Friday 8 January 2016

Fitnah menggunakan berita yang dipalsukan



Pembohongan demi pembohongan, fitnah demi fitnah.. dosa pahala letak tepi. Maka berbondong2 copy paste penipuan tersebut.

Siapa boleh bagi link berita dibawah atau memberi gambar helaian penuh akhbar yang menyiarkan berita tersebut atau berita tersebut direka cipta untuk memfitnah.


Petrol RON100 akan di perkenalkan di Malaysia

Pemilik kereta mewah boleh lah gunakan RON100 yang akan berada dipasaran tak lama lagi. Rega nungkin RM3.00 seliter.
Negara dah nak bankrap, macam2 pulak yang diorang pasarkan.

Gempar!! Rafizi Bakal Dilantik Penasihat Ekonomi Arab Saudi?

Any confirmation 👇🏿

Menurut sumber,yang rapat dengan Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden merangkap Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli, menyebut bahawa beliau bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Raja Arab Saudi, Raja Salman.

Katanya, 2 rakyat Malaysia tercalon untuk jawatan ini, seorang lagi ialah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua tapi hanya Rafizi yang terpilih kerana beliau beragama Islam.

Perlantikan ini menurut sumber yang sama, akan berkuatkuasa selama 3 tahun dan tugas utama Rafizi ialah memastikan ekonomi Arab Saudi tidak terjejas di sebali kejatuhan harga minyak yang melanda dunia sekarang.

Arab Saudi seperti yang semua tahu sedang mengalami tekanan ekonomi yang hebat akibat kejatuhan harga minyak dunia sehingga terpaksa mengurangkan subsidi minyak dan memperkenalkan GST.  Semoga dengan perlantikan Rafizi, keputusan mengurangkan subsidi dan memperkenalkan GST, akan dibatalkan.

Sebagai rakyat dari negara yang merasai beban akibat perlaksanaan GST, Rafizi tahu akan keperitan yang perlu ditanggung dan tidak mahu rakyat Arab Saudi juga merasai keperitan yang sama.

Berita ini membuktikan bahawa negara luar memang menghargai kepakaran anak tempatan Malaysia yang anehnya, diketepikan negaranya sendiri.   Rafizi memang pakar ekonomi tersohor dan mempunyai banyak cara bagaimmana untuk memastikan ekonomi sesebuah negara kekal mampan disebalik kegawatan.

Najib dan pentadbirannya harus berasa malu dengan perlantikan ini.kerana gagal melihat potensi manusia hebat seperti Rafizi.

Thursday 7 January 2016

Ahmad Maslan explaing "two jobs" spin




I am not in the habit of defending Ahmad Maslan but this time around he has been unfairly spinned and slandered - to the extent that I actually sympathized with him.

Listen to his big sigh while he xplains. Read the original Astro Awani article and see how it has been spun and how a malicious headline was created.

He may have said or done some not-so-clever things in the past but for this case, he was genuine and does not deserve to be maligned like this.
 
 


--------------------------------

 
In this video, Ahmad Maslan explains what he actually said last week about "two jobs" which Astro Awani reported and went viral.

If you re-read the original article by Astro Awani, you will realize that it is true that Astro Awani has mischeviously spinned Ahmad Maslan's words and created a misleading headline.

The reporter Shahrul Hassan from Astro Awan seems to have taken the enitre statement by Ahmad Maslan out of context and created to create attention-grabbing but misleading headline.
It is clear from the Astro Awani article that he meant trying out online business in your part time as the govt had recently launched the e-usahawan dan e-rezek to promote Malaysians to use the internet as a business platform.

Ahmad Maslan had said he encouraged this initiative as recently he met a civil servant who had made RM4 million in sales online by just selling gula Melaka overseas.
 ---
http://www.thestar.com.my/…/30/ahmad-maslan-criticisms-unf…/

Wednesday 6 January 2016

Bursa Malaysia ditutup tinggi bertentangan arah aliran serantau

 


Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, bertentangan arah aliran serantau, dan mengatasi kerugian awal apabila pelabur merebut peluang jualan besar-besaran serta belian pada harga rendah, kata peniaga.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.27 mata atau 0.14 peratus kepada 1,667.97, selepas mencecah paras rendah 1,661.69 pada sebelah pagi.

