Sunday 31 July 2016

Tindakan DOJ Ke Atas 1MDB Cacat Dari Segi Perundangan – Peguam Australia

Langkah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat merampas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mempunyai kecacatan dari segi undang-undang, kata seorang peguam kanan Australia kelahiran Malaysia.

Quintin Rozario, seorang peguam litigasi terkemuka di Brisbane, berkata dengan membuat kenyataan terbuka mengenai individu Malaysia yang didakwa melakukan pengubahan wang haram ke Amerika Syarikat, Peguam Negara Loretta Lynch sendiri telah 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi".

Rozario yang dihubungi dari Brisbane memberitahu Bernama, Lynch sudah melampaui batas kuasanya dengan merumuskan bahawa satu kesalahan atau beberapa kesalahan telah dilakukan oleh Malaysia atau ejennya.

"Beliau seterusnya membayangkan mereka telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya.

"Untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Bagaimanapun mereka tidak pun diadili," katanya.

Rozario berkata, menjadi prinsip undang-undang bahawa penjenayah paling keji sekalipun layak dan berhak mendapat keadilan asasi mengikut perlembagaan.

"Hak untuk didengar dan peluang membentangkan hujah mempertahankan diri, mencabar dakwaan dan keterangan terhadap mereka, dan untuk pendakwa berhadapan dengan orang yang dituduh, masih belum berbangkit.

"Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman," katanya.

Rozario berkata, tindakan Peguam Negara Amerika Syarikat itu juga jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah Agung negara itu pada 2014 dalam kes Daimler lawan Baume.

Dalam kes berkenaan, mahkamah tertinggi negara itu memutuskan sebarang pelanggaran tindakan yang dilakukan penduduk di Amerika Syarikat, perbuatan mereka tidak dapat dikaitkan dengan kerajaan atau dalam kes ini, 1MDB.

"Sebaliknya Mahkamah Agung memutuskan aktiviti mereka hanya akan mewujudkan bidang kuasa tertentu di negeri tempat mereka tinggal di Amerika Syarikat," katanya.

Pada 20 Julai lepas, Lynch dalam kenyataannya ketika mengumumkan tindakan undang-undang, antara lain berkata ahli perniagaan Malaysia dikenali sebagai Jho Low melakukan pengubahan wang haram berjuta-juta dolar ke Amerika Syarikat, dengan membeli hartanah serta menjalani gaya hidup mewah.

"Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat pada 2014 itu cukup jelas.

"Walaupun Jho Low atau individu yang disebut dalam aduan itu adalah penduduk di Amerika Syarikat dan adalah agen 1MDB atau kerajaan Malaysia, mereka telah melakukan kesalahan di negeri mereka tinggal, perbuatan mereka tidak boleh dikaitkan dengan kerajaan atau 1MDB," kata Rozario.

Beliau juga menyentuh rekod Amerika Syarikat dalam mematuhi undang-undang antarabangsa yang digambarkannya sebagai 'tidak konsisten pada tahap terbaik,
bersifat memilih dan mempunyai kecacatan paling teruk'.

Katanya, Amerika Syarikat mempunyai kekuatan ekonomi, politik dan ketenteraan yang boleh digunakan ke atas pihak yang mereka boleh atau mahu tundukkan.

"Pendekatan Loretta Lynch dalam isu 1MDB ini adalah seiring dengan tindakan Amerika Syarikat selama ini yang menggunakan taktik kekerasan ke atas negara kecil.

"Ini lakukan dengan beranggapan bahawa ia mempunyai kuasa untuk menjejaskan kedaulatan Malaysia dan menguatkuasakan 'kewajipan undang-undangnya' dengan merampas kuasa itu daripada mahkamah Amerika Syarikat dan Malaysia serta agensi lain dalam kerajaan mereka," katanya.

Hujah Rozario mengukuhkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis lepas bahawa proses perundangan perlu dihormati dan mereka yang dinamakan dalam tindakan DOJ harus diberi peluang mempertahankan diri, termasuk di mahkamah.

Friday 29 July 2016

UMNO GUSAR DENGAN SAMAN SIVIL DOJ?

Tidak perlu faham dengan cara rakus untuk mengatahui perkara sebenar, usah digembar gemburkan perkara yang konon dicipta supaya menjadi panik.

Umno sudah lali dengan cara begitu, malah cara Anwar Ibrahim ketika PRU13 dulu juga boleh dikatakan paling radikal kepada BN dan UMNO sehingga undi popular diagungkan oleh puak pembangkang.

Namun apa yang telah dilakukan oleh puak pemberontak dan pembangkang yang berbangga dengan saman sivil oleh DOJ terhadap 1MDB.

Paling tragis adalah golongan yang hanya berkata, kita perlukan Amerika untuk mengajar Najib erti penyesalah.

Tetapi mereka lupa, keadaan berkenaan tidak akan berlaku kerana UMNO tahu akan `drama' yang sedang berlaku di dalam dan luar negara.

"UMNO sama sekali tidak akan membiarkan konspirasi dalam dan luar negara menentukan masa depan rakyat walau seberapa ramai 'Si Kitol' yang membuka pintu belakang untuk musuh negara menguasai urusan dalam negara kita".

Empat pendirian UMNO berhubung isu DOJ itu:

1- BN/UMNO dan kerajaan memandang serius dakwaan DOJ ini dan sedang menelitinya secara terperinci. Dakwaan bahawa kita memandang remeh isu ini adalah tidak benar.

2- BN/UMNO dan kerajaan berpendirian untuk berkerjasama dengan semua pihak dan auttoriti yang sah agar penyiasatan dapat dijalankan segera dan proses mahkamah berjalan dengan adil dan menurut undang-undang. Proses ini memakan masa dan sebarang sikap prejudis atau spekulasi tidak diperlukan.

3- BN/UMNO dan kerajaan memahami isu ini perlu ditangani penuh berhati-hati menurut proses undang-undang walaupun ada pihak yang bersungguh mahu menjadikan isu ini berlaku mengikut 'grand design' mereka yang mempunyai tujuan merebut kuasa dan mencari keuntungan politik.
UMNO tidak akan membiarkan mereka dan sama sekali tidak akan menari mengikut rentak mereka.

4- BN/UMNO mengalu-alukan dan menyokong penuh penegasan kerajaan seperti yang dibuat oleh perdana menteri bahawa kerajaan sangat menjunjung 'good governance' dalam segala urusan kerajaan serta memberi jaminan semua yang cuba dituduh berpeluang membersihkan nama mereka menurut undang-undang dan memastikan tiada wang rakyat yang disalahgunakan.

DOJ Amerika Syarikat pada minggu lalu memaklumkan ia akan mengambil alih aset bernilai lebih RM4 bilion milik 1MDB ke­rana didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Kredit video #Semut

Rakan niaga anak Mahathir didakwa kes ‘insider trading’ Kenchana Petroleum

Seorang bekas pengarah eksekutif Kenchana Petroleum Bhd mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap pertuduhan mempunyai maklumat yang tidak boleh didapati secara umum atau 'insider trading' manakala dua lagi dikenakan tuduhan bersubahat dengannya.

Bekas Pengarah, Yeow Kheng Chew, 64, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memperoleh 1.159 juta unit saham Kenchana Petroleum melalui akaun sistem depositori pusat Paulene Chee pada sekitar 8 Julai 2011.

Ini berikutan cadangan penggabungan Kumpulan Kenchana Petroleum Berhad dan Kumpulan SapuraCrest Petroleum Berhad.

Chee, 56, dan Tan Yee Chee, 46 dituduh bersubahat dengan Yeow, bekas rakan niaga, Datuk Mokhzani Mahathir, anak kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suruhanjaya Sekuriti diwakili oleh Roz Mawar Rozain.

Jika sabit kesalahan ketiga-tiga mereka berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM1 juta.

Hakim mahkamah sesyen Zulqarnain Hassan membenarkan permohonan suruhanjaya sekuriti untuk perbicaraan bersama.

Beliau juga membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Yeow dengan dua penjamin dan RM800,000 setiap satu untuk Chee dan Tan.

Zulqarnain juga menetapkan 11 Ogos sebagai tarikh pengurusan kes.

Video: DOJ Tak Libatkan 1MDB - @NajibRazak 📹

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, laporan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Beliau berkata, laporan tersebut tidak mengambil pandangan mana-mana pihak daripada 1MDB dan pihak berkuasa Malaysia.

