yang mati dalam kandungan. Muhyiddin Yassin  sekarang menjadi liabiliti besar dan orang Melayu tidak mahu mendekati beliau. Skandal seks dengan seorang wanita yang sudah berkahwin sehingga berlaku perceraian, ditambah cakap-cakap bahawa dia telah mengahwini Nika Gee (tidak pernah dinafikan), telah memusnahkan kerjaya politik Muhyiddin selama-lamanya.

Nika Gee: helang laut di leher Muhyiddin

20. Pribumi tidak boleh mendapatkan walaupun 10,000 ahli, jauh berbanding PAN yang mempunyai kira-kira 20,000 ahli. Dan 20,000 anggota PAN itu boleh dianggap teruk kerana mereka mensasarkan 250,000 ahli berdasarkan fakta mereka memenangi 20% undi dalam pemilihan parti PAS (dan 20% daripada 1.2 juta akan menjadi kira-kira 250,000).

21. Jadi kedua-dua parti Pribumi dan PAN mengalami kegagalan paling teruk.

22. Pada mulanya, Lim Kit Siang teruja bekerja dengan Mahathir kerana Mahathir itu berjanji untuk menyelamatkan Lim Guan Eng daripada pendakwaan SPRM. Mahathir memberitahu Kit Siang dia memiliki kawalan ke atas SPRM dan boleh memberitahu Abu Kassim Mohamed apa yang perlu dilakukan. Tetapi itu tidak berlaku dan ia kini kelihatan seperti Guan Eng kesudahannya akan berakhir ke penjara.


23. Insentif untuk Kit Siang untuk bekerja dengan Mahathir sekarang sudah hilang. Lanjutan dari itu, Kit Siang kini menyedari bahawa jika DAP bekerjasama dengan Mahathir dan atau Pribumi, maka orang Cina akan menghukum mereka seperti yang telah berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak juga pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar (dan juga dalam pilihan raya umum 1999). Dan Cina boleh menjadi sangat tidak bertimbang rasa (mereka masih tidak lupa atau memaafkan peristiwa 'Mei 13', yang berlaku pada tahun 1969).

24. Tanpa tawaran 'Selamatkan Guan Eng', tidak ada yang menarik untuk Kit Siang untuk bekerjasama dengan Mahathir. Malah, mereka tidak mendapat apa-apa faedah ataupun kerugian jika DAP bekerjasama dengan Mahathir atau Pribumi dan mereka akan kehilangan sokongan kaum Cina. Oleh itu pintu Pakatan Harapan ini boleh dikatakan ditutup kepada Mahathir dan Pribumi melainkan jika mereka masuk melalui pintu belakang dengan penggabungan Pribumi dan PKR.

25. Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersikap terbuka kepada penggabungan Pribumi-PKR. Tetapi mereka masih perlu berurusan dengan Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah (tambah lagi ramai pemimpin anti-Mahathir di dalam PKR, termasuk kawan rapat Anwar). BACA LAGI DI SINI: PRIBUMI MESTI BERGABUNG DENGAN PKR ATAU MAMPOS http://pakdin.my/pribumi-mesti-bergabung-dengan-pkr-atau-mampos/

26. Jadi penggabungan Pribumi-PKR tidak akan menjadi lancar. Ia akan menjadi jalan berbatu yang akan mereka lalui. Dan jika pilihan raya umum akan datang berlangsung pada awal 2017, seperti apa yang Mahathir fikirkan, maka masa tidak memihak kepada mereka. Malah penggabungan PKN-PRM pada Ogos 2003 mengambil masa yang lama untuk terlaksana walaupun Anwar, Wan Azizah, dan ramai pemimpin atasan PKR dan mereka yang menjadi kawan rapat Anwar menyokongnya.

27. Malah, penggabungan PKN-PRM mewujudkan pelbaagai krisis daripada golongan dalaman Anwar - rakan-rakan semasa penngajian di universiti dan ABIM - mengecam parti dan meletak jawatan kerana marah. Salah seorang, Omar Jaafar, seorang penyokong setia Anwar sejak mereka di zaman universiti, mengadakan sidang akhbar dan mengecam PKR (masa itu PKN) sebagai pemimpin munafik.

