Wednesday 28 December 2016

MH8205 MADINAH-KL TERPAKSA MENDARAT DI BOMBAY

Pesawat MH8205 yang dalam penerbangan dari Madinah ke ibu negara, semalam terpaksa mendarat di Bombay, India selepas mengalami masalah teknikal.

Pesawat sewa khas untuk jemaah umrah itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad Bin Abdul Aziz pada jam 8.49 malam waktu tempatan semalam dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10.30 pagi ini.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerusi kenyataan menjelaskan sistem pemindahan minyak dalam pesawat mengalami masalah, menyebabkan juruterbang mengambil keputusan mendarat di Bombay.

"Juruterbang bertindak sedemikian walaupun masalah teknikal berkenaan tidak mempunyai sebarang isu keselamatan.

"Ini kerana keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami dalam mengharungi sebarang masalah ketika dalam penerbangan.

"Sehubungan itu, pesawat berkenaan ketika ini selamat mendarat di Bombay dan sedang diperiksa jurutera tempatan," katanya, hari ini.

MAB turut memberi jaminan untuk menjaga kebajikan penumpang sementara pesawat berkenaan diperiksa di Bombay dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Kami memohon maaf kepada penumpang berikutan masalah ini," katanya.


SKANDAL RASUAH JABATAN AIR NEGERI SABAH – 3 MENGAKU TIDAK BERSALAH

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 12 pertuduhan penyelewengan dana infrastruktur agensi berkenaan.

Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, mohon dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Ummu Khaltom Abd Samad.

Beliau didakwa memiliki RM56.9 juta wang tunai dan simpanan, enam kereta mewah serta 86 jam tangan mewah pada 4 Oktober lalu di beberapa lokasi di sini termasuk pejabat JANS.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Isterinya, Fauziah Piut, 51, dan bekas Timbalan Pengarah JANS yang bersara pada 2015, Lim Lam Beng, 62, turut dihadapkan ke mahkamah sama.

Fauziah didakwa atas 19 pertuduhan membabitkan wang RM2.2 juta tidak termasuk beg tangan mewah dan barang perhiasan emas serta bukan emas, manakala Lam Beng didakwa atas empat pertuduhan membabitkan wang RM2.38 juta serta sebuah kenderaan mewah, namun kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Awang Mohd Tahir dan isteri turut didakwa atas dua pertuduhan bersama mengikut seksyen dan akta sama masing-masing atas tuduhan memiliki 575 dan 346 barang kemas pelbagai jenis.

Pendakwaan dilakukan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Farez Rahman, Husmarudin Husin, Rozana Abd Hadi dan Rustam Sanip.

Awang Mohd Tahir dan Fauziah diwakili peguam, Hairul Vaiyron Othman serta Ariel C Dasan, manakala Lam Beng diwakili peguam Chin Tek Ming, Baldev Singh dan Karpal Singh.

Ummu Khaltom menangguhkan prosiding kepada jam 1 tengah hari ini untuk menetapkan jaminan terhadap semua tertuduh.


MAHATHIR HANYA PEDULI PERASAAN DIA SAHAJA, PERASAAN RAKYAT DIA TIDAK PEDULI

MENJADI seorang pemimpin mahupun ahli politik haruslah memiliki perasaan keprihatinan terhadap setiap jiwa yang dipimpinnya. Malah, ini turut diajar dalam mana-mana agama sekalipun, waima Islam sendiri.

Menurut pendapat Al-Mawardi jelas menyebut: "Sistem khilafah itu bertanggungjawab memelihara agama dan mengurus urusan kebajikan rakyat. Orang yang terbabit dalam pengurusan di peringkat tinggi dipanggil pemimpin. Pemimpin negara Islam pada peringkat awalnya digelar sebagai al-khalifah, amir al-mu'minin dan al-imam."

Soalnya sekarang, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja hilang kewarasan, malah semakin hilang pertimbangan sifat dan perasaan empatinya terhadap orang lain.

Bayangkan, untuk seorang musuh yang ditentangnya sejak tahun 1967 lagi, iaitu dua tahun selepas dia bergelar Ahli Majilis Tertinggi Umno, dia sanggup berkata bahawa segala sengketa dan permusuhan lama dilupakan begitu sahaja? Semuanya demi agenda politik peribadi.

Musuh yang dimaksudkan tersebut adalah bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang. Hari ini, demi sebuah perasaan hasad dengkinya, Mahathir mencari kembali Kit Siang dan bekas timbalannya iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata untuk menentang musuh yang satu (Perdana Menteri).

"Saya punya perasaan terhadap Anwar dan Kit Siang hanya sedikit, saya dah lupakan perasaan saya terhadap mereka, jadi saya kini bekerja dengan mereka dalam satu gerakan," katanya dalam forum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 di pejabat Malaysiakini pada 22 Disember 2016.

Mahathir sudah tidak peduli apa perasaan orang Melayu yang menaikkannya jadi Perdana Menteri selama 2w tahun. Perasaan mereka dipermainkan Mahathir kerana dulu mereka diajak melawan Kit Siang sebagai bapa rasis no. 1 oleh Mahathir.

Perasaan Mahathir juga bukan setakat kerjasama antara bekas musuhnya, malah dia juga tidak langsung memikirkan soal jerih perih kesusahan dan perasaan rakyat yang mengharapkan pertolongan dari pihak berwajib.

Lihat sendiri bagaimana Mahathir sanggup menghina penerima BR1M yang merupakan kumpulan rakyat tersasar ini sebagai menerima rasuah yang salah disisi agama serta undang-undang negara.

Tidakkah Mahathir menghiraukan perasaan 7.4 juta rakyat yang amat gembira dan bersyukur apabila menerima bantuan dari kerajaan?

Tidakkah Mahathir bersimpati melihat saat wajah-wajah mereka yang tersenyum manis pabila menerima bantuan BR1M?

Adakah Mahathir cuba untuk menarik senyuman manis penuh syukur ini dari mereka?