"Ia juga tidak menyebut 1MDB mempunyai aset di Amerika Syarikat, bermakna 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut, kerana 1MDB tak dinamakan dalam senarai laporan berkaitan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Bagaimanapun kata Najib, laporan itu didedahkan menerusi publisiti secara besar-besaran, sedangkan kes sivil tidak dilakukan seumpama itu.

Ditanya punca publisiti besar-besaran itu, Najib berkata: "Ada banyak pandangan mengenainya tetapi saya tidak mahu buat spekulasi."

Sementara itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan mempertingkatkan keselamatan berikutan pelbagai ancaman dan Malaysia tidak terkecuali dengan cabaran itu.

Jelasnya, ancaman-ancaman itu termasuk insiden penculikan di perairan Timur Sabah, pencerobohan bersenjata di sempadan Malaysia-Thailand, kejadian pembunuhan secara terang-terangan termasuk ancaman IS seperti yang berlaku di sebuah kelab malam di Puchong baru-baru ini.

Kata Perdana Menteri lagi, mesyuarat MT Umno kali ini turut membincangkan soal keselamatan dengan mengambil kira perkembangan mutakhir negara ini.

"MT berpendapat tahap keselamatan perlu diberi keutamaan, kita hendak mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan dalam negara," kata Najib sambil berharap rakyat dapat memahami sekiranya terdapat peraturan baharu demi memastikan kawalan keselamatan terjamin.

Video: Laporan Polis Khairul Azwan Atas Kapasiti Individu - @NajibRazak 📹

Laporan polis yang dibuat Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun yang mendakwa tiga bekas pegawai tertinggi kerajaan terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kapasiti individu, bukan mewakili parti.

Najib yang juga Presiden Umno berkata, ia merupakan tindakan rakyat negara ini yang berhak untuk membuat laporan polis.

"Ia adalah tindakan secara individu. Semua pihak ada hak. Kalau dia fikir ada maklumat atau sesuatu yang perlu disiasat oleh pihak polis, dia ada hak.

"Kita tak boleh paksa dia untuk buat atau tak buat (laporan polis). Itu terserah kepada dia," kata Najib pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan yang dibuat Khairul Azwan itu atas kapasiti individu atau parti Umno. 

Najib berkata, terserah kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Terserah kepada pihak polis untuk menyiasat dan menentukan sama ada asas atau sebaliknya," katanya.

Pada Selasa lalu, Khairul Azwan membuat laporan polis dengan mendakwa terdapat konspirasi untuk menggulingkan Perdana Menteri, melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahathir: Negarawan Yang Hanyut

Kalau dilihat situasi keadaan UMNO yang kononnya dalam keadaan parah akibat tindakan sabotaj mantan PM, Tun Mahathir, mungkin nampak macam ia bakal terjadi.

Tetapi wave mantan dalam merosakkan UMNO baru yang didaftar kannya dahulu akibat konflik pada tahun 1980-an tidak sama dengan cara Anwar Ibrahim merosakkan imejnya ketika era reformasi tahun 1998.

Tetapi mungkin kerana panjang umurnya, egonya, angkuhnya, maka kesimpulan yang boleh diberikan, Tun Mahathir tidak pedulilah apa akan jadi, rosak melayu kerana berpecah, rosak agama kerana berpuak.

Sejak fasa pertama hingga sudah ke fasa keberapa tidak tahu Gerakan Anti Najib tidak berjaya, maka fasa akhir, atau fasa kerosakan total bakal dilakukan oleh Tun untuk memuaskan hatinya yang sudah berjaya mengundurkan Najib.

Bersekongkol dengan Dap sedangkan gerakan awal mengatakan ingin menyelamatkan UMNO, mensabotaj ekonomi negara dengan menjaja satu pelusuk dunia tentang Najib merompak duit, korupsi, malah serangan berulang-ulang dijaja hingga kini.

Walaupun pentaksub mendewakannya hingga sudah tahap level malaikat, kita kena faham, perjalanan Qada dan Qadar itu Allah tentukan, kalau Allah tidak izinkan, tidaklah, buatlah cara kotor macamana sekalipun, kalau niat itu tidak baik maka Allah akan buka aib seteruk-teruknya. Adakah Tun sudah lupa siapa Tuhannya?

Kita pun sudah tidak pasti, sampai tergamak Gerakan Anti Najib ini menggunakan kuasa luar iaitu Amerika untuk masuk campur urusan kedaulatan negara kita, hanyalah kerana insan bernama Najib.

Terpulang kepada rakyat, kalau tidak melihat contoh di luar negara seperti tanah arab yang dibadai siluman kerosakan oleh bangsanya sendiri, maka benarlah, taktik Dajjal sedang digunakan dengan sangat teratur untuk menghalalkan cara.

Rakyat rosak, ohh itu bukan masalah saya, mungkin itu perungkapan ayat dihati kalangan pentaksub dan musang berbulu ayam yang tugas mereka belum selesai merosakkan UMNO dan orang melayu

Nak rosak ke tidak? Terpulanglah. Anda sahaja bakal menentukannya.

Wednesday 27 July 2016

Video: Lelaki Dikenali Sebagai Kanna Maut Ditembak Di Danau Kota, Setapak

Seorang lelaki mati ditembak ketika memandu di Danau Kota, Setapak, di sini, petang tadi.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif awal dan suspek terbabit.

Pada masa ini, suasana di lokasi kejadian agak tegang selepas ahli keluarga mangsa cuba merempuh kawalan dan halangan polis untuk melihat mayat mangsa dikenali sebagai Kanna.

Monday 25 July 2016

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'. #BeStrongPM #KekalNajib

KENYATAAN MEDIA

YB DATUK AB AZIZ KAPRAWI,
AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.

UNTUK EDARAN SEGERA

26 JULAI 2016
aziz-kaprawi

AZMIN ALI TIDAK PERLU 'DOUBLE STANDARD'.
#BeStrongPM #KekalNajib

1. Merujuk kepada kenyataan media Azmin Ali pada 21 Julai 2016, saya ingin melahirkan rasa kesal dan ingin menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali untuk memohon maaf atas kenyataan jijik beliau.

2. Jelas disebut di dalam kenyataan media Peguam Negara (AG) AS, Loretta E. Lynch bahawa prosiding yang diwartakan oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) AS merupakan satu saman sivil terhadap sebuah syarikat penerbitan filem berpangkalan di Amerika.

3. Saman sivil bukanlah satu prosiding jenayah dan ia dilakukan atas laporan 'individu' tertentu kepada DoJ tentang kemungkinan berlaku penyelewangan atau penggubahan wang haram berkaitan urus niaga 1MDB dengan beberapa rakan niaganya.

4. Kenyataan media Lynch hanya menamakan empat (4) orang sahaja iaitu Riza Aziz, Jho Low, dan dua orang pegawai tinggi Aabar Investments PJS tanpa menyebut nama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.

5. Kenyataan media oleh Azmin Ali dianggap sebagai menjelekkan dan bersifat 'double standard'.

6. Rakan pembangkang Azmin Ali, Lim Guan Eng dari parti DAP secara jelas telah didakwa di mahkamah pada 30 Jun yang lepas atas dua pertuduhan rasuah membabitkan penyalahgunaan kuasa berhubung isu permohonan pengezonan semula status tanah dan pembelian banglo di Jalan Pinhorn.

7. Malahan, tidak ada satupun kenyataan yang Azmin keluarkan untuk menuntut supaya Lim Guan Eng tampil ke hadapan dan mengaku akan kesalahannya seperti mana yang beliau lakukan terhadap Perdana Menteri Malaysia yang telah dipilih melalui sistem demokrasi.

8. Sekiranya Azmin mempunyai sifat mengutamakan keadilan, tidak prejudis, dan ikhlas, sudah tentunya beliau tidak akan mengeluarkan kenyataan media terhadap Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak pada 21 Julai tersebut yang mencadangkan bahawa wujud satu konspirasi untuk menutup skandal yang melibatkan 1MDB.

9. Saya menggesa agar Azmin Ali segera menarik semula Kenyataan Media beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang lalu dan memohon maaf dan menyatakan kekesalan beliau secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dengan kadar yang segera.

1MDB: Bersihkan nama masing-masing - @NajibRazak

Kerajaan mahu semua individu yang dinamakan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya membersihkan nama mereka dan memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mengambil serius terhadap laporan tindakan saman sivil DOJ ke atas 1MDB dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua pihak bagi melengkapkan siasatan.