Omar Jaafar: sahabat karib Anwar penyokong sejak tahun 1970-an meninggalkan parti itu pada 2003 kerana penggabungan PKN-PRM

28. Jadi, walaupun mereka serius mempertimbangkan penggabungan Pribumi-PKR, ia akan mengambil masa yang lama untuk berlaku. Dan saya tidak akan memberikan walaupun 50:50 kemungkinan yang bakal terjadi (kecuali Azmin boleh mengambil alih dari Wan Azizah sebagai Presiden PKR). Dan tanpa kemasukan pintu belakang ke dalam Pakatan Harapan, dan dalam keadaan Lim Kit Siang kini dingin terhadap Mahathir, mereka perlu memikirkan kaedah yang lain.

29. Walaupun Pribumi diterima ke dalam Pakatan Harapan tidak ada jaminan bahawa Mukhriz bakal menjadi Menteri Kewangan, apatah lagi seorang bakal Perdana Menteri. Bagi Pakatan Harapan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang adalah terlalu jauh. Dan dengan masa  hanya ada enam bulan lagi (mengikut kepercayaan Mahathir) seseorang tidak mampu pergi jauh. Sesuatu yang pasti. Dan satu perkara yang pasti adalah untuk mendapatkan kuasa dan jawatan peringkat persekutuan hanya melalui Umno dan Barisan Nasional.

30. Oleh itu, jika Mukhriz mahu menjadi Menteri Kewangan akan datang, mesti melalui Umno. Mukhriz mesti dibenarkan kembali ke dalam Umno dan mesti diberi kerusi Parlimen untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dan selepas pilihan raya umum akan datang (dengan andaian Mukhriz menang kerusi parlimen, yang setidak-tidaknya akan menjadi satu pertandingan empat penjuru) beliau kemudiannya boleh dilantik menjadi Menteri Kewangan yang baru.

Ini kah bakal Menteri Kewangan Malaysia?

31. Dan jawatan Menteri Kewangan adalah kedudukan kedua paling berkuasa selepas Perdana Menteri - lebih berkuasa daripada Timbalan Perdana Menteri, seperti yang telah diakui oleh Mahathir seawal tahun 1975. 41 tahun yang lalu Mahathir telah memberitahu pengikutnya bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri 'tiada nilai' dan adalah lebih baik untuk menjadi Menteri Kewangan daripada Timbalan Perdana Menteri.

32. Malahan, ketika Tengku Razaleigh Hamzah menjadi ancaman pada tahun 1984, Mahathir mengeluarkan beliau sebagai Menteri Kewangan dan 'diturunkan' menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mahathir tahu bahawa jika dia membiarkan Tengku Razaleigh kekal sebagai Menteri Kewangan, akan menjadikan dia sangat berkuasa.

33. Selepas menurunkan Tengku Razaleigh, Mahathir melantik Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan yang baru. Sebelum itu tidak ramai yang kenal Daim maka ia menjadi satu isu yang sangat kontroversi. Wartawan bertanya kepada Mahathir pada sidang media mengapa beliau melantik Daim sebagai Menteri Kewangan. Mahathir menjawab bahawa Daim adalah sekutu paling rapat dan yang paling boleh dipercayai dan mengapa dia perlu melantik musuh berbanding rakan yang boleh dipercayai sebagai Menteri Kewangan beliau?

Mahathir and his Pribumi are going to drift aimlessly and then get smashed on the rocks during a storm. And Najib has plenty of time on his hands while Mahathir does not. That is the long and short of it all. And remember, you heard it here first.