Jawabnya ya. Peduli apa Mahathir akan perasaan rakyat-rakyat susah yang menerima BR1M itu, asalkan perasaan dirinya sendiri untuk 'membunuh' karier politik Datuk Seri Najib Razak akan tercapai.

Matlamat menghalakan cara pada Mahathir. Politik Machiavelli sudah menguasai perasaan Mahathir.

Jika Mahathir sanggup berlaku kejam terhadap empat bekas timbalannya, maka apalah sangat dia tidak menghiraukan perasaan rakyat susah penerima BR1M itu?

Perangai buruk Mahathir juga turut merebak dalam organisasi parti 'miliknya' iaitu PPBM. Ramai yang terkabur, hasrat Mahathir melantik anaknya sendiri menjadi Timbalan Presiden PPBM secara jalan pintas. Cepat dan selesa untuk dinaikkan sebagai presiden parti.

Lihatlah bagaimana Mahathir mengatur pemimpin partinya. Sekarang perasaan Anina Saadudin Ketua Srikandi PPBM telah 'dinodai' dengan begitu rakus apabila dibuang begitu sahaja dari jawatan berkenaan. Semua gara-gara '4 kali klimaks' Anina.

Sekarang ada ura-ura pula berkata, giliran Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mungkin tiba untuk senasib Anina tidak lama lagi. Punca yang sama, semuanya kerana 'seks dan klimaks' juga. Sekali lagi Mahathir akan cuba memuaskan perasaannya untuk melihat anak kesayangan menaiki takhta jawatan parti.

Mahathir sanggup 'menodai' semua perasaan orang lain waima anak didiknya sendiri seperti Muhyiddin dan bekas musuhnya Kit Siang, semata-mata untuk memuaskan perasaannya sendiri.

Mahathir kuat memainkan perasaan orang lain untuk perasaan sendiri, kerana sekarang dia hanya tinggal satu sahaja perasaan iaitu perasaan mahu mengulingkan Najib Tun Razak!

Perasaan begini tidak boleh diikut oleh rakyat Malaysia. Usah peduli apa perasaan Mahathir lagi. Yang penting adalah rakyat.

Tuesday 27 December 2016

PENJARA 45 TAHUN, 30 SEBATAN KERANA ROGOL ADIK KANDUNG

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 45 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap tiga pertuduhan merogol adik kandungnya sehingga melahirkan anak. 

Tertuduh berusia 23 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. 

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan, yang berjalan secara berasingan. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin. Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa melahirkan seorang bayi perempuan pada 8 Disember lalu. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh merogol adik kandungnya berusia 16 tahun sebanyak tiga kali pada Februari dan April 2015 serta Mac 2016 di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Gong Datok, Pasir Puteh, jam 12 tengah malam. 

Tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun, serta tidak kurang 10 sebatan. 

Terdahulu, Fahrul Razi meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh memandangkan perbuatan terkutuk itu dilakukan terhadap adik kandungnya sendiri. 

Malah, katanya, akibat perbuatan terkutik tertuduh, mangsa kini sudah melahirkan bayi perempuan pada 8 Disember lalu.

Monday 26 December 2016

AKTIVIS ISRAEL GESA HENTI BEKALAN KETENTERAAN KE MYANMAR

Beberapa aktivis dan peguam hak kemanusiaan di Israel menggesa kerajaannya menggantung penghantaran bekalan kepada tentera Myanmar disebabkan pelanggaran hak asasi ke atas etnik minoriti di negara itu, lapor portal berita The Irrawaddy.

"Amat memeranjatkan, negara Israel yang bertungkus lumus memastikan sekatan diteruskan terhadap Iran, tidak memperdulikan sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah ke atas Burma yang melakukan jenayah paling buruk," menurut surat bertarikh Dis 11 kepada unit eksport Kementerian Pertahanan Israel.

Krisis di Myanmar melibatkan puluhan ribu penduduk Islam Rohingya kembali menjadi perhatian dunia selepas keganasan terbaru menyebabkan lebih ramai pelarian di sempadan.

Myanmar tidak mengiktiraf kewarganegaraan penduduk Rohingya yang tertumpu di wilayah Arakan (Rakhine).

Israel dan Myanmar memmpunyai hubungan akrab ketenteraan selama beberapa dekad.

September lalu, panglima tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing bersama pegawai kanan tentera udara lain melakukan lawatan ke Israel.

Mereka juga menziarahi memorial tentera Israel yang mati dalam operasi di Semenanjung Gaza.

Sunday 25 December 2016

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2017

Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuatsecara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujanghanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.


Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. TarikhPermohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016.


1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200


  • Daftar Borang eKasih
  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)


2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)


3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
  • Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
  • Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
  • Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)


4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)

Maklumat dalam kurungan adalah info tarikh pembayaran tahun 2016 

Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.


Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017

* Akan dikemaskini


1. Akaun Bank

  • Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.


2. Baucar BR1M

  • Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.


Hotline BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:

  • Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
  • Email kepada br1m@treasury.gov.my.

Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.

Saturday 24 December 2016

PETISYEN DESAK AS DEDAH IDENTITI MO1 GAGAL

Selepas kekalahan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, 2 pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, penurunan 73,17% kecenderungan media sosial untuk DAP, penurunan 80% dalam kehadiran BERSIH, kehadiran terendah sejak beberapa tahun untuk persidangan tahunan DAP Kebangsaan dan Pulau Pinang, PakaTun telah gagal sekali lagi.

Petisyen awam mereka hanya mencapai 26% daripada sasaran dan dengan itu telah ditolak oleh White House.
———
Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya.

Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan.

Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari.

Oleh itu, tarikh akhir untuk petisyen ini adalah hari ini, 24 Disember.

Jawatankuasa Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini mengumumkan sokongan terhadap petisyen itu dan menggesa orang ramai untuk menurunkan tandatangan.