"Kerajaan tetap pandang berat atas perkara ini dan mahu supaya siapa yang dinamakan itu ambil tanggungjawab bersihkan nama mereka dan pastikan tiada wang rakyat disalahgunakan, ini prinsip kita.

"Kita harap lambat laun, akan tahu kebenarannya dan jangan terbawa-bawa dalam soal ini. Kita buat urusan kita dan serahkan mengikut proses keadilan yang sewajarnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji Program Khas Haji Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Seramai 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menerima surat tawaran daripada program yang ditaja oleh Yayasan 1MDB dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang juga Pengerusi 1MDB, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada 21 Julai lalu, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan memandang serius laporan DOJ dan sedia bekerjasama dengan semua pihak serta badan siasatan di peringkat antarabangsa.

Menurut Najib, kerajaan juga menggesa 1MDB memantapkan lagi kedudukannya agar bertambah mantap dan kukuh bagi membolehkan lebih banyak program sosial dilaksanakan.

"1MDB banyak menjadi celaan hari ini sehingga banyak yang lupa program sosial 1MDB, ini (Program Khas Haji) satu daripada banyak program termasuk program baik pulih rumah dibuat selama ini, tolong nelayan, wanita, belia, tolong dalam masa banjir dan sebagainya, beratus-ratus juta ringgit telah dikeluarkan," katanya.

Jelas Najib, dana sebanyak RM10.4 juta telah dikeluarkan oleh Yayasan 1MDB untuk menaja jemaah haji dalam program berkenaan tahun ini.

"Tahun ini kita mencatatkan jumlah besar iaitu 1,100 bakal jemaah haji. Program ini bermula tahun 2011 dengan jumlah 111 orang, setakat ini kita sudah menghantar 4,611 jemaah menunaikan ibadah haji," katanya.

Najib memberitahu, beliau terpanggil untuk melaksanakan program tajaan haji itu bagi menghargai golongan yang ikhlas berjuang di peringkat akar umbi bagi meninggikan martabat dan kesucian agama Islam.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan terus melaksanakan agenda Islam berpandukan prinsip Maqasid Syariah agar Malaysia benar-benar menjadi negara Islam yang dicontohi dan dibanggakan.

Katanya, beliau juga mengutuk kejadian serangan letupan bom di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah pada 5 Julai lalu dan mengingatkan semua pihak agar tidak mengamalkan fahaman yang keterlaluan sehingga merosakkan keamanan.

Laporan DoJ adalah satu penyataan (statement) oleh pihak yang menuntut. Tidak lebih dari itu...

Harus difahami, ianya:
i)  bukan bahan bukti;
ii)  bukan keterangan;
iii) bukan penghakiman Mahkamah.

Tuntutan Peguam Negara Amerika Syarikat untuk menyita harta beberapa individu perlu melalui satu proses Mahkamah. Perlu difahami bahawa:

a) MENGEMUKAKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal yang lain;

b) MEMPUNYAI BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI YANG BOLEH DITERIMA MAHKAMAH adalah satu hal yang lain;

c) MENGEMUKAKAN BUKTI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN BUKTI MELALUI SAKSI YANG ADA PENGETAHUAN TENTANG BAHAN BUKTI adalah satu hal yang lain;

d) MEMPUNYAI SAKSI adalah satu hal, namun MENGEMUKAKAN SAKSI YANG RELA HADIR DALAM BIDANGKUASA MAHKAMAH AMERIKA SYARIKAT adalah satu hal yang lain;

e) MENGEMUKAKAN KETERANGAN (EVIDENCE) adalah satu hal, namun PEMILIHAN HANYA KETERANGAN YANG RELEVAN KEPADA PROSIDING adalah satu hal yang lain;

f) MENGEMUKAKAN BUKTI DAN KETERANGAN adalah satu hal, namun MEMILIH BUKTI DAN KETERANGAN YANG BOLEH DITERIMA MASUK adalah satu hal yang lain;

g) MEMBUKTIKAN TUNTUTAN adalah satu hal, namun MELEPASI TAHAP PEMBUKTIAN YANG DIKEHENDAKI OLEH UNDANG-UNDANG adalah satu hal yang lain; dan

h) MELETAKKAN BUTIRAN DI DALAM TUNTUTAN adalah satu hal, namun SAMADA BUTIRAN ITU AKHIRNYA DIPUTUSKAN DAN DIMASUKKAN KE DALAM PENGHAKIMAN MAHKAMAH adalah satu hal yang lain.

Andai kita bijak dan berhemah, janganlah mendahului proses dan keputusan Mahkamah.

BERLAGAK PANDAI adalah satu hal, namun MENJADI PANDIR adalah satu hal yang lain...

TABAYYUN SEBELUM MEMPERCAYAI SESUATU.

Arab Saudi pun pernah dituduh terlibat dalam siri serangan 911 oleh U.S Department of Justice.

Malah dalam laporan '911 commission report' terdapat 28 muka surat yang 'diharamkan untuk diterbitkan' selama 14 tahun, yang mana menjadi 'modal' pelobi dan pembenci negara Islam untuk mengaitkan negara Islam berkenaan dengan serangan pengganas 911.

Mereka memfitnah Arab Saudi dengan bermacam-macam fitnah sehingga Arab Saudi terpaksa melaporkan setiap transaksi kewangan amal mereka (a.k.a Derma) secara terbuka (Satu perkara yang tidak gemar dilakukan oleh Arab Saudi adalah mengumumkan sumbangan mereka secara terbuka. Sila rujuk buku berjudul "A Country and A Citizen for Happy, Decent Life, terbitan Kementerian Penerangan Arab Saudi m/s : 40).

Ternyata, 28 muka surat tu dah 'declassified', baru-baru ini tidak membuktikan sebarang perkaitan Arab Saudi dengan serangan 911.

Justeru itu..sebaran berita dari Amerika Syarikat ini harus dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mudah mempercayainya. Ingatlah dulu, mereka pernah tuduh Iraq mempunyai 'weapon of mass destruction - (WMD)'. Namun apabila negara itu  musnah, barulah mereka akui bahawa mereka tersilap.

Apa-apa pun berhati-hatilah dalam menilai berita. Terutama sekali dari Amerika Syarikat.

Firman Allah swt dalam surah Al Hujurat, ayat 6

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Sunday 24 July 2016

Kata Mallot bukti kukuh dan cukup, tunggu apa lagi, dakwa sahajalah!

Kata John Mallot, "The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough, and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers."

Bagi yang tidak mengetahui, AS adalah negara yang sama yang 'membuktikan' terdapat Weapon of Mass Destruction di Iraq sehingga negara itu hancur diserang. Bagaimanapun selepas Iraq hancur, barulah dunia tahu sebenar tiada senjata begitu di Iraq dan ia semata-mata penipuan AS. Inilah juga negara yang kononnya mempunyai teknologi yang begitu canggih, tetapi masih gagal mencari pesawat MH370.

Apapun hujah Mallot dan yang sepertinya, soalan yang sama masih gagal dijawab - "Jika semua bukti ada dan kukuh, kenapa Jabatan Kehakiman AS memilih saman sivil dan bukan terus mendakwa setiap penama di mahkamah?" Mallot gagal menjawab soalan itu.

Kedua, Mallot berhujah, "Thanks to the FBI and DOJ, it is so clear. We know where the money came from. It was stolen from the Malaysian people, through 1MDB. Your money, not ours."

Hello, 1MDB tidak pernah membuat aduan dan laporan polis bahawa wang mereka telah dicuri. Mereka telah membuktikan dengan dokumen dan penyata kewangan diaudit. Sehingga kini yang melaporkan wang 1MDB adalah media dan pengikut Tun Dr Mahathir.

Ironinya, media yang sama, WSJ, Sarawak Report dan sepertinya, melaporkan bahawa pihak yang mengadu gagal mengesan wang di dalam akaun mereka dan mengadu bahawa mereka kehilangan wang adalah IPIC dan Aabar. Mallot gagal menjawab kenapa Peguam Negara AS Loretta Lynch gagal membuat prosiding yang sama untuk mengesan wang IPIC dan Aabar yang dicuri?