Menurut Kenanga Research, semalam pasaran berjaya mengatasi keraguan beberapa hari sebelumnya ekoran Wall Street yang lemah disebabkan kejatuhan saham China.

Walaupun kenaikan itu mungkin hanya sementara disebabkan jumlah dagangan yang rendah serta petunjuk teknikal utama yang kurang bermaya.

"Kami percaya ringgit yang lemah, harga minyak mentah yang rendah, kebimbangan baharu ke atas kelembapan ekonomi di China dan ketegangan yang meningkat di Asia Barat akan terus menjejaskan sentimen pelabur dalam tempoh terdekat," katanya.

Saham serantau kekal rendah.

Nikkei 225 Jepun susut 182.68 mata kepada 18,191.32, Hang Seng Hong Kong turun 104.94 mata kepada 21,083.78, Straits Times Singapura susut 30.43 mata kepada 2,803.80.

Di papan skor tempatan, Indeks FBM EMAS meningkat 48.05 mata kepada 11,695.73, Indeks FBMT100 menokok 41.80 mata kepada 11,360.87 dan Indeks FBM EMAS Shariah meningkat 41.30 mata kepada 12,708.23.

FBM 70 menokok 143.04 mata kepada 13,213.31 dan FBM ACE meningkat 48.11 mata kepada 6,364.88.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 4.90 mata kepada 3,226.39, Indeks Kewangan meningkat 42.39 mata kepada 14,009.51 dan Indeks Perladangan menokok 82.71 mata kepada 7,733.44.

Prestasi pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 595 berbanding 321 manakala 324 kaunter tidak berubah, 483 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.43 bilion saham bernilai RM2.31 bilion berbanding 1.83 bilion saham bernilai RM1.94 bilion semalam.

Video: Azmin gagal jawab empat isu yang ditimbulkan Solidariti Anak Muda Malaysia


 
Menteri Besar Selangor terus didakwa gagal menjawab empat isu yang ditimbulkan Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM.

Pengasasnya Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, sebaliknya mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengklasifikasikan semula dokumen sulit kerajaan, bagi mendedahkan perkara sebenar.

Empat isu terbabit ialah berhubung agihan zakat, Syarikat Darul Ehsan Investment Group, DEIG, gerbang Selangor dan balak.

Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menggesa Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali memohon maaf berkaitan penipuan isu tender terbuka.

Menurut Chegubard, Azmin tidak perlu menipu dihadapan media bahawa isu tender itu merupakan tender terbuka.

“Azmin perlu minta maaf, bahawa tiada tender terbuka dilakukan,”katanya di pejabat SAMM, Seremban tengahari tadi.

Chegubard berkata, Azmin telah gagal menjawab kesemua isu yang dibangkitkan bermula daripada isu zakat dimana beliau menggunakan duit zakat selangor dan diagih kepada penyokongnya sahaja bukan penyokong dalam parti.

“Kemudian, isu DEIG yang jelas dia kata tak beroperasi. Dia menjawab dengan penafian-penafian yang cukup dangkal. Tapi apabila kita tunjukkan dokumen bahawa dia dapat pinjaman bank ketika tidak beroperasi dia dah gagal untuk menjawab.

“Begitu juga isu pintu gerbang bila dia tak boleh jawab dia tuduh saya dengan serangan ‘Macai Umno’. Saya memberitahu dia perkara itu menjurus kepada pembaziran. Siapapun buat, baik Barisan Nasional atau sesiapa sahaja ia tetap merupakan pembaziran.

“Kemudian yang terbaharu adalah tentang isu balak. Saya dedahkan isu balak tersebut kerana ada kepincangan dalam proses penganugerahan dan sebagainya. Saya tidak lagi pergi kepada fasa dimana siapa dapat, bagaimana dapat, saya tidak pergi ke fasa itu. Tapi persoalannya dia melenting dan berkata ini tender terbuka. Akhirnya saya sebut cadangan saya ada kertas minit mesyuarat yang menyatakan balak tersebut bukan tender terbuka,”katanya.