RESOLUSI PBB KEMENANGAN BUAT PALESTIN – NAJIB

Keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) meluluskan resolusi menentang penempatan haram Israel di Palestin dilihat satu kemenangan buat rakyat Palestin yang telah lama ditindas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata Malaysia bersama tiga lagi negara iaitu New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram Israel itu

"Alhamdulillah, berkat kekuasaan dan rahmat Allah SWT jua, meskipun pada mulanya berdepan cabaran apabila Mesir menarik balik cadangan draf resolusi mereka, nasib rakyat Palestin tetap akan terbela.

"Malaysia, bersama tiga lagi negara yakni New Zealand, Senegal dan Venezuela setuju campur tangan dan membentangkan draf resolusi sama menuntut Israel menghentikan penempatan haram mereka," kata perdana menteri dalam catatan di blog rasmi beliau pada Sabtu yang bertajuk 'Resolusi Menentang Penempatan Haram'.

Najib berkata, keputusan itu bukan sahaja dari sudut agama, sebaliknya ia juga menandakan sokongan padu komuniti antarabangsa menentang pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan rejim Zionis.

Terdahulu pada Sabtu, 18 anggota UNSC – termasuk empat anggota tetap iaitu China, Perancis, Rusia dan United Kingdom – mengundi memihak kepada resolusi itu manakala Amerika Syarikat tidak mengundi dan Israel mengundi menentangnya.

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bersatu yang akan menamatkan khidmatnya, Datuk Ramlan Ibrahim, memberitahu Bernama selepas selesainya proses pengundian UNSC itu, perkembangan positif itu jelas merupakan kisah kejayaan Malaysia dalam arena diplomatik.

Thursday 22 December 2016

PEGAWAI BOMBA BALAI KUALA KUBU BHARU CEDERA TANGAN DIPATUK ULAR

KUALA KUBU BHARU: Seorang pegawai bomba dikejarkan ke hospital selepas jari tangan kirinya dipatuk ular senduk ketika cuba menangkap reptilia itu yang masuk ke sebuah kediaman di Taman Kemboja, Bukit Beruntung, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 malam itu, Pegawai Bomba (PB) Mohammad Amin Hassan, 23, bersama beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu cuba menangkap ular sepanjang kira-kira satu meter yang bersembunyi dalam sebuah kabinet hiasan di rumah itu.

Bagaimanapun, cubaan menangkap ular berkenaan bertukar menjadi situasi cemas apabila Mohammad Amin tidak bernasib baik kerana dipatuk ular itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata sejurus dipatuk, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk rawatan.

"Selepas semalaman dirawat di zon merah Jabatan Kecemasan hospital itu, mangsa dipindahkan ke wad biasa kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

"Keadaannya kini dilaporkan stabil namun masih dalam pemerhatian," katanya ketika dihubungi BH, tadi.

Pasukan bomba berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan alat penjerut dan ia kemudian dilepaskan di tempat selamat.

Sunday 18 December 2016

[VIDEO] AKSI PERDANA MENTERI (BOSS BARU MUHYIDDIN) PAKATAN HARAPAN

Boss baru Muhyiddin.

(melainkan jika Lim Kit Siang mengubah fikira lagi dan melantik dirinya menjadi Perdana Menteri kerana 42% daripada pengundi Cina mahu dia menjadi PM - lebih tinggi daripada Anwar 31% atau Mahathir 14%).


KIT SIANG: PH SEPAKAT PILIH WAN AZIZAH PM WANITA PERTAMA

20161218-wan-azizah-pm-lim-kit-siang

Malaysia akan memiliki perdana menteri wanita pertama, jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memangku jawatan nombor 1 negara itu sehingga suaminya dibebaskan dari penjara, kata penasihat DAP.

Lim Kit Siang yang dipetik China Press berkata, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pula akan dilantik sebagai pemangku timbalan perdana menteri, jika PH berjaya merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Selasa lalu kami capai kata sepakat, jika berjaya kalahkan BN pada PRU akan datang, Muhyiddin adalah calon pemangku timbalan perdana menteri paling sesuai," katanya ketika menghadiri majlis makan malam kutipan dana anjuran Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Bukit Gelugor, semalam.

Ketua Parlimen DAP itu berkata, daripada Pakatan Rakyat sehingga PH, pembangkang selama ini menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, bagaimanapun beliau sedang dipenjarakan ketika ini.

Selasa lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mencadangkan satu rancangan menyerupai "Langkah Kajang" dengan harapan dapat menjadikan Anwar sebagai perdana menteri, sekiranya PH memenangi PRU14.

"Salah seorang wakil rakyat PKR yang baharu menang boleh kosongkan kerusinya dan seawal 2 minggu selepas hari mengundi PRU14, Anwar boleh memenangi sebuah kerusi Parlimen dan seterusnya mengangkat sumpah sebagai perdana menteri," kata Rafizi dalam satu kenyataan minggu lalu.

Rabu lalu, Anwar berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya bagi mencari cara lain untuk mendapatkan kebebasan selepas gagal dalam cubaan terakhir menggunakan mahkamah untuk membebaskan diri daripada sabitan kes liwat apabila Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kesnya.

Pilihan yang tinggal untuknya ialah memfailkan permohonan kepada Lembaga Pengampunan.

Pada 6 Disember lalu, Lim menafikan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi timbalannya, jika PH memenangi PRU akan datang.

Senarai Kabinet bayangan itu turut menamakan 7 pemimpin DAP memegang portfolio kanan, termasuk menteri kewangan (Lim Kit Siang), menteri di Jabatan Perdana Menteri (Lim Guan Eng) dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Teresa Kok).

Pemimpin PH lain seperti Rafizi Ramli sekadar diberikan jawatan menteri pelancongan, Presiden PKR, Dr Wan Azizah diberikan portfolio menteri pembangunan wanita dan keluarga, serta Khalid Samad daripada Amanah diberikan portfolio baharu, iaitu menteri kesenian, kebudayaan dan sejarah.