Sepatutnya retorik Mallot dan Lynch adalah untuk mengesan wang yang hilang dicuri daripada rakyat Abu Dhabi dan memulangkannya kembali kepada rakyat Abu Dhabi, terutamanya IPIC dan Aabar supaya mereka boleh meneruskan komitmen mereka sebagai penjamin kepada segala bon, sukuk dan pinjaman kepada 1MDB.

Sebenarnya tidak ada isu jika AS, Mallot dan Lynch mahu bertindak sebagai penyibuk, tetapi meyibuklah untuk perkara yang betul, dalam hal ini, bantulah IPIC dan Aabar mencari wang yang hilang. Tidakkah AS, Mallot dan Lynch kasihan wang rakyat Abu Dhabi terpaksa digunakan untuk membayar keuntungan dan nilai bon, sukuk serta pinjaman 1MDB ini?

Lagipun, jika melihat segala bukti dan rajah-rajah pengaliran wang yang dikeluarkan, termasuk "rakaman perbualan Jho Low yang sedang panik yang berada dalam simpanan FBI", bolehkah saya cadangkan jalan yang lebih cepat untuk menghukum para pesalah dan memulangkan wang yang kononnya dicuri ini?

Dakwa sahajalah mereka di mahkamah. Bukankah dengan segala 'bukti kukuh' yang FBI ada, jalan itu lebih mudah dan singkat?

US DOJ kata "YA" tetapi 1MDB berkata "TIDAK". Mengapa?

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula 'kehilangan' itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira.

Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakana, "Tidak. Ia bukan wang kami."

Mengapa kejadian pelik ini berlaku?

Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 1:

Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB:

USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi.

Apa terjadi kepada wang itu:

Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/dividen).

Apa terjadi kepada unit pelaburan itu?

USD1.4 bilion ditebus dan digunakan 1MDB untuk tujuan modal kerja dengan bakinya sebanyak USD940 juta dalam bentuk unit pelaburan.

Apa terjadi kepada baki USD940 juta unit pelaburan itu?

Baki USD940 juta dalam bentuk unit itu dijamin oleh syarikat yang dipertikaikan Aabar Investments PJS Ltd yang diperbadankan di British Virgin Islands (Aabar-BVI) dan sudah dikenalpasti sebagai pertukaran aset dan hutang antara 1MDB dan IPIC, namun kini melalui proses timbang tara.

Apabila laporan Audit khas Jabatan Audit Negara mengenai 1MDB telah bocor dan diterbitkan oleh Sarawak Report, dokumen ini juga timbul. Ia adalah dokumen pihak ke-3 antara Abu Dhabi dan Bridge Capital - bermakna ia tidak di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Anda boleh melihat penuh 4 halaman di sini.

Ini adalah Surat Ikatan Jaminan Modal dimana Aabar Investments PJS daripada Abu Dhabi jelas menjamin semua nilai unit dana Cayman fund yang dikendalikan oleh Bridge Capital.



Jaminan ini tidak oleh Aabar di Virgin Island British yang boleh dipertikaikan tetapi dana itu dimiliki sendiri oleh IPIC dan Kerajaan Abu Dhabi.

Ini membuktikan bahawa USD2.33 bilion pembayaran pulangan kepada 1MDB berdasarkan jumlah pelaburan 1MDB USD1.8 bilion kepada PetroSaudi oleh Good Star dan PetroSaudi adalah tulin dan mengikut nilai sebenar.

Ini juga bermakna bahawa tidah semudah itu apa-apa wang 1MDB akan "dicuri" oleh Good Star / PetroSaudi secara tidak sah kerana 1MDB mendapat balik semua wang mereka termasuk keuntungan yang berbaloi daripada Usahasama bersama PetroSaudi.

Ini adalah dokumen penting dan amat mengejutkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tidak memberi tumpuan kepada dokumen ini atau mungkin mereka terlepas pandang kewujudan dokumen ini semasa siasatan mereka kerana mereka tidak ambil peduli untuk bertemu dengan Abu Dhabi atau Kerajaan Malaysia semasa mereka melakukan siasatan.

Jika dokumen ini adalah tulen, bermakna peluang 1MDB dalam tuntutan timbang tara dengan IPIC adalah lebih cerah.

Apa yang berlaku kepada baki USD940 juta dalam unit pelaburan?

Keseluruhan USD2.33bilion unit termasuk baki USD940juta unit dijamin oleh Aabar Investments PJS ofin Abu Dhabi (bukan di British Virgin Island (BVI) seperti yang menjadi pertikaikan) dan telah dikenal pasti untuk pengaturan pengubahan aset kepada hutang antara 1MDB dan IPIC yang kini dalam timbang tara.

Hakikatnya:

1MDB tidak boleh berkata atau mendakwa wang Good Star atau PetroSaudi adalah milik mereka.

Apa terjadi seterusnya?

Tiada apa apa.

Setakat apa melibatkan 1MDB, PetroSaudi sudahpun membayar kembali pelaburannya dan tambahan USD481 juta keuntungan dan dividen. Tiada wang yang perlu dituntut daripada Good Star mahupun PetroSaudi.

Agak menariknya di sini, jika Jho Low dan Riza dinamakan dan dituduh atas salahlaku kerana menerima wang daripada Good Star, maka adalah mengejutkan mengapa Gabenor Turki sebelum ini, Putera Turki yang juga anak ketujuh Raja Abdullah dan pengasas PetroSaudi, Tarek Obaid tidak dikenakan tindakan biarpun turut disebut FBI, mereka juga menerima wang daripada Good Star.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 2:

Syarikat dipertikaikan Aabar-BVI yang menjadi sebahagian daripada perkongsian Abu Dhabi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB?

USD3.51 bilion kepada Aabar-BVI sebagai cagaran, pelaburan perkongsian dan opsyen penarikan diri dalam perjanjian. Sebagai tambahan, terdapat USD940 juta jaminan dalam unit pelaburan Cayman dan jaminan kepada USD1.5 bilion dana GIL seperti disyorkan bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank.

Apa terjadi kepada aset dijamin dan wang diberikan 1MDB?

Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion itu dikenalpasti sebagai aset perjanjian pertukaran 1MDB-IPIC dengan IPIC sebagaimana berikut:

Aset daripada 1MDB:

USD3.5 bilion deposit tunai dibayar kepada Aabar BVI.
USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus dana disyorkan BSI dan dijamin Aabar BVI)
USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan syarikat dipertikaikan, Aabar BVI dan ini turut dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, PAC).

Aset daripada IPIC:

Mengambil alih bon prinsipal 1MDB, USD3.5 bilion
Mengambil alih faedah bon 1MDB, USD1.5 bilion
Membayar tunai USD1 bilion kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun 2015

IPIC kini sedang menafikan yang Aabar-BVI adalah syarikat mereka dan membatalkan perjanjian pertukaran aset namun 1MDB menegaskan Aabar-BVI adalah syarikat milik IPIC. Lantaran itu, ia kini melalui proses timbang tara.

Kes itu kini melalui prosiding di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London yang bermula bulan lalu.

Mengapa 1MDB memindahkan atau membuat perjanjian dengan Aabar-BVI biarpun IPIC dan Aabar Abu Dhabi tidak memiliki syarikat itu?

Ketika 1MDB menandatangani perjanjian perkongsian dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan adalah dengan Pengerusi Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Urusan mereka, Mohamed Badawy Al-Husseiny, di mana kedua-duanya juga dinamakan FBI bersama Jho Low.

Ketika perjanjian dimeterai, 1MDB turut mendapatkan peguam dalaman dan dari luar bagi mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd di British Virgin Island dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen lampiran adalah Sijil Pengesahan Pemilikan yang dikeluarkan bagi syarikat Aabar di BVI yang dipertikaikan. Sijil ini dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) beribupejabat di Hong Kong dan teraju antarabangsa dalam perkhidmatan syarikat dan perbadanan antarabangsa.


Sijil Pengesahan Pemilikan ini mengesahkan dua pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Aabar Investments PJS dan pemilik tunggalnya ialah syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.

MENGENAI OIL:

Beribupejabat di Hong Kong, OIL juga mempunyai pejabat di BVI, Singapura, Taiwan, Shanghai, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, United Kingdom, Cyprus dan Dubai serta mempunyai 220 kakitangan.

Oil adalah anak syarikat Kumpulan Vistra yang mempunyai 2,300 kakitangan di 40 negara dengan ibupejabatnya di Hong Kong.