Beliau berkata, selepas Azmin menghinanya menggunakan perkataan ‘menyalak’ Ahli Parlimen Gombak itu memintanya pergi kemukakan bukti di SPRM.

“Samada dia sengaja ataupun untuk tutup penipuannya. Pertama saya sebut kes tersebut bukan kes SPRM. Kes tersebut adalah kes kamu menipu dalam media. Saya kata tidak ada tender terbuka, bukan kesalahan SPRM. Untuk pengetahuan semua, kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat dalam perihal memberikan projek boleh memutuskan untuk memberikan samada tender terbuka, terpilih ataupun sebutharga ataupun rundingan terus.

“Tidak ada masalah itu kuasa eksekutif. Dalam hal pembalakan ini jelas seksyen 14 enakmen akta perhutanan 1985 semua hasil hutan adalah milik pihak berkuasa kerajaan negeridan seksyen 16 pihak berkuasa berhak memberikan hak mengeluarkan hasil hutan dengan apa cara yang difikirkan sesuai. Memang hak Azmin pun tak nak beri tender terbuka tapi kenapa kamu tipu dalam media? dan cabar saya untuk pergi ke SPRM,”katanya.

Sebelum ini, Chegubard menegur Azmin berkaitan isu agihan zakat, DEIG, gerbang Selangor, balak dan lain demi kebaikan namun malangnya bukan sahaja tidak diperjelaskan, tetapi beliau dihambur dengan ugutan dipecat dari parti dan dihambur gelaran hina oleh Menteri Besar Selangor itu.

Nilai ringgit melantun semula - Sampah Rakyat kena belajar Forex

 Sampah Rakyat perlu belajar Forex maksud mengukuh.

Dan belajar mengapa kebanyakan matawang dunia jatuh berbanding matawawang USD sekarang dan kaitan dengan kejatuhan harga komoditi minyak dan lain-lain komoditi.
 
 
Untuk membandingkan kejatuhan RM, Sampah Rakyat sepatutnya membandingkan nilai RM berbanding USD sejak 20 tahun lalu.
 
 
 
 Kalau Sampah Rakyat tengok matawang negara lain di dunia dan tidak seperti katak ditimpa kemarau, mereka tak perlu bimbang dengan nilai RM dan ekonomi negara. Kelompok seperti Sampah Rakyat lah yang membuatkan Nilai RM jatuh dengan spekulasi buruk mengenai negara sendiri.
 
--------------------------
Nilai ringgit melantun semula
 
Ringgit hari ini melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong permintaan pelabur yang kukuh terhadap mata wang tempatan, kata para peniaga.
 
Pada 5 petang, unit tempatan menokok kepada 4.3400/3450 daripada 4.3450/3530 pada Isnin.
 
Trend ini juga seiring dengan pasaran ekuiti Malaysia yang mencatatkan momentum positif dalam dagangan hari ini.
 
"Ringgit juga menjejaki pergerakan mata wang ASEAN pesat berkembang lain, disokong oleh langkah yang diambil China untuk menstabilkan pasaran ekuiti," katanya.
 
Unit tempatan turut meningkat berbanding mata wang utama lain.
 
Ia tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0460/0500 berbanding 3.0513/0582 semalam dan meningkat kepada 6.3373/3832 daripada 6.4171/4298 berbanding pound British pada Isnin.
 
Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.6409/4464 daripada 3.6510/6580 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6820/6891 daripada 4.7456/7557.

Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh Mahu Lynas Di Haramkan Tetapi Tidak Mahu Perlombongan Bauksit Di Haramkan

fuziah-salleh-bauksit
 
Orang yang mahu Lynas diharamkan tidak mahu perlombongan bauksit diharamkan?

Adakah dia menyedut bauksit?

Lynas, yang merupakan sebuah syarikat Australia bertaraf dunia perlu diharamkan tetapi perlombongan bauksit yang menyebabkan bencana ekologi sekarang, tidak perlu diharamkan. ??

Adakah Fuziah pelombong bauksit atau sudah disogok?

Syarikat bertaraf dunia, mahu diharamkan. Kerosakan ekologi terjadi akibat bauksit cuma perlu di kawalselia.... Otak apa. ??