34. Jadi kita mula faham. Mahathir tahu apa yang dia lakukan walaupun semalam Nazri Aziz memanggilnya orang tua nyanyuk. Sejak tahun 1975, Mahathir tahu di mana kuasa sebenar selepas kedudukan Perdana Menteri - dan itu yang dia beritahu kepada pengikutnya. Pada tahun 1984, beliau membuat perubahan bagi memastikan tidak ada yang dapat menggulingkan beliau dan beliau boleh kekal berkuasa selama 22 tahun. Jadi, jika Mahathir mahu menyelamatkan Boboi, hanya ada satu cara yang boleh dilakukan. Mukhriz perlu menjadi Menteri Kewangan.

35. Itulah apa yang di tulis Mahathir didalam blog beliau, semua mengenai semalam. Mahathir memberitahu Najib bahawa beliau, Mahathir, tahu bagaimana untuk menguruskan ekonomi dan kewangan Malaysia, dan jika Najib membenarkan anaknya mengambil alih sebagai Menteri Kewangan maka dia, Mahathir, akan memastikan bahawa Malaysia akan mempunyai wang yang diperlukan untuk membiayai untuk Bajet 2017 .

36. Najib kini mempertimbangkan antara kepentingan politik dan keuntungan ekonomi. Jika dia bersetuju untuk melantik Mukhriz menjadi Menteri Kewangan, ada kelebihan tertentu. Tetapi jika dia terus meminggirkan Mahathir juga ada kelebihannya. Jika Pakatan Harapan menerima Pribumi maka DAP akan menerima akibatnya daripada pengundi Cina. Sebagai parti yang bergerak bersendirian, Pribumi tidak boleh pergi jauh.

37. Mahathir dan Pribumi akan hanyut tanpa haluan dan akhirnya akan terdampar di atas batu dipukul ribut. Dan di pihak Najib mempunyai banyak masa dan tidak pada Mahathir.



Bergurau ada hadnya...

BERGURAU tidak salah, malah Islam pun mengharuskannya selagi masih dalam batasan. Apa yang penting, jangan melampau hingga sengaja mereka-reka sesuatu yang langsung tidak diucapkan oleh individu terbabit.

Mungkin kerana kononnya atas alasan untuk bergurau, lazimnya pada setiap Khamis, ramai lelaki sibuk berkongsi mesej, gambar dan dialog 'malam Jumaat' sesama mereka dalam kumpulan interaktif media sosial terutama WhatsApp.

Pendek kata dalam masa seminggu, hari itu boleh dianggap sebagai yang paling sibuk bagi mereka. Jika gambar dan dialog itu hak milik sendiri (Sdn. Bhd.), terpulanglah untuk disebarkan, tiada siapa yang marah.

Tetapi ia menjadi masalah apabila penyebar sama ada yang pertama atau kesejuta langsung tidak mengenali mereka. Yang pasti kesemua 'mangsa-mangsa' itu mempunyai kehidupan dan saudara mara. Malah tidak salah dikatakan bahawa mereka juga adalah anak perempuan, adik, kakak, ibu, sepupu, ibu saudara , jiran, menantu atau rakan sepejabat kepada si polan tertentu.

Pernahkah si penyebar yang kononnya sekadar untuk bergurau itu terfikir mengenai perkara ini? Rasanya mereka langsung tidak peduli perasaan mangsa terbabit. Kalaulah pemilik batang tubuh rela, Alhamdulillah, tetapi jika sebaliknya, apa cerita?

Mungkin penyebar itu boleh muat naik status dalam akaun Facebook, "bila tiba malam Jumaat, minta jasa baik kesemua yang mengenali untuk mengambil gambar anak perempuan, isteri atau ibu dan tolonglah edit gambar serta ciptakan lawak lucah untuk gurauan, saya tidak kisah, apa salahnya kerana lawak jenaka adalah ubat terbaik untuk hilangkan tekanan perasaan!,"

Soalan mudah, jika subjek yang disebarkan itu adalah saudara mara sendiri, sanggupkah? Paling terbaharu, adik kepada seorang lelaki yang menjadi mangsa bunuh di kawasan letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu, Ahad lalu turut tidak terkecuali menjadi 'bahan'. Maha Suci Allah, langsung para netizen tidak memikirkan perasaan keluarga mangsa.