Dalam dokumen rasmi perbadanannya, Pengerusi dan Pengarah Urusan daripada syarikat induk serta peguam daripada dalaman dan luar melalui proses usaha wajar (due diligence) mengesahkan kepada 1MDB, syarikat Aabar Investments PJS Ltd di BVI secara sah dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi. Maka apa lagi yang perlu dilakukan 1MDB dan untuk mendapatkan pengesahan ia bukan sebuah syarikat palsu?

Pemilikan Aabar BVI dan pemindahan dana turut disahkan oleh audit dilakukan firma luaran, KPMG dan Deloitte selepas itu dan tiada amaran tercetus mengenai pemilikan syarikat itu. Kedua-dua firma audit itu tentunya sudah bertemu atau menghubungi Aabar di Abu Dhabi bagi mengesahkan transaksi itu.

Bagaimanapun, bagi alasan yang tidak diketahui, IPIC bersetuju kepada perjanjian pertukaran itu, membayar USD1 bilion, membayar faedah bon USD3.5 bilion dan hanya pada April 2016, selepas 10 bulan perjanjian ditandatangani dan bertahun selepas 1MDB menyatakan mereka sudah membuat kesemua pembayaran kepada Aabar dalam penyata kewangan yang boleh diakses orang awam.

Tetapi apa sahaja yang berlaku, apabila 1MDB membayar wang mereka kepada Aabar-BVI atau Aabar PJS di Abu Dhabi, pemilikan dan tanggungjawab wang itu telah dipindahkan kepada Aabar.

Perkara Utama:

1MDB tidak boleh menyatakan atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar BVI kepada Jho Low, Red Granite atau sesiapapun sebagaimana didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah milik mereka. Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki IPIC. Jika terdapat wang dicuri daripada Aabar BVI, ia dicuri daripada IPIC dan bukannya 1MDB.

Jika 1MDB mendakwa wang itu milik mereka bermakna keseluruhan prosiding timbang tara di London antara IPIC dan syarikat itu akan runtuh dan 1MDB akan terpaksa membayar berbilion manakala IPIC akan terlepas, disebalik hakikat, kedua-dua eksekutif kanan IPIC, Pengarah Urusannya daripada 2007 hingga 2015, Khadem dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy Al-Husseiny adalah penama dalam kes penyitaan aset Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Apa akan terjadi seterusnya?

1MDB perlu focus untuk memenangi kes timbang taranya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak menggunakan kuasa mereka di dalam Lembaga Pengarah dua syarikat itu dan kesemua pemeriksaan telah mengesahkan Aabar BVI adalah milik Aabar Investments PJS Abu Dhabi dan IPIC.

1MDB yakin mereka mempunyai bukti mencukupi dan fakta yang kukuh bagi memenangi kes ini berikutan keengganan mereka untuk membayar faedah bon yang dijadualkan biarpun memiliki RM3 bilion dalam simpanan dan membiarkan dua bon yang dijamin IPIC untuk tertunggak hingga menyebabkan IPIC untuk membayarnya.

Jika 1MDB memenangi kes ini, aset bernilai USD4.5 bilion akan dapat dimiliki semula daripada IPIC. Jika berlaku demikian, yang kemungkinannya sangat tinggi, IPIC akan mengambil alih bon USD3.5 bilion dan membenarkan 1MDB untuk menyimpan USD1 bilion yang mereka bayar sebelum ini. IPIC kemudian akan menjadi pihak bertanggungjawab untuk menuntut semula aset USD4.5 bilion dalam Aabar BVI.

SUMBER DANA DIDAKWA DICURI 3:

Wang USD1.5 bilion yang dilaburkan 1MDB untuk dana pelaburan BSI Bank.

Apa yang dibayar 1MDB?

USD1.5 bilion yang dilaburkan dalam dana pelaburan berdaftar sebagaimana disyorkan BSI Bank. USD1.5 bilion ini adalah sebahagian daripada perolehan bon USD3 bilion pada 2013 (turut dikenali sebagai dana GIL 1MDB yang diraih daripada cadangan perkongsian dengan Aabar bagi memajukan Bandar Malaysia pada 2013. Baki USD1.5 bilion digunakan 1MDB sebagai modal kerja bagi membangunkan Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan perniagaan janakuasa.


Putera Diraja Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian pada 2013.

Perjanjian perkongsian Bandar Malaysia ditandatangani pada Mac 2013 di mana 1MDB dan Aabar masing-masing dicadangkan untuk meraih USD3 bilion dan kedua pihak itu akan menyumbang kepada syarikat 1MDB-GIL bagi membangunkan Bandar Malaysia.

Berikutan kegagalan Aabar untuk meraih USD3 bilion pada tempoh ditetapkan dan perkongsian itu tidak berjalan lancer, 1MDB membuat keputusan untuk menggunakan separuh wang itu sebagai modal kerja manakala selebihnya digunakan dalam dana pelaburan bagi mengelak tanggungan negatif (atau membayar faedah bagi dana yang tidak digunakan daripada pinjaman).

Apa terjadi kepada wang yang dilaburkan dalam dana pelaburan?

Wang itu masih dilaburkan dalam dana yang asalnya dirancang untuk digunakan bagi sebahagian daripada pertukaran aset dengan IPIC memandangkan ia dijamin oleh Aabar BVI.

Apa akan terjadi seterusnya?

Memandangkan pertukaran aset itu sudah dihentikan, dana ini sudah berada dalam fasa penuntutan. Bagaimanapun, menuntut satu unit USD1.5 bilion bukanlah seperti kita mengeluarkan wang dari bank. Dana itu sendiri perlu menjual pelaburan mereka sebelum membayar 1MDB. Difahamkan, proses ini kini hampir selesai.

Berapa sebenarnya 'Wang Rakyat' yang digunakan oleh 1MDB setakat ini?

Modal berbayar RM1 juta dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Baki dana sehingga RM42 bilion pada satu masa diraih daripada bon dan pinjaman bank.

Berapa banyak pinjaman yang masih ditanggung 1MDB?

Selain tiga bon, kesemua baki pinjaman, kemudahan kredit dan bon lain sudah dibayar sepenuhnya oleh 1MDB ketika proses rasionalisasi hutang yang bermula pada 2015.

Sejak awal 2015, 1MDB sudah melangsai dan mengeluarkan hutang berikut daripada tanggungan mereka:

  • Bayar penuh RM3.5 bilion pinjaman Powertek daripada satu konsortium bank.
  • Bayar penuh RM1 bilion kemudahan kredit daripada kerajaan
  • Bayar penuh USD150 juta pinjaman Bank Exim
  • Sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia diambil alih oleh pembeli 60 peratus Bandar Malaysia.
  • Memindahkan RM800 juta pinjaman Perkeso kepada pembiayaan projek TRX. Pinjaman ini sudah dibayar.
  • Mengenepikan hutang RM6 bilion yang ditanggung berikutan penjualan Edra
  • Bayar penuh pinjaman RM2 bilion Marstan diuruskan Ananda Krishnan yang dipinjam bagi membayar pinjaman Maybank RM2 bilion
  • Bayar penuh USD975 juta pinjaman Deutsche Bank

Selepas kesemua pinjaman ini sudah dibayar, 1MDB masih lagi mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai dan turut memiliki bon berikut:

  1. RM5 bilion bon jangka panjang pada 2009 yang akan matang pada tahun 2029. Bon ini terikat kepada pembangunan berterusan TRX dan akan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan itu.
  2. Bon 2012 bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC dan akan matang pada tahun 2022. (Jika 1MDB memenangi kes timbang tara maka bon ini akan dibeli IPIC).
  3. Bon pada 2013 bernilai USD3 bilion yang akan matang pada tahun 2023. Bon ini terikat kepada pembangunan Bandar Malaysia di mana 1MDB memiliki 40 peratus dan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan ini.

Berapa sebenarnya 'Wang Rakyat yang hilang berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman ini?

Tiada. Memandangkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil seperti di atas dan pinjaman itu tidak tertunggak, tiada wang Malaysia hilang. Ini turut mengambil kira pertikaian IPIC akan selesai dengan menyebelahi 1MDB dan bon GIL USD1.5 bilion ditebus.

Adalah penting untuk kita lihat, selain bon USD3.5 bilion yang dipertikaikan dengan IPIC, 1MDB tidak menghadapi tunggakan terhadap mana-mana pinjaman atau bon. Malah, sebagaimana dinyatakan di atas, kebanyakan pinjaman sudah dilangsaikan.