Sementara itu, Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah mencabar Umno menunjukkan bukti beliau anti-Melayu dan Islam, jika benar selama 51 tahun menyertai arena politik, beliau mempunyai niat itu.

Dalam perkembangan lain, Lim memuji 4 bekas perdana menteri pertama negara, termasuk Dr Mahathir yang pernah menghantarnya ke penjara.

Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata, memalukan untuk Parlimen dan Perhimpunan Agung Umno mengambil bahagian dalam "penipuan besar dan kepura-puraan", merujuk kepada isu 1MDB.

"Ini tidak akan berlaku di bawah 4 perdana menteri pertama – Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Dr Mahathir yang mengetuai kerajaan persekutuan pada 46 tahun pertama sejarah negara."

Katanya, Abdul Rahman sebaliknya bekerja dengan DAP untuk mewujudkan sebuah kerajaan lebih demokratik, bersih dan bertanggungjawab, manakala kesederhanaan dan integriti Abdul Razak terkenal kepada semua, serta komitmen Hussein dalam memerangi rasuah.

"Bantahan Dr Mahathir terhadap skandal 1MDB tidak perlu diperkenalkan," katanya.

Saturday 17 December 2016

NAJIB RASMI JAMBATAN BATANG SADONG, SARAWAK

SADONG JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad merasmikan Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48km bernilai RM231 juta yang dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Beliau berkata pembinaan jambatan itu berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada perancangan di samping kosnya lebih rendah RM12 juta berbanding pengumuman awal.

Najib menegaskan projek itu adalah bukti komitmen kerajaan untuk membangunkan kawasan terutama luar bandar menerusi pembangunan rangkaian perhubungan jalan raya yang baik, selesa dan selamat.

"Ini semua rahmat bagi kita. Selain jaminan keselamatan, ia juga akan merancakkan pertumbuhan ekonomi penduduk kawasan ini, potensi hasil pertanian kawasan ini juga boleh dipertingkatkan," katanya semasa merasmikan jambatan itu.

Najib berkata beliau meluluskan pembinaan jambatan itu secara spontan semasa melakukan tinjauan mesra ke kawasan berkenaan pada 2011 selepas mendengar kesukaran penduduk setempat di samping kepentingan mewujudkan rangkaian jalan raya untuk penduduk pesisir pantai yang tidak 'disinggahi' Lebuhraya Pan Borneo.

Bagi melengkapkan jajaran jalan pesisir pantai, Najib berkata satu lagi jambatan dirancang untuk dibina merentasi Sungai Batang Lupar bernilai RM1 bilion yang pembinaannya dijangka dimulakan pada 2018.

Beliau berkata apabila siap jambatan sepanjang kira-kira 5km yang dilaksanakan secara perkongsian 50-50 antara kerajaan negeri dan persekutuan itu, ia dijangka berstatus jambatan terpanjang di Sarawak, yang ketika ini dipegang oleh jambatan Batang Sadong.

Katanya beberapa jambatan lagi yang sedang dirancang atau sudah diluluskan untuk menyediakan jajaran jalan pantai yang lebih lengkap dan selesa adalah jambatan Batang Samarahan (anggaran RM112 juta), Batang Igan (RM300 juta), dan jambatan Batang Rambungan (RM130 juta).

Najib berkata inilah janji kerajaan yang tidak pernah diabaikan, kerana bagi kerajaan apabila berjanji, janji ditepati.

Antara yang turut hadir di majlis pagi Ahad ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

EKONOMI NEGARA SEMAKIN BERDAYA TAHAN

KUALA LUMPUR: Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara faktor menjadikan Malaysia berjaya meningkatkan daya tahan ekonominya sejak 2009.

Menerusi ETP, Malaysia tidak lagi terlalu bergantung kepada harga komoditi dunia, perdagangan antarabangsa dan pelaburan asing berbanding sebelum itu.

Menurut kenyataan Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), keadaan itu sekali gus meletakkan Malaysia berada di hadapan berbanding Singapura yang sebelum ini menunjukkan pencapaian jauh lebih baik dalam Keluaran Dalam Negara (GDP) walaupun kedua-dua negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global.

"Ekonomi Malaysia berkembang 4.70 peratus (2013), 6.0 peratus (2014), 5.0 peratus (2015), 4.2 peratus (jangkaan 2016) dan 4.0 hingga 5.0 peratus (anggaran 2017) berbanding Singapura 3.9 peratus (2013), 2.9 peratus (2014), 2.10 peratus (2015), 1.4 peratus (jangkaan 2016) dan 1.5 peratus (anggaran 2017)," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Menurut kenyataan itu, apa yang berlaku sekarang adalah sama seperti yang diterangkan PEMANDU beberapa tahun lalu. Antaranya, faktor pencapaian negara ketika ini adalah dengan mengurangkan kebergantungan pendapatan daripada hasil berkaitan petroleum, dan kejatuhan harga minyak tidak menjejaskan Malaysia berbanding Singapura.

"Kebergantungan Malaysia terhadap pendapatan hasil berkaitan minyak menurun daripada 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada 14 peratus sekarang dan ia adalah satu kejayaan memberangsangkan," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan juga meningkatkan permintaan domestik menerusi pengagihan pendapatan dan pembangunan kepada ekonomi luar bandar yang secara tradisinya kurang maju dan kurang bergantung kepada perdagangan dunia.

Kerajaan juga memfokuskan kepada usaha meningkatkan pendapatan kumpulan B40 dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan menerusi pelbagai dasar seperti gaji minimum, dana untuk pembangunan luar bandar dan projek pembangunan untuk ekonomi luar bandar.

Kerajaan juga memberi fokus kepada pertumbuhan Pendapatan Negara Kasar (GNI) berbanding GDP termasuk syarikat asing di Malaysia, selain tumpuan diberikan kepada usaha untuk meningkatkan pelaburan dalam negara berbanding pelaburan asing.

"Berikutan perubahan dasar itu, ekonomi Malaysia menjadi lebih berdaya saing berbanding negara jiran kita.