Jika perangai buruk seperti ini dibiarkan berterusan, pasti dunia ini berada dalam keadaan huru-hara. Manusia waras pasti tidak akan sesekali memperdagangkan ma­ruah, jika anda sebegitu, pasti orang lain pun berpendirian sama. Senang cerita usahlah terlalu galak berkongsi aib orang lain atas dasar gurauan.

Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun lalu telah memperkatakan mengenai perkara ini yang amat berkait rapat dengan kesempurnaan iman, "Tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu suka sesuatu kepada saudara kamu sama seperti apa yang kamu suka untuk diri kamu sendiri." - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Pada asasnya penciptaan setiap teknologi di dunia ini adalah baik demi kemaslahatan manusia sejagat. Namun malangnya, ia disalahgunakan hingga memudaratkan manusia dan antara faktor utama berlaku adalah kerana elemen terpenting iaitu kebijak­sanaan atau hikmah (wisdom) diabaikan.

Dosa media sosial ini sebenarnya agenda 'terpuji' iblis yang sudah lama bersumpah untuk merosakkan manusia. Bukan penulis memandai-mandai tetapi teguran ini telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW beribu-ribu tahun lalu.

"Sesungguhnya singgahsana (pusat pemerintahan) iblis berada di atas laut, maka dia mengutus pasukan tenteranya yang memfitnah (merosakkan) manusia, syaitan yang paling dekat kedudukan dengannya adalah yang paling banyak kejahatannya," - Sahih Muslim.

Junjungan besar umat Islam telah memberi amaran, malah iblis juga telah berjanji, maka sanggupkah kita menjadi ejen dan sekutu iblis? Jika masih berdegil, terpulanglah kerana stesen persinggahan terakhir makhluk dilaknat oleh Allah itu adalah neraka, bukannya syurga.

Skim Bayaran Penuh Pesakit Hospital Kerajaan Hanya Sebagai Pilihan Kepada Yang Berkemampuan

1. Pilot perkhidmatan FPP ni dah lama di lakukan di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya. Sekarang ianya berkembang ke beberapa hospital.

2. Ianya melibatkan pesakit luar, dalam dan rawatan harian. Pesakit akan bayar perkhidmatan ini dan mereka berhak memilih siapa doktor yg mahu merawat dan mendapatkan perkhidmatan kelas pertama.

3. Perkhidmatan ini seakan-akan "Private Wing" di Hospital university.

4. Mereka akan diberi kaunter khas, bilik khas, ward khas dan staf khas. Tidak ganggu ward kelas pertama dan perkhidmatan sediakala.

...

Tujuan :

1. Menambah baik perkhidmatan kesihatan kerajaan. Sesiapa yg berkemampuan tapi tidak mahu pergi ke private hospital, boleh dapatkan di hospital kerajaan. Dari segi kos, besar kemungkinan sedikit rendah dari private.

2. Menjaga kebajikan para doktor dan golongan sokongan terutama pakar untuk menambah pendapatan. Sebahagian bayaran akan diberi kepada mereka dan sebahagian akan masuk ke dalam perolehan.

3. Nisbah Pakar Kerajaan dan Swasta kini adalah 1 : 2. Demi utk menjaga kebajikan pakar, dari pergi ke private, perkhidmatan FPP mungkin dapat membantu.

4. Pesakit juga boleh memilih pakar dari private hospital untuk merawat di fasiliti kerajaan, jika mahu mengurangkan kos. Ini setakat yg saya tahu, apa pun saya akan verify kelak. Dengan kata lain, kalau dahulu private hospital "pancing" pakar dari kerajaan, kini vice versa.

5. Saya tak pasti kenapa surat ini diviralkan. Namun besar kemungkinan oleh agen-agen insurance. Apapun, dengan adanya FPP, boleh membantu industri insurans.

...

#Kesimpulan

1. Ianya tidak mengganggu perkhidmatan sedia ada kini. Rakyat masih boleh mendapat rawatan ubat, konsultasi, CT, MRI, blood investigation dll dengan pakage RM 1.