Perkara utama terakhir:

Adalah penting untuk kita utarakan, tiga sumber dana yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah urusan terus dengan kerajaan serta kerabat diraja negara Arab dan 1MDB membayar secara terus kepada akaun yang diarahkan oleh mereka. Jika 1MDB ditipu, bermakna negara terbabit turut bersubahat menipu 1MDB.

Atau, jika 1MDB adalah satu penipuan, maka negara terbabit dan kerabat dirajanya turut berpakat dengan 1MDB untuk menipu.

Namun perkara utama paling penting adalah:

Jika 1MDB berjaya memenangi timbang tara IPIC dan menebus semula USD1.5bilion dana GIL, maka 1MDB benar-benar boleh menyatakan ia tidak pernah hilang wang atau wangnya dicuri.

Ini bermakna, adalah mustahil untuk Jho Low, Riza, Khadem, Malaysia Official 1 atau sesiapa sahaja dalam isu ini telah mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam aset yang mahu disita FBI.

Tetapi ia juga mungkin bermakana ada seseorang yang ditipu. Ia mungkin IPIC Abu Dhabi atau ia adalah keuntungan sah yang dibuat daripada pelaburan dana.

Tetapi wang siapa digunakan untuk dibeli karya seni, hartanah? Ia mungkin wang IPIC Abu Dhabi, wang Arab Saudi atau ia mungkin hasil keuntungan daripada pelaburan dana

http://limsiansee.blogspot.my/2016/07/us-doj-says-yes-but-1mdb-says-no-why.html/

Lim Sian See


10 soalan yang perlu dijawab oleh Peguam Negara AS Loretta Lynch

Walaupun Peguam Negara AS Loretta Lynch dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) telah mengeluarkan aduan awam sepanjang 136 muka surat bagi merampas aset beberapa rakyat Malaysia, mereka tiada langsung menyertakan sebarang dokumen bagi membuktikan dakwaan mereka. Oleh itu, dakwaan-dakwaan yang dinyatakan dalam aduan awam tersebut masih belum dibuktikan. Maka, Lynch dan DOJ perlu menjawab 10 soalan berikut bagi memastikan bahawa dakwaan yang dibuat mereka tidak boleh disangkal.

1. Apakah yang menyebabkan DOJ begitu yakin bahawa terdapatnya "satu konspirasi antarabangsa bagi mencuri wang yang diselewengkan daripada 1MDB" sedangkan mereka tidak pernah menghubungi atau menemuduga 1MDB,  Jabatan Peguam Negara Malaysia dan Kerajaaan Arab Saudi bagi menentukan apa sebenarnya yang terjadi secara menyeluruh? Bukankah secara semula jadinya semua siasatan haruslah mengambil kira temuduga dengan "mangsa" dan semua pihak yang terlibat terlebih dahulu sebelum memohon tindakan mahkamah?

2. Pernahkah Lynch menemuduga pegawai-pegawai IPIC dan adakah DOJ sedar bahawa 1MDB mempunyai dokumen yang membuktikan bahawa Aabar BVI (British Virgins Islands) pernah dimiliki oleh Aabar PJS? Ini membuktikan bahawa 1MDB telah melakukan bayaran kepada entiti yang secara sah dimiliki oleh Aabar dan IPIC.

3. Adakah DOJ pernah menghubungi Kerabat Diraja Saudi bagi mengesahkan bahawa dana yang dinyatakan datang daripada mereka? Adakah mereka sedar bahawa Pihak Penyiasat di Malaysia mempunyai surat-surat rasmi dari Kerabat Diraja Saudi yang membuktikan ketulenan derma tersebut, dan Menteri Luar Saudi, Adel Al Jubeir telah pun mengesahkan bahawa ia tersebut merupakan derma yang sah.

4. Adakah Lynch sedia maklum bahawa Wall Street Journal telah mengesahkan bahawa sebahagian daripada dana tersebut datang daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi? Bukankah ini jelas menunjukkan bahawa pihak Saudi secara rasminya menghulurkan derma tersebut? Dan adakah DOJ kini berani menuduh bahawa Kementerian Kewangan Saudi telah mencuri wang 1MDB untuk mendermakannya kepada Perdana Menteri Malaysia?

5. Sudahkah Lynch dan DOJ mempertimbangkan fakta bahawa Kerabat Diraja Saudi mendermakan berbilion dolar kepada Negara-negara Islam (Jordan, Morroco, Sudan dan Mesir) dan kebarangkalian bahawa mereka menggunakan pelbagai saluran akaun bank termasuk saluran akaun yang digunakan perniagaan dan individu-individu tertuduh (yang sudah sekian lama banyak mempunyai urusan dengan mereka) bagi menyampaikan derma secara sulit kepada pemimpin-pemimpin negara tersebut, memandangkan operasi ini adalah rahsia rasmi kerajaan Arab Saudi?

6. Adakah Lynch sedar bahawa aduan asal yang difailkan kepada DOJ telah dibuat oleh individu-individu yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan, dan semua bukti dan dokumen curi yang dikemukakan oleh individu-individu tersebut tidak lengkap dan boleh diragui, memandangkan bahawa orang yang mencuri dokumen-dokumen tersebut pun mengakui ia telah diubah.

7. Oleh demikian bukankah seperti ada yang tidak kena bahawa dakwaan-dakwaan DOJ seolah terlalu sama dengan senarai tuduhan dan dakwaan Kelab Anti Najib?

8. Adakah pendakwa raya yang bijak pandai di DOJ tidak pernah tertanya-tanya mengapa Kerabat Diraja Saudi langsung tidak bersuara menafikan derma yang dibuat kepada Malaysia, memandangkan betapa besarnya isu ini dilaporkan di seluruh Timur tengah dan dunia? Malah Menteri Luar mereka telah mengakui ketulenan derma tersebut?

9. Apakah kredibiliti Lynch dalam menegaskan bahawa keadilan perlu ditegakkan sedangkan beliau sendiri telah melanggar undang-undang? Bukankah telah terbongkar bahawa beliau pernah berjumpa dengan bekas Presiden AS Bill Clinton dalam satu pertemuan rahsia ketika DOJ sedang menyiasat skandal Hillary Clinton dalam penggunaan "server" emel peribadi keluarganya untuk urusan rahsia kerajaan, semasa beliau memegang jawatan Setiausaha Negara AS. Adakah Lynch mahu menjelaskan jika ini merupakan satu konflik kepentingan, dan adakah beliau telah berpegang kepada prinsip demokrasi atau "Good Governance" dengan mengadakan pertemuan rahsia yang jelas merupakan satu konflik kepentingan?

10. Mengapa Lynch dan DOJ tidak berterus terang menyatakan identiti "Malaysia Official 1"? Adakah kerana mereka takut dengan sebuah negara kecil di Asia Tenggara, atau adakah mungkin kerana mereka belum mempunyai bukti-bukti yang kukuh atau lengkap bagi mengaitkan individu tersebut dengan kesalahannya? Adakah hal ini kerana peguam-peguam di DOJ sedar bahawa mereka masih hanya mempunyai dakwaan daripada sebelah pihak sahaja dan tidak mempunyai bukti lengkap daripada orang-orang suruhan Mahathir Mohamad ini? Adakah mereka juga sedar bahawa menamakan seseorang individu tanpa penyertaan bukti akan menunjukkan kepada dunia "keadilan" yang diperjuangkan DOJ kini boleh dipersoalkan?

1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low

Kementerian Kewangan dan 1MDB telah berulang kali menerangkan bahawa 1MDB tidak pernah menghantar sebarang dana kepada Jho Low dan sebarang dana yang dihantar adalah kepada rakan perniagaan, PetroSaudi Inc. (PSI), yang dimiliki oleh Keluarga DiRaja Arab Saudi, Putera Turki dan Aabar Investment PJS yang dimiliki oleh Kerajaan Abu Dhabi.

1MDB hanya berurusan dengan PSI dan Aabar sahaja. PSI telah membayar semula semua dana yang dilaburkan 1MDB beserta keuntungan.

Manakala dana yang dihantar kepada Aabar pula ketika ini sedang di dalam pertikaian kerana IPIC dan Aabar  mengatakan bahawa syarikat yang mana 1MDB telah menghantar dana tersebut  di British Virgin Island (BVI) tidak dimiliki oleh mereka.

Apabila 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama bersama Aabar Investment PJS di Abu Dhabi, perbincangan tersebut adalah bersama Pengerusi yang dilantik oleh Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Pengurusan Mohamed Badawy al-Husseiny yang keduanya disebut di dalam siasatan FBI bersama Jho Low.