Kali pertama dalam sedekad, kita berkembang lebih daripada kukuh daripada mereka," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan juga mempamerkan komitmen untuk terus menyeimbangkan semula ekonomi domestik dan merapatkan jurang antara bandar-luar bandar dan timur-barat.

Pelbagai projek dirancang seperti Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo, Projek laluan Central Spine Road (CSR) dan Pengerang adalah bukti kepada komitmen untuk membangunkan negara dan komuniti yang dapat membangunkan koridor barat.

"Ini menunjukkan ekonomi Malaysia semakin kukuh, mampan dan berdaya saing berbanding sebelum ini," katanya.




PM TIBA UNTUK LAWATAN KE SARAWAK

KUCHING: Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), di sini sebentar tadi bagi mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini.

Kedatangan Perdana Menteri disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Masir Kujat.

Najib dijadual merasmikan Jambatan Batang Sadong bernilai kira-kira RM211 juta kira-kira jam 9 pagi esok sempena lawatan kerjanya ke Sarawak.

Ia sebahagian daripada projek prasarana yang diberikan tumpuan oleh beliau ketika mengadakan lawatan ke kawasan terbabit sejurus mengambilalih tampuk kepemimpinan negara pada 2011.

Projek Jambatan Batang Sadong sepanjang 1.48 kilometer juga sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan kecekapan sistem perhubungan darat bagi kawasan pesisir negeri ini, sekali gus menyumbang kepada kemajuan setempat.

Pada jam 2.30 petang esok pula, Perdana Menteri dijadual merasmikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak (8 Pakej Kerja Jajaran ke Miri) di Eastwood Valley Club, Miri.

Difahamkan, lapan fasa terbaharu itu adalah pelengkap rangkaian lebuh raya berkenaan yang pertama seumpamanya dibina di Sarawak.

SYRIA GANTUNG PROSES PEMINDAHAN PENDUDUK ALEPPO

ALEPPO: Kerajaan Syria menggantung proses pemindahan penduduk dan pejuang dari medan pertempuran terakhir pemberontak di sini, mengakibatkan ribuan terperangkap.

Susulan itu, pelbagai pihak menggesa supaya proses itu diteruskan, malahan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menganggap Aleppo sebagai 'medan neraka' turut memberi amaran kepada kerajaan negara itu.

"PBB mendesak agar semua pihak mengambil langkah sewajarnya bagi membolehkan proses pemindahan penduduk dilakukan dengan selamat," katanya di New York.

Selain itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga mahu semua pihak agar menghormati perjanjian Aleppo.

Ankara yang menyokong pemberontak menjadi orang tengah kepada kumpulan yang disokong Moscow menegaskan, ribuan orang awam masih menunggu untuk keluar dari bandar ini.

Sementara itu, Turki dan sumber tentera Syria berkata, pemindahan keluar penduduk sudah digantung namun ia bukannya dihentikan, manakala Moscow pula tetap menegaskan operasi pemindahan sudah lengkap apabila semua wanita dan kanak-kanak dikeluarkan dari bandar itu.

Wakil AFP berkata, konvoi yang terbabit dalam pemindahan sudah meninggalkan kawasan timur itu dan operasi digantung apabila mereka diarah untuk berpatah balik.

Operasi pemindahan orang awam dan pemberontak keluar dari timur Aleppo bermula kelmarin dan ia berterus sepanjang malam dengan ribuan meninggalkannya menerusi bas dan ambulans.

Namun keadaan berbeza pada pagi Jumaat apabila operasi digantung dengan kerajaan Syria menuduh pemberontak melanggar syarat perjanjian gencatan.

Siaran televisyen tempatan Syria melaporkan, pemberontak cuba menyeludup keluar bersama senjata dan tebusan dari Aleppo.

Sementara itu Palang Merah yang bertindak menyelaras operasi pemindahan mengesahkan operasi berkenaan ditangguh.

 

DAKWAAN RAFIZI MENGENAI KOS MRT TAK BETUL

Kos RM21 bilion bagi projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah membabitkan pembinaan fasa satu dan dua.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) berkata, angka itu adalah bagi keseluruhan laluan SBK sepanjang 51 kilometer.

Syarikat itu mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli bahawa kos RM21 bilion yang dinyatakan Najib hanya untuk projek fasa satu.

"Kenyataan Rafizi adalah sama sekali tidak betul," kata syarikat itu.

Fasa pertama MRT SBK yang meliputi 12 stesen sejauh 21 kilometer dari Sungai Buloh ke Semantan telah mula beroperasi pada Jumaat.

Rujukan:
KOS KESELURUHAN MRT 51KM RM21B BUKAN CUMA FASA 1: RAFIZI NAK BODOHKAN PENGIKUT YANG MEMANG BODOH
http://pakdin.my/kos-keseluruhan-mrt-51km-rm21b-bukan-cuma-fasa-1-rafizi-nak-bodohkan-pengikut-yang-memang-bodoh/

KOS PROJEK MRT: SOTONG RAFIZI BERGURAU, MENGHASUT DAN MEMFITNAH
http://pakdin.my/kos-projek-mrt-sotong-rafizi-bergurau-menghasut-dan-memfitnah/

RM2 BILION DIJIMATKAN DALAM PROJEK MRT – NAJIB
http://pakdin.my/rm2-bilion-dijimatkan-dalam-projek-mrt-najib/

JIKA IKUT LOGIK RAFIZI, MRT TIDAK AKAN SIAP
http://pakdin.my/jika-ikut-logik-rafizi-mrt-tidak-akan-siap/

Friday 16 December 2016

Pekan Biawak, Lundu Bagaikan Pekan Mati

Penduduk Pekan Biawak mahu aktiviti perniagaan termasuk rentas sempadan dihidupkan semula.

LUNDU: Pekan Biawak yang terletak di sempadan antara Kampung Biawak dan Kalimantan, Indonesia di sini bagaikan sebuah pekan mati sejak empat tahun lalu.