2. Jika rakyat yg berkemampuan boleh pergi ke private hospital untuk membuat rawatan, kenapa tidak ke hospital kerajaan?

3. Boleh baca selanjutnya di sini :
http://hselayang.moh.gov.my/ms/menu-awam/2013-10-10-09-33-28/2013-09-26-02-56-11.html

4. Apa yg ditulis adalah dari pemahaman saya melalui bacaan-bacaan yang saya perolehi. Kenyataan bahawa kerajaan seolah-olah "Menswastakan" perkhidmatan kesihatan adalah tidak benar.

5. Ianya telah lama di amalkan di hospital university, cuma KKM baru menuju kearah tersebut. Walaupun begitu saya percaya, pihak hospital/ KKM dapat mengelakkan "abuse" perkhidmatan FPP ini.

6. Jika saya perolehi info yg terkini, saya akan update dari semasa ke semasa.

Harap dapat mengurangkan panic rakan-rakan sekalian.

Sekian.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=698842626949461&id=100004711893521

Bajet Alternatif 2017 Pembangkang Penuh Khayalan Dan Fantasi.

Pakatan Harapan telah melancarkan Bajet Alternatif 2017 semalam, iaitu dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016.

Seperti biasa bajet bayangan pembangkang ini hanya berbentuk mencari populariti serta tidak menyeluruh.

Bajet Alternatif ini bertemakan "Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan" yang dihasilkan oleh DAP, PKR dan PAN ini banyak memberikan tumpuan kepada perkara yang akan memberikan populariti kepada mereka, tanpa memikirkan mengenai keperluan dan pembangunan masyakarat keseluruhannya.

Menariknya, bajet ini dibuat tanpa mengambil kira parti bunga, PPBM sebagai sekutu baru mereka.

Beberapa perkara hanya menyalin kulit seperti tahun lepas dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Jika dilihat kepada bajet alternatif ini, pembangkang banyak memberikan cadangan tanpa menyatakan mengenai kaedah pelaksanaannya.

Bajet yang dibuat tanpa melibatkan wang ringgit sudah tentu mudah dirancang, hanya menambah angka dan statistik semata mata.

Hampir 80% bajet 2017 ini sama dengan bajet alternatif mereka pada tahun lepas. Seolah copy and paste sahaja ayat ayatnya.

Ianya tidak realistik, hanya nampak cuba menggulakan rakyat dengan matlamat menarik undi mereka.

Ia lebih menumpukan kepada isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Cukai GST misalnya akan dikurangkan kepada sifar, sama seperti cadangan tahun lepas. Sepatutnya ia dimansuhkan terus namun pembangkang mengambil langkah mengurangkannya kepada sifar sekali gus tidak memberi jaminan ia tidak akan dinaikkan jika mereka memerintah kelak.

Sepatutnya bajet alternatif ini juga bersifat menyeluruh dengan mengambil kira kebajikan dan keperluan rakyat dalam berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan kejatuhan harga minyak.

Pembangkang juga terlupa soal pentadbiran kerajaan negeri perlu diambil kira kerana ia menandakan penanda aras kepada urus tadbir yang cekap.

Di Selangor misalnya, lebih sejuta penduduk berdepan dengan krisis air akibat pencemaran sungai baru-baru ini hingga membebankan mereka.

Dalam isu berkenaan kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan untuk mengatasi masalah berkenaan kerana ia bukan kali pertama berlaku malah sudah berulang kali.

Begitu juga di Pulau Pinang di mana isu melibatkan integriti Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah dipersoalkan selepas beliau didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah tetapi ia tidak disentuh.

Sedangkan dalam bajet alternatif itu mereka mahu memerangi rasuah. Adakah ia hanya tertakluk kepada parti lawan sedangkan anggota parti sendiri yang telah didakwa di mahkamah tetapi masih menerajui sebuah negeri, boleh dibiarkan dan hanya pejam mata?

Dan dalam banyak-banyak perkara yang dicadangkan antara yang menarik untuk diulas ialah mengenai pekerja asing di Malaysia.