Semasa perjanjian ditandatangani, 1MDB juga telah melibatkan peguam dalaman dan luaran untuk mengesahkan bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen Sijil Pematuhan (Certificate of Incumbency) telah dikepilkan bersama oleh Aabar di BVI, syarikat yang sedang di dalam pertikaian. Sijil ini telah dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) yang berpangkalan di Hong Kong. OIL merupakan peneraju di dalam perbadanan antarabangsa dan perkhidmatan korporat.

Sijil Pematuhan tersebut telah mengesahkan bahawa dua orang pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Pengurusan Aabar Investments PJS, dan pemegang saham tunggal adalah Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Berpangkalan di Hong Kong, OIL mempunyai pejabat di BVI, Singapore, Taiwan, Shanghai, Beijing, Chenzen, Guangzhou, UK, Cyprus dan Dubai serta mempunyai sekitar 220 kakitangan.

Sekiranya dokumen rasmi, Pengerusi kepada syarikat induk, Pengarah Pengurusan kepada syarikat induk dan kedua-dua peguam dalaman dan luaran mengesahkan kepada 1MDB bahawa Aabar Investments PJS Ltd di BVI dimiliki secara sah oleh Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, apa lagi yang 1MDB boleh lakukan untuk mengesahkan bahawa syarikat di BVI tersebut bukanlah sebuah syarikat yang palsu?

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/OIL_(incorporations_and_corporate_services)

VIDEO: SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS & HILLARY CLINTON "DIVERT" UNTUK KEMPEN PRESIDEN AS

Dua isu besar Lorreta Lynch

1) Pertama - Penglibatannya dalam pengubahan wang haram & kartel dadah. Pesalah tidak didakwa malah membantu rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012.

2. Kedua- Isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara.

Tiada pilihan dan akhirnya LORETTA LYNCH, FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya "divert" isu Skandal Loretta dan Clinton itu. Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat.

Lain-lain Artikel asal

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1026486024102258&id=515643958519803&substory_index=0

Kredit Video: Semut

DI KALA JABATAN KEHAKIMAN AS SIBUK MEMBURUKKAN MALAYSIA, MUKHRIZ MAHATHIR ANAK 'SI PENJATUH KERAJAAN' SIBUK MENAMBAHKAN KEKAYAAN & KEPENTINGANNYA DALAM OPCOM HOLDING BERHAD!

1. Pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.

2. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

3. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

4. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. . Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

5. Media melaporkan Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

6. Opcom Holding Berhad dan Mukhriz
pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad sebagai PM. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme. Opcom pada tahum 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta ‪#‎secara‬ rundingan terus" diberikan oleh Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan. Mahathir Mohamad ketika itu adalah PM dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini . [Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]

7. Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta. Maklumlah surat wahyu MOF masih ada.

8. Kroni Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

9. Sudah tiba masanya Kerajaan Membatalkan monopoli Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan. Beri peluang pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Mahathir. Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Ini tidak adil. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

Captain M
23 Julai 2016

‪#‎Nota‬: Apa lagi Mahathir mahu? Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke-28 sebagai individu terkaya di Malaysia.

‪#‎tolakMahathir‬
‪#‎merekateruskayaTapiKutukKerajaan‬.

Saari Sungib Nak Jadi Pengemis Untuk Jawatan Exco Kata Azmin

ADUN PENGEMIS JAWATAN!

Kah Kah Kah.. ADUN PAN kena sebijik dari MB Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan Ahli Jawatankuasa Kerja Parti Amanah Negara (AMANAH), Saari Sungib sebagai ingin mengemis jawatan Exco.

Azmin menerusi laman mikro twitter miliknya sebentar tadi mempersoalkan tindakan Saari sebagai pengemis untuk jawatan itu.

Tweetnya yang berbunyi '@saarisungib nak jadi pengemis untuk jawatan exco ke?' mendapat respon daripada pengikut dan pelayar laman itu.

Rata-ratanya tidak faham mengapa menteri besar itu 'tweet' persoalan tersebut.

'WTF ni Azmin?,'Tulis Azman Manaf

Nik Mohd Khairuzi berkata, 'Aik Datuk Seri tiba-tiba saja,'komennya.

Terdahulu, Saari menyarankan Azmin tidak mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Katanya, perselisihan faham antara Azmin dengan Lim Guan Eng berhubung pengguguran dua wakil PKR Pulau Pinang daripada lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan negeri (LGC) akan menjejaskan pandangan rakyat terhadap Pakatan Harapan.

Saturday 23 July 2016

Daesh: 14 Ditahan, Satu Kilo Bahan Letupan IED Dirampas

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) adalah antara 14 individu ditahan di lima negeri pada 14 Julai sehingga Rabu lepas kerana disyaki terlibat dengan kumpulan militan Daesh.

Kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan seorang wanita tempatan yang berusia di antara 20 dan 49 tahun.

"Empat daripada mereka tidak bekerja, tiga bekerja sendiri, dua bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran francais di LembahKlang, dua pekerja syarikat swasta serta masing-masing seorang mekanik ,jurukimpal besi dan pelajar IPTS.

"Hasil siasatan, kami mendapati 12 suspek yang ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Sabah merupakan anggota sel sama yang ditahan dalam operasi penghujung bulan lepas," kata Khalid dalam kenyataannya di sini, Sabtu.

Menurutnya mereka disyaki menerima arahan daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi untuk melancarkan serangan di Malaysia.

"Seorang daripada suspek mengaku telah berkongsi kaedah membuat bahan letupan 'Improvised Explosive Device' (IED) melalui aplikasi Telegram dengan lain-lain anggota Daesh.

"Suspek juga mengaku menerima arahan Muhammad Wanndy untuk menghasilkan IED bagi melancarkan serangan di Lembah Klang dan turut membekalkan sepucuk pistol kepada suspek melalui orang perantaraan sebagai persediaan mempertahankan diri jika ditahan polis," katanya.

Suspek berusia 49 tahun yang ditahan di Kedah merupakan angggota kanan kumpulan berkenaan, yang aktif merekrut anggota baharu melalui usrah-usrah sulit di sekitar Sik, Kedah dan bertanggungjawab mengatur pergerakan ke Syria untuk menyertai Daesh.

"Seorang yang direkrut oleh suspek adalah Abu Ghani Yaacob@Abu Kedah yang telah terkorban di Syria pada 17 April lepas," katanya.

Khalid berkata suspek wanita berusia 43 tahun, yang ditahan di Perak, aktif mempromosikan Daesh serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan itu.

"Wanita itu yang ingin ke sana (selatan Filipina) juga menerima bantuan daripada bekas pensyarah Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad, yang merupakan anggota Daesh sebelum ini, dan kini menyertai kumpulan pengganas Abu Sayyaf di selatan Filipina.  

"Hasil penggeledahan, polis merampas sebuah IED seberat satu kilogram yang telah siap diadun untuk digunakan dalam serangan keganasan yang dirancang ke atas pucuk pimpinan Polis DiRaja Malaysia," katanya.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut BAB VIA -kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Muhyiddin didakwa berbohong dalam isu laporan DOJ AS

Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum membuat kenyataan kerana mahu melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin terlebih dahulu dan melihat apakah lagi pembohongan yang ingin beliau lakukan.

Sebelum ini, terbukti beberapa kenyataan beliau berkaitan 1MDB bukan saja ternyata dangkal tetapi sarat dengan pembohongan.

Kenyataan terbaru beliau berkaitan Jabatan Kehakiman AS menunjukkan bahawa beliau tidak memahami proses undang-undang yang sedang berlaku dan masih mahu membohongi rakyat.

Pertamanya, Muhyiddin berbohong apabila menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil serius mengenai kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini. Jelas perdana menteri dalam kenyataannya telah menegaskan bahawa kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan Jabatan Kehakiman AS ini dan akan memberikan kerjasama penuh jika diminta.

Bagaimanapun, pendirian Malaysia adalah jelas bahawa proses undang-undang mesti dihormati. Biarlah tindakan saman sivil ini melalui proses yang sepatutnya dan setiap pihak yang dinamakan wajar diberi peluang membela diri dalam perbicaraan yang adil sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Kedua, Muhyiddin juga berbohong apabila mendakwa bahawa tindakan saman sivil ini adalah "bukti penipuan pihak yang dinamakan dan mereka mencuri duit 1MDB."