Sebelum kewujudan Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan ini, pekan ini sentiasa sibuk dengan aktiviti perniagaan rentas sempadan antara penduduk tempatan di sini dengan penduduk jiran.

Namun menurut Ketua Kampung Biawak, Juak Dumet, keadaan di pekan ini sudah berubah dan sepi sehingga memaksa peniaga menutup perniagaan yang sekian lama diusaha mereka.

"Kami penduduk di sepanjang kawasan Biawak ini menyambut baik kewujudan Kompleks CIQ di sini bagi memantap tahap keselamatan penduduk di sini terutama pintu keluar masuk antara rakyat negara ini dan Indonesia.

"Tetapi pada masa sama, kami tidak mahu CIQ ini menutup periuk nasi penduduk di sini terutama mereka bergantung sepenuhnya dengan aktiviti perniagaan rentas sempadan sebelum ini.

"Justeru kami berharap sangat kerajaan akan mengambil satu pendekatan menghidupkan kembali pekan kecil Biawak yang menjadi nadi kepada penduduk di sini," katanya ketika ditemui di Biawak semalam.

Terdahulu ketika tinjauan ke pekan tersebut, didapati bahawa pekan tersebut lengang daripada kehadiran pengunjung luar mahupun tempatan.

Malah daripada lebih 10 unit kedai yang ada di pekan ini kurang daripada lima pemiliknya masih setia meneruskan perniagaan.

Difahamkan, kerajaan kini sedang membina Pusat Penjaja Sempadan Kampung Biawak namun menurut Juak projek ini telah lewat setahun daripada jadual.

"Kami amat berharap kerajaan dapat menyegerakan projek ini agar dapat digunakan oleh penduduk kampung kembali menjalankan aktiviti perniagaan.

"Tetapi fasiliti ini sahaja tidak dapat membantu merancakkan ekonomi penduduk di sini jika  pintu sempadan ditutup ketat daripada jiran kita.

"Untuk itu kami memohon kerajaan memberikan pas khas atau kelonggaran untuk jiran kita memasuki kawasan ini bagi urusan jual beli pada hari dan waktu tertentu seperti Sabtu dan Ahad seperti di Serikin, Bau," ujarnya.


MAHATHIR TIDAK PERNAH BELANJA BESAR UNTUK SUBSIDI BERBANDING PAK LAH DAN NAJIB, SEBALIKNYA MENGENAKAN CUKAI PETROL

Bertentangan dengan kepercayaan popular, Mahathir tidak berbelanja banyak untuk subsidi kerana harga global beras, makanan, minyak dan lain-lain tidak melonjak sehingga awal tahun 2000 – selaras dengan kemunculan ekonomi di China melambubg tinggi.

Malah pada 1990-an dan awal 2000-an, kebanyakan kita masih tidak memandang tinggi terhadap ekonomi China ketika itu.

Pak Lah dan Kerajaan Najib menerima cabaran lebih sukar mengekalkan harga rendah kerana harga global yang melambung tinggi disebabkan oleh ekonomi China yang dinamik ketika itu.

penyokong Tun M akan cuba untuk menipu pengikut mereka dengan membiarkan Mahathir secara tidak adil mengambil kredit untuk harga global yang rendah dan berkata Mahathir terbaik dalam menjaga rakyat dengan murah hati memberi subsidi sedangkan kebenaran sebenar ialah Mahathir memberi subsidi yang minimum dan mengenakan CUKAI terhadap petrol yang kita bayar. PENIPU BESAR.

Fakta menunjukkan bahawa Pak Lah dan Najib memberi laluan subsidi yang lebih daripada yang pernah Mahathir lakukan dilakukan.


FACEBOOK PERKENAL MEKANISME SEKAT BERITA PALSU

WASHINGTON: Facebook Inc berkata pihaknya akan memperkenalkan mekanisme baharu untuk mengekang penyebaran berita palsu menerusi aplikasi berkenaan.

Ia susulan kritikan yang diterima kononnya mereka tidak bertindak dengan efisyen untuk memerangi masalah tersebut semasa kempen presiden Amerika Syarikat.

Syarikat rangkaian sosial itu menegaskan bahawa ciri-ciri baharu itu adalah sebahagian daripada proses yang berterusan untuk memperbaiki dan menguji bagaimana ia boleh menyekat berita palsu.

Facebook berhadapan aduan melibatkan kaedah pemantauan kandungan yang dimuat naik oleh 1.8 bilion penggunanya.

Facebook berkata mereka bekerjasama dengan organisasi seperti laman web semakan fakta Snopes, ABC News dan Associated Press bagi memeriksa ketulenan berita.

Jika organisasi berkenaan mendapati bahawa kandungan sesuatu berita itu adalah palsu, Facebook berkata ia akan ditandakan sebagai "pertikaian".

Thursday 15 December 2016

Pemimpin PKR dipanggil polis berhubung pembunuhan Bill Kayong

KUCHING: Seorang pemimpin PKR negeri dipanggil polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung catatan Facebook yang menuduh wakil rakyat dan pegawai kerajaan bertanggungjawab atas pembunuhan Bill Kayong.

Keterangan Timbalan Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Aji Kedit akan diambil pada 5.00 petang di Pusat Khidmat Sehenti Polis di Simpang Tiga di sini. Beliau akan diwakili peguam See Chee How, yang juga Adun Batu Lintang.

"Kami sudah menghubungi polis dan menetapkan janji-temu," kata Vernon kepada pemberita di ibu pejabat parti negeri di sini hari ini.

Catatan Facebook itu, yang dibuat semalam, dinaikkan bersama 2 keping gambar tangkapan suspek, Datuk Stephen Lee Chee Kiang.

Vernon dilaporkan berkata kerajaan, wakil rakyat dan menteri yang memberikan pajakan sementara ke atas tanah adat Orang Asal kepada Stephen adalah penjenayah sebenar dalam pembunuhan Bill.