Tiba-tiba teringat gambar-gambar propaganda ikan yang merubah pelbagai rupa kononnya akibat loji Lynas.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/01/05/mp-regulate-mining-activities/

 
 
..
Rakyat Pahang mahu teruskan perlombongan bauksit


Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa terdapat rakyat negeri itu yang mahu industri perlombongan bauksit diteruskan.

Sehubungan itu, katanya, tiada pampasan dituntut oleh rakyat Pahang kepada kerajaan negeri seperti disarankan Persatuan Pengguna Pulau Pinang sebelum ini.

"Bauksit tiada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang. Rakyat Kuantan tidak minta (pampasan), kita tahu apa yang kita buat.

"Hendak minta (pampasan) apa dia? Awak (wartawan) tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan," katanya dalam sidang media, hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris menggesa Kerajaan Negeri Pahang memberi pampasan kepada nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isu bauksit yang berlarutan sehingga menyebabkan kematian, Adnan berkata, beliau akan bertanggungjawab.

"Itu saya uruskan, tak apa, saya tahu apa perlu dibuat. Saya, Menteri Besar Pahang kena mencontohi Raja, rapat dengan rakyat.

"Kalau tak, tak menang pilihan raya," katanya.

Beliau juga menasihatkan rakyat Pahang supaya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk mencari penyelesaian masalah pencemaran akibat perlombongan bauksit.

"Jumpa saya, kalau ada masalah jumpa menteri besar. Saya tidak bergurau, saya mahu tahu (masalah).

"Nasihat saya kepada rakyat, kekal bertenang kerana kita sedang usahakan apa yang termampu. Saya terbuka dengan sebarang pendapat dan semuanya akan dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai moratorium selama tiga bulan dikenakan terhadap aktiviti perlombongan bauksit, Adnan berkata, ia akan membolehkan syarikat perlombongan mendapat keuntungan lebih.

"Apabila bekalan kurang, harga akan naik. Ini satu rahmat kepada syarikat perlombongan dan kalau saya jadi mereka, saya akan 'nikmati' tempoh moratorium ini," katanya.

Tuesday 5 January 2016

Taik yang di tinggalkan oleh Mahathir terhadap Penerbangan Malaysia (MAS)






Beginning September, Malaysia Airline System Bhd, the company Malaysians know as the national carrier since 1972, will cease to exist.

It would instead be replaced by a new company, Malaysia Airlines Bhd, to be fully owned by Malaysia’s sovereign wealth fund Khazanah Nasional before a planned re-listing in Bursa Malaysia by 2019.

This, however, is not the first time MAS has been subjected to a turnaround plan or a bid to save the airline. It has happened several times over the course of 22 years, beginning in 1994.

This is the most comprehensive restructuring plan that MAS has been subjected to though. One that will involve a rigorous cutting down of its air travel routes and its workforce, likely to reduce it to a regional airline.
But this will only work if the government and those helming this restructuring plan heed the lessons of the past.

It all began in 1994 when businessman Tan Sri Tajudin Ramli took loans from several government-linked companies totalling RM1.79 billion and then used the money to buy a controlling stake in MAS, a move that cost the government dearly some seven years later.

Then the CEO of MAS, Tajudin was badly affected by the 1997 Asian financial crisis, and the government eventually bought MAS back from Tajudin for RM8 a share - the exact price Tajudin had paid seven years before. The only difference was, this time, MAS was lingering near bankruptcy.

It had bled RM256 million in the fiscal year ending 1998 and by the fiscal year ending 2000, it bled a further RM255.7 million after tax losses. When the government bought back the controlling stake from Tajudin, the share price on the market was only RM3.68 per share.

Government linked company Danaharta eventually opted for an out of court settlement with Tajudin despite winning a legal case over the RM589 million in loans owed by Tajudin to the company.

Back in the government’s hands, MAS reported a loss of RM 1.3 billion in 2005, prompting another turnaround plan that saw them appoint current Performance and Delivery Unit (Pemandu) chief Datuk Seri Idris Jala (pic) as its CEO.

For many, Idris’ tenure was the only silver lining for a company that has otherwise made a habit of bleeding money annually.

In 2007, they recorded a profit of RM852 million, the highest in MAS history, and followed up with RM522 million profit in 2009, just before Idris took over as Pemandu CEO under Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s administration.