Muhyiddin gagal memahami kenapa Jabatan Kehakiman AS tidak mendakwa semua penama yang terbabit dan merampas setiap aset yang disenaraikan, sebaliknya hanya membuat saman sivil.

Sebenarnya perkara ini telah diulas oleh ramai pengamal undang-undang dan mereka menjelaskan bahawa antara sebab utama kenapa Jabatan Kehakiman AS tidak membuat pendakwaan dan merampas aset-aset ini adalah kerana ia tidak mempunyai bukti kukuh.

Kes ini juga sedikit pelik kerana tindakan dibuat bersandarkan aduan Sarawak Report dan individu tertentu tentang kecurian. Bagaimanapun sejak hari pertama lagi, pihak yang didakwa menjadi mangsa kecurian ini, iaitu 1MDB telah menafikan bahawa wang mereka telah dicuri dan mereka telah membuktikannya dengan dokuken-dokumen berkaitan dan penyata kewangan diaudit.

Muhyiddin mendakwa terdapat kehilangan berbilion ringgit dari 1MDB sedangkan pada waktu yang sama 1MDB berulang kali menyatakan bahawa tiada bukti wang dalam kawalannya yang hilang.

Jika ada pertikaian sekalipun, ia hanya melibatkan wang yang berada di dalam kawalan syarikat IPIC dan Aabar PJS dari Abu Dhabi yang kini menjadi kes arbitrari.

Ketiga, Muhyiddin mendakwa apa yang terkandung dalam laporan Jabatan Kehakiman adalah "penemuan pasukan penyiasat AS", sedangkan ia bukan penemuan sebaliknya hanya syak wasangka berdasarkan aduan yang dilaporkan kepada mereka.

Atas sebab itu sehingga kini Jabatan Kehakiman AS tidak mampu untuk membuat pendakwaan menggunakan prosiding jenayah biasa dan tiada sebarang pihak dalam kalangan penama yang didakwa.

Keempat, pelik apabila Muhyiddin mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera mengikut undang-undang Malaysia ke atas MALAYSIAN OFFICIAL 1, Reza Aziz, Jho Lo dan nama-nama lain yang disenaraikan dalam laporan Peguam Negara AS hanya berdasarkan kenyataan Jabatan Kehakiman AS.

Soalan yang perlu ditanya kepada Muhyiddin adalah apakah asas untuk kerajaan mengambil tindakan? Jabatan Kehakiman AS sendiri belum benar-benar pasti mengenai dakwaan mereka kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Dalam saman sivil ini tiada penama-penama yang didakwa atas kesalahan jenayah. Bagaimanakah Muhyiddin pula mahu kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera semata-mata kerana kenyataan Jabatan Kehakiman AS ini? Adakah kemahuan Muhyiddin ini masuk akal dan mengikut lunas undang-undang?

Kes saman sivil Jabatan Kehakiman AS ini sama sekali berbeza dengan kes skandal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Dalam kes Lim Guan Eng, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan beliau terlibat dalam salah laku.

Bukan saja siasatan telah dibuat malah Lim Guan Eng juga telah didakwa di mahkamah. Tidak pernah pula kita mendengar Muhyiddin bercakap mengenai hal yang lebih nyata seperti ini. Sikap double standard dan berdendam Muhyiddin amat jelas dalam hal ini.

MOHD PUAD ZARKASHI Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Najib Perlu Berani, Terus Berjuang

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berani dan terus berjuang menentang hentaman politik ketika beliau meningkat usia 63 tahun pada Sabtu.

Salleh berkata terdapat ramai rakyat Malaysia yang menyokong perdana menteri tetapi ingin berdiam diri kerana mereka merasakan tiada guna berhujah mengenai sesuatu yang tidak akan diselesaikan.

"Rakyat Malaysia ini mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan anda (Najib) dan akan terus berdiri di belakang anda. Percaya dan yakinlah anda tidak keseorangan. Selamat hari lahir Dato' Sri, kekal berani dan terus berjuang kerana kami bersama anda," katanya dalam blognya sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata tiada sesiapa pun boleh menafikan bahawa ia merupakan 40 tahun karier politik yang mencabar buat Najib, terutamanya pada 10 tahun lalu sejak 2006 apabila bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan beliau sudah cukup rehat dengan persaraannya dan kembali dalam arena politik Malaysia.

Salleh berkata mana-mana orang pastinya akan mengalah sekarang daripada bertahan selama 10 tahun dihentam berterusan oleh Dr Mahathir.

"Pada mulanya Dr Mahathir mendesak Najib untuk menggulingkan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, apabila Najib tidak bersetuju, malahan menyatakan secara terbuka sokongan terhadap Abdullah, Mahathir menyerang beliau.

"Selepas Najib mengambil alih jawatan perdana menteri tiga tahun kemudian, Dr Mahathir terus menyerang beliau dengan pelbagai isu dan terbaharu, sudah tentu mengenai 1MDB," katanya.

Salleh berkata Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia keenam tetapi mungkin yang pertama diganggu oleh bekas perdana menteri.

"Tidak ada tempat di dunia ini terjadi apabila bekas perdana menteri tidak menghormati dan menghina perdana menteri sedia ada.

"Dan ini bukan sesuatu yang baharu tetapi sesuatu yang Dr Mahathir telah kekalkan sejak 10 tahun lepas terhadap dua perdana menteri," katanya. 

Amaran Terakhir Untuk Guan Eng - Peguam Negara

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada Sabtu mengingatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya berhenti daripada mengulas pertuduhan rasuah yang sedang dihadapnya.

Beliau berkata ini merupakan peringatan terakhir kepada Lim berikutan tindakan setiausaha agung DAP itu yang berbuat demikian sejak pada hari beliau dihadapkan ke mahkamah disebalik telah diingatkan untuk tidak berbuat demikian menerusi akhbar berbahasa Inggeris The Star dan melalui peguam mewakili Lim.

"Saya perlu keluarkan peringatan terakhir ini berikutan komen terbarunya sama seperti 'menyerang' integriti saya sebagai pendakwa raya.

"Saya perlu mempertahankan diri saya terhadap tuduhan tidak berasas seumpama itu yang mempersoalkan integriti saya.

"Dalam usaha mempertahankan diri saya, saya mungkin terpaksa mendedahkan bukti yang ada pada pihak pendakwa raya terhadapnya (Lim)," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Apandi yang mengetuai pasukan pendakwa raya dalam perbicaraan Lim berkata, kebanyakan bukti terhadap Lim adalah dalam bentuk dokumen dan semua dokumen itu ada dalam milikannya.

Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 29 Jun dan esoknya (30 Jun) dihadapkan di Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran. 

Friday 22 July 2016

Mencela Pemimpin, Ciri Khas Kelompok Khawarij

Mencela pemimpin merupakan ciri khas manhaj yang ditempuh oleh kaum khawarij. Awalnya hanya sekedar mengkritik dan membeberkan aib pemimpin di atas mimbar, seminar, koran dan medsos tetapi membengkak hingga tiada lain terminal akhirnya kecuali memberontak pemimpin.

Jelas kiranya, metode ini menyelisihi petunjuk Nabi dalam mengingkari penguasa dan merupakan sumber segala fitnah/kerusakan sepanjang sejarah sebagaimana dikatakan imam Ibnu Qayyim dalam I'lam Muwaqqi'in (3/7).

Sebagai bukti bahwa metode seperti itu adalah metode yang diterapkan kaum khawarij adalah riwayat imam Tirmidzi dan selainnya dari Ziyad bin Kusaib Al-Adawi, katanya:

كُنْتُ مَعَ أَبِيْ بَكْرَةَ تَحْتَ مِنْبَرِ أَبِيْ عَامِرٍ وَهُوَ يَخْطُبُ وَعَلَيْهِ ثِيَابٌ رِقَاقٌ, فَقَالَ أَبُوْ بِلاَلٍ: انْظُرُوْا إِلَى أَمِيْرِنَا يَلْبَسُ لِبَاسَ الْفُسَّاقِ, فَقَالَ أَبُوْ بَكْرَةَ : اسْكُتْ! سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ يَقُوْلُ: مَنْ أَهَانَ سُلْطَانَ اللهِ فِيْ الأَرْضِ أَهَانَهُ اللهُ

"Saya pernah bersama Abu Bakrah di bawah mimbar Ibnu Amir yang sedang berkhutbah