Pembangkang mencadangkan kenaikan levi untuk pekerja asing di 3 sektor, mengambil pelarian untuk bekerja dan melaksanakan program untuk 'menghalalkan' pendatang asing tanpa izin di negara ini untuk diserap sebagai pekerja sah.

Program itu sememangnya sudah dilaksanakan kerajaan dan cadangan mengambil pelarian untuk bekerja hanya akan menyebabkan kemasukan lebih banyak golongan berkenaan ke negara ini.

Mereka juga tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan berbanding pekerja asing.

Itu belum lagi dilihat kepada aspek kesihatan kerana dibimbangi mereka akan membawa penyakit.

Walaupun bajet bayangan ini telah diumumkan sejak 2008 namun tanpa pengalaman memerintah sebuah negara seperti Barisan Nasional, sukar untuk mereka menghasilkan bajet yang komprehensif yang mencakupi seluruh lapisan masyarakat.

Bajet pembangkang semalam hanyalah khayalan sahaja. Tahun depan mereka akan copy paste perkara yang sama setiap kali BN hendak membentangkan bajet di Parlimen.

Monday 17 October 2016

Kampung Bako dilanda air pasang besar

KUCHING:  Penduduk Kampung Bako kira-kira 40 Kilometer dari sini dikejutkan dengan peningkatan mendadak paras air sungai di kampung berkenaan, petang tadi.

Kejadian itu berlaku apabila air laut mula pasang kira-kira jam 4 petang sehingga menyebabkan air Sungai Bako melimpah.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Kuching, Tiong Ling Hii berkata, beberapa rumah sudah dinaiki air sehingga paras 0.5 meter.

Beliau berkata, anggota Pasukan Bomba Sukarela Bako Indah kini berada lokasi untuk melakukan tindakan menyelamat apabila diperlukan.

"Setakat ini kami dimaklumkan tujuh rumah yang berdekatan sungai sudah dimasuki air.

"Anggota pasukan sukarela kami masih memantau keadaan di lokasi ketika ini," katanya.

Katanya, air laut pasang besar mencapai tahap tertinggi iaitu 5.3 meter pada jam 6.55 petang ini

Jambatan Batang Sadong beri manfaat lebih 50,000 penduduk - Najib

Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer (km) telah siap dibina dan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk tempatan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, itu merupakan satu daripada banyak lagi pembangunan yang akan terus dilakukan kerajaan di Sarawak bagi rakyat negeri itu.


"Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km di Sarawak itu mula dibina pada 2011. Saya membuat tinjauan pada Januari lalu bagi melihat sendiri projek yang saya luluskan," katanya menerusi catatan di laman Twitter dan Facebooknya, hari ini.


Najib yang melahirkan kegembiraannya dengan siapnya jambatan tersebut turut memuat naik gambar yang diambilnya sewaktu meninjau projek tersebut pada 31 Januari lalu.


Jambatan yang merentasi Sungai Batang Sadong itu merupakan jambatan terpanjang di Sarawak dan telah mula dibina pada Julai 2012 dengan kos RM211.3 juta. 

Sunday 16 October 2016

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL

Malaysia Milk Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan penarikan balik jualan produk susu Marigold HL dalam paket 200ml dan satu liter.

Walau bagaimanapun, arahan tersebut adalah terhad kepada produk yang tarikh tamat tempoh sehingga 7 Nov (bagi Semenanjung Malaysia) dan 11 Nov (Sabah, Sarawak dan Labuan).

Menurut syarikat itu, arahan itu adalah disebabkan aduan pelanggan yang menyedari kelikatan coklat susu Marigold HL lebih tinggi daripada biasa.

Mereka berkata, walaupun aduan pelanggan hanya tertumpu kepada susu coklat Marigold HL, syarikat telah mengambil "langkah-langkah proaktif" untuk menarik balik produk-produk lain, termasuk Milk Chocolate Marigold HL, Marigold HL Plain Milk dan Marigold HL Strawberry Milk. Marigold HL Milk dengan Plant Sterols juga merupakan antara produk yang ditarik balik, tetapi hanya untuk pek satu liter.