But for DAP’s Kluang MP Liew Chin Tong, a keen observer of MAS history over the years, the current state of MAS necessitates calling into question the sustainability of what Idris did during his time helming the airline.

“His whole tenure should be called into question. It shows that his turnaround had not succeeded, as what he did was to basically cut the muscle of MAS – he cut the expenditure, killed the morale of the staff, and he killed that talent pool,” Liew told the The Malaysian Insider.

He said that for all of MAS’ troubles, the workers have become an easy “punching bag” for the company.

MAS is expected to sack their entire staff and only retain about two-thirds of them for the new company, meaning that more than 8,000 people stand to lose their jobs.

“The way Idris handled MAS, resulted in a huge number of talented people deciding to move away – it’s a vicious cycle. The current CEO (Christoph Mueller) is doing exactly the same thing,” he said.

Liew said that the company is currently merely “chopping people’s jobs” to have a turnaround of fortunes.

“You have to ask if MAS actually has the talent and the morale to carry on. After all, you are running a service industry,” he said.

Two years after Idris left his post, MAS suffered one of the most historic losses in aviation industry, a staggering RM2.5 billion in 2011.

They made a profit of RM430 million the following year, but lost RM1.16 billion in 2013.

In 2014, they lost two planes – first on March 8, flight MH370, en route to Beijing from Kuala Lumpur, disappeared while leaving Malaysian airspace. What happened to the plane remains one of the biggest mysteries in aviation history.

Just four months later, on July 17, flight MH17, en route to Kuala Lumpur from Amsterdam, was said to have been shot by a ground-to-air missile while flying 30,000 feet over a conflict zone in Ukraine. None of the 298 passengers and flight crew survived.

These incidents forced Khazanah to finally de-list MAS and take it private last year, paying RM1.38 billion to compensate minority shareholders, before embarking on this major restructuring plan.

The latest state injection into MAS, from Khazanah, will be RM6 billion.

But, this was not the first time the state has injected money into MAS. Over the past 10 years, MAS is estimated to have lost RM10 billion of state money that was injected into it, according to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Overall, it is estimated that MAS lost upwards of RM20 billion of taxpayers’ money since 1994.

When it recorded its RM1.16 billion loss in 2013, the airline was bleeding between RM4 million and RM5 million daily.

The latest injection may not be the first, but with MAS having suffered such heavy losses for two decades now, the latest revival attempt will likely be a final attempt at putting the national carrier’s accounts back in the black.

Suara Rakyat Bangsatkan Ringgit #SampahRakyat

 
Jangan lah singkat sangat pemikiran. Tak berwawasan langsung. Belajar membezakan 'lebih stabil', 'lebih kukuh' dan 'lebih tinggi'

Sampah Rakyat cuba untuk mengapi-apikan kemarahan dengan berkata Ringgit kita lebih "Bangsat" daripada Rupiah Indonesia.

Memang benar jika anda melihat pada satu tahun kebelakangan.

Tetapi jika anda melihat selama 2 tahun, 3 tahun atau 5 tahun yang lalu walaupun sepuluh tahun yang lalu, nilai Ringgit lebih tinggi berbanding Rupiah.

2 hingga 5 tahun yang lalu, Ringgit kita kukuh berbanding Rupiah apabila harga tenaga (minyak) adalah tinggi.
Ini kerana kita adalah kita sebuah negara pengeksport bersih minyak manakala Indonesia adalah pengimport minyak - oleh itu harga tenaga memberi kesan kepada kedua-dua eksport/import negara dan dengan ini menyebabkan mata wang berbeza.
 
Sejak setahun yang lalu, harga minyak yang telah jatuh merudum dan ini menyebabkan Ringgit telah menunjukkan prestasi yang lebih buruk daripada Rupiah.
 
Walau bagaimana pun, menurut Bloomberg dan disebabkan oleh pelbagai keadaan, Rupiah Indonesia nampaknya "Set to Reclaim Worst Asian Currency Mantle"
 
 
Sampah Rakyat, sila belajar ekonomi dan berhenti mengelirukan pembaca yang kurang berpengetahuan dan kurang pintar anda. ---