Vernon seterusnya menyoal menteri atau wakil rakyat mana yang meluluskan pajakan sementara itu.

Vernon menjelaskan catatan itu berbentuk retoris, dan tidak sepatutnya dibaca secara harfiah.

"Catatan itu perlu dibaca dalam konteks kenyataan retoris. Maksudnya ia suatu kenyataan politik. Ia bukan kenyataan harfiah. Sudah tentulah tiada siapa akan percaya kalau saya kata kerajaan pembunuhnya."

"Barangkali, perkataan yang saya guna itu bunyinya kasar dan menyebabkan sesetengah orang berasa tidak selesa. Mungkin saya tidak sepatutnya guna perkataan itu," kata Vernon.

Semalam, satu laporan polis dibuat oleh bekas pemimpin Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Athanasius Audie Chua.

Stephen didakwa semalam di Mahkamah Majistret Miri kerana bersubahat dalam pembunuhan Bill, seorang aktivis tanah adat dan Setiausaha PKR Cabang Miri.

Stephen ditahan di Fujian, China, oleh pihak berkuasa China pada Isnin. Polis terbang ke China dan mengiringi suspek pulang ke Malaysia.

Stephen lari ke luar negara 2 hari selepas Bill dibunuh di persimpangan Jalan Kuala Baram di Miri pada 21 Jun. Beliau melarikan diri selama 172 hari.

IMF MAKAN DEDAK: RAMAL EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 4.5% PADA 2017

Ekonomi Malaysia dilihat semakin meningkat pada kadar 4.5% pada 2017 dengan penggunaan swasta tetapi akan terus mengalami harga komoditi yang lemah dan memperlahankan pelaburan menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Khamis.

Ekonomi Asia Tenggara merudum dengan permintaan yang lemah bagi eksport komoditi dan gas asli cecair sepanjang tahun lalu.

Pada Januari, kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan menyemak semula unjuran pertumbuhan 2016 kepada 4.0 hingga 4.5% daripada 4.0 hingga 5.0% pada Januari.

"Walaupun ekonomi Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan baik terhadap penurunan harga minyak global, bertahan dengan harga komoditi yang rendah menambah cabaran penggabungan fiskal," kata Daisaku Kihara daripada IMF, yang mengetuai misi konsultasi selama 2 minggu ke Malaysia pada awal Disember.

Walaupun Malaysia pengeksport minyak marginal, ia adalah pengeksport ke-3 terbesar di dunia bagi LNG, harga kontrak yang dikaitkan dengan harga minyak mentah.

"Kemuncak tekanan kewangan global berpotensi memberi kesan kepada pasaran tempatan," kata Kihara dalam satu kenyataan.

IMF berkata Malaysia menunjukkan prestasi baik "walaupun halangan besar" yang berpunca daripada pertumbuhan struktur lemah dalam pasaran maju dan baru muncul, dan menjangka pertumbuhan 2016 akan datang pada 4.2% dibantu ekonomi yang pelbagai dan kadar pertukaran fleksibel.

Pertumbuhan jangka sederhana dilihat pada 4.5 hingga 5.0%.

Bagaimanapun, prestasi ringgit dilihat sebagai mata wang paling teruk di Asia dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pernah kehilangan hampir 7% berbanding dolar AS berikutan kemenangan pilihan raya presiden Donald Trump pada 8 November.

Bagi membendung penurunan, bank pusat Malaysia bertindak memberi amaran "campur tangan penyeliaan segera" terhadap mana-mana individu atau bank yang terlibat dalam aktiviti kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) atau dagangan ringgit di luar pesisir .

Kihara berkata dasar monetari semasa "adalah sesuai dalam senario garis asas pertumbuhan yang sederhana, inflasi yang rendah, dan ketidaktentuan luaran", tetapi menekankan keperluan terhadap sokongan pertumbuhan di samping mengekalkan kestabilan kewangan.

Kihara berkata Malaysia membuat "kemajuan besar" ke arah matlamat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, yang memerlukan usaha berterusan terhadap pembaharuan struktur bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Tetapi Malaysia perlu memerhatikan hutang isi rumah yang "agak tinggi", dan kekal di landasan yang betul untuk memacu penggabungan fiskal dan matlamat menurunkan defisit belanjawan kepada 3.0% pada 2017, tambah Kihara.

Wednesday 14 December 2016

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 10

KADAR PINJAMAN BANK
(Bank Lending Rate)

Pada tahun 1998, disebabkan oleh bank kekurangan dana untuk mengekalkan nisbah mudah tunai mereka dan keperluan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menghentikan kejatuhan mendadak nilai Ringgit, kadar kepentingan telah ditolak sehingga ke tahap menyusahkan - ini adalah salah satu daripada sebab utama ramai isi rumah, syarikat-syarikat dan projek gagal.

Kita tidak melihat hal yang sama hari ini dengan kelemahan Ringgit sekarang. Bahkan, BNM telah menurunkan kadar faedah tahun ini bukannya menaikkannya- ini menunjukkan bahwa kadar ringgit yang lebih rendah tidak menjadi masalah besar kerana nilai tukar mata wang negara-negara lain juga turut melemah.


FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 8

Menarik pelaburan dan pinjaman dari China untuk projek pembangunan bermanfaat di Malaysia berbanding permintaan secara terbuka untuk pinjaman kewangan segera dari Singapura dan Jepun untuk mengatasi krisis ekonomi.

Tahu apa beza tak?

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 9

PROJEK TERBENGKALAI
(abandoned projects)

FAKTA BUKAN AUTA: MALAYSIA DALAM KRISIS? – PART 7

PERTUMBUHAN KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK)

(Annual GDP Growth)


MACAM-MACAMLAH SAYA DI TUDUH MENGAPA SAYA MENYOKONG PENTADBIRAN DATO' SRI NAJIB @NajibRazak .

Di sini saya akan jelaskan.

Sebelum itu, adalah perlu saya jelaskan bahawa laterbelakang akademik saya adalah bidang ekonomi dan kewangan dan kerjaya saya juga banyak melibatkan analisis ekonomi dan hal-ehwal kewangan juga.