"Pasukan Unit Kawalan Kualiti dan Pembuatan kami telah mengenalpasti punca masalah ini, dan kemudiannya diperbaiki," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Syarikat itu memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penarikan produk dari pasaran.

"Kesihatan dan keselamatan pelanggan kami adalah keutamaan kami, dan kami sedang melakukan sebaik mungkin untuk menyediakan seberapa banyak maklumat dan bantuan," katanya.

Pelanggan yang telah membeli produk makanan yang terlibat perlu mengembalikan mereka kepada syarikat unyuk penggantian atau hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1800-88-5587 atau feedback@mmsb.com.my.

BENA SUNGAI BATANG LUPAR TEBILANG DI SERATA DUNYA

Nyata dipeda tetiap maya pengerami tu diatur Pasar Sri Aman dedat laban mensia mayuh ari serata dunya: Harden

Disalin Ari Kelvin Lambai //

SRI AMAN: Pasar Sri Aman ukai aja tebilang enggau produk dagang temuai 'Fenomen Bena' ba mensia mayuh di menua nya tang penyadi asal nya mega ditemu mensia diserata dunya enggau antarabansa.

Menteri Muda Ekonomi Menua Pesisir enggau Kebun Bedandang Besai Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis madah, Bena Sungai Batang Lupar entarapenyadi ti nyelai di dunya lalu keempat besai di dunya ti majak dikerindu temuai antarabansa.

"Penyadi asal tu ke bendar udah ngangkat nama Sri Aman dimata dunia lalu dikelala mensia mayuh ba renggat antarabansa," ku iya bejadi Pesta Benak Sri Aman edisyen ke-14 ungkup taun 2016 ba Tebing Sungai Batang Lupar Sri Aman ditu lemai kemari.

Nyata dipeda ku iya, tetiap maya pengerami tu diatur kenyau ari taun 2001 nyentuk ke diatu, Pasar Sri Aman dedat laban mensia mayuh ukai aja ari Sarawak, Semenanjung enggau Sabah tang mega temuai antarabansa baka ari Perancis, Austraslia sekeda menua di Asia.

"Berani aku madahka Pesta Benak di Sri Aman tu ke bendar iya udah dikelala mensia mayuh di serata dunya lalu kitai ti nyadi rayat di Sri Aman patut temegah ati laban Sri Aman tebilang di serata dunia," ku iya.

Pokok tumbang, struktur atap runtuh ribut badai Kuching

KUCHING: Sekurang-kurangnya enam kes pokok tumbang dan struktur atap runtuh dilaporkan di sekitar bandar raya ini susulan kejadian ribut serta angin kencang kira-kira jam 4 petang tadi.

Selain kawasan sekitar Padang Merdeka, antara lokasi lain yang teruk terjejas ialah berhampiran Pusat Beli Belah City One dan E-mart Batu Kawa.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan ketika dihubungi mengesahkan kejadian memaklumkan pegawai dan anggotanya sudah digerakkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan, selain membantu operasi pembersihan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan tiada laporan kemalangan jiwa atau kecederaan diterima setakat ini susulan insiden berkenaan, kecuali kerosakan harta benda dan beberapa kenderaan milik orang awam.

Farhan berkata, punca kejadian sedang dalam siasatan, begitu juga nilai kerugian sebenar. Sementara itu, kejadian ribut berserta angin kencang yang berlarutan kira-kira sejam berkenaan dipercayai sebahagian daripada kesan fenomena air pasang besar.

Malah, fenomena itu turut menyebabkan beberapa kawasan penempatan di kawasan pesisir pantai di Sebuyau dan Pusa turut dinaiki air.

Bagaimanapun, sehingga jam 6.45 petang tadi, belum ada penduduk di kawasan terjejas dipindahkan.

Namun, langkah berjaga-jaga sudah diambil oleh agensi berkaitan, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak bagi menghadapi sebarang kemungkinan.