Saya tercetus hati untuk mula bergerak aktif di dalam FB menyokong pentadbiran Kerajaan mungkin tahun 2008/2009 semata-mata kerana saya tidak mahu Anwar Ibrahim dan DAP menang. Itu adalah niat utama mula-mula saya menjadi "keyboard warrior".

Seterusnya, saya meneliti inisiatif-inisiatif yang di lancarkan oleh DS Najib, bermula dengan New Economic Model (NEM) yang di pertanggungjawabkan kepada Tan Sri Amirsham, bekas CEO Maybank dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi atau EPU).

Walaupun begitu, beberapa usul yang di cadangkan oleh NEM mungkin terlalu progresif untuk kaum Bumiputra, terutamanya mengutamakan konsep meritokrasi.

Kemudiannya, DS Najib menubuhkan PEMANDU yang di kepalai oleh DS Idris Jala. Tanggungjawab utama PEMANDU adalah untuk menyelaraskan proses transformasi negara.

Salah satu dari kejayaan proses ini adalah mengalihkan kebertanggungan ekonomi Malaysia daripada indusri minyak dan gas dari 34% kepada tahap 14% pada tahun 2015. Bayangkan jika transformasi ini tidak di jalankan, bagaimana keadaan ekonomi negara di waktu ini di mana harga minyak telah menurun lebih dari 50% dari harga puncaknya sekitar USD110.

Antara pencapaian DS Najib yang paling besar setakat ini tetapi tidak mendapat perhatian ramai adalah membentangkan langkah-langkah "pump priming" atau pakej ransangan ekonomi, yakni suntikan dana sebanyak RM60 billion (kalau tidak silap saya) untuk memulihkan ekonomi negara dari impak krisis ekonomi global tahun 2008/09.

Hingga sekarang, ekonomi-ekonomi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat masih belum berjaya keluar dari kemelut krisis ini dengan sepenuhnya. Ekonomi Malaysia sebaliknya berjaya mencatat pertumbuhan yang lestari dan mampan sehingga ke hari ini.

Harus juga saya notakan di sini, punca utama mengapa hutang negara naik adalah kerana pinjaman negara meningkat dengan mendadak akibat dari keperluan untuk menyediakan dana untuk langkah "pump priming" ini. Tanpa langkah ini, saya tidak boleh bayangkan bagaimana pertumbuhan ekonomi negara sekarang ini, dengan kelembapan ekonomi kesemua negara-negara besar masakini.

Untuk melancarkan NEM dan langkah pump priming adalah sangat berani. Tetapi ini tidak di wawarkan sebegitu.

Keberanian DS Najib di dalam mengambil keputusan-keputusan yang tidak popular tetapi perlu untuk kesejahteraan masa depan negara, termasuklah langkah merasionalisasikan subsidi minyak dan yang paling berani, memperkenalkan cukai GST.

Beliau sedar bahawa langkah-langkah ini ada "political cost"nya tetapi beliau gah juga meneruskannya walaupun langkah-langka tersebut hanya dapat di hargai di jangka panjang, bukan di dalam tempuh setahun-dua.

Saya dapat melihat visi DS Najib.

Baru-baru ini, beliau telah menyatakan hasratnya untuk meningkatkan ekonomi negara dari RM1.0 trillion sekarang kepada RM2.0 trillion dalam tempuh 7-8 tahun. Beliau mengumumkan ini untuk memberi inspirasi bagaimana rakyat Malaysia harus mengejar untuk mendapat sebahagian dari perkembangan saiz ekonomi tersebut.

DS Najib mencuba sedaya upaya untuk membina "building blocks" ekonomi negara dari sebanyak sudut yang bolih.

Ini bermula dengan adanya 'PERMATA" untuk mendidik anak-anak berminda genius yang berIQ tinggi hingga memperkenalkan sistem KBAT. Adalah mustahil untuk sistem pendidikan negara di rombak secara total secara "overnight" tetapi perubahan di lakukan setapak demi setapak.

Beliau juga telah bersetuju dengan beberapa rombakan untuk meningkatkan tahap kecermelangan IPTA-IPTA negara. Dan sekarang, putik-putik kejayaan telah mula dapat di saksikan dengan kesemua IPTA meningkat rankingnya di dalam beberapa senarai antarabangsa.

Belaiu juga mengalakkan pertumbuhan ekonomi digital dengan pelbagai inisiatif kerana beliau percaya bahawa ekonomi digital adalah perlu untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.

DS Najib juga mahu meletakkan Malaysia sebagai negara "Top 20" di dunia. Cita-cita beliau adalah amat tinggi, bukan untuk dirinya, bukan juga untuk generasi seangkatan umur saya tetapi untuk mereka yang sekarang ini berumur 0-10 tahun, untuk anak-anak Malaysia yang belum lahir lagi ke dunia ini pun.

Terlalu ramai di antara kita tidak dapat mencantum setiap langkah yang di buat oelh DS Najib, dan bagaimana setiap langkah, jika di teliti, menunjukkan rancangan dan halatuju DS Najib.

Sesungguhnya, untuk membina batu asas (foundation) untuk ekonomi negara maju ini, beberapa pengstrukturan perlu di adakan, termasuk permansuhan sistem kroni yang berat sebelah, meliberasikan beberapa industri kepada kuasa pasaran, sistem subsidi yang "distort" market pricing mechanism - sistem-sistem ini tidak sesuai lagi untuk masakini dan untuk masa hadapan. Sebagai seorang yang mempelajari ekonomi, saya setuju dengan pemansuhan sistem-sistem ini.

BERSAMBUNG.

Saya akan huraikan pandangan saya bagaimana DS Najib "memujuk" rakyat Malaysia agar "participate" di dalam "ekonomi alaf baru" ini.

Kredit: Credit Tuan Hj Saiful Bahari Baharom

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10209289352324833&id=1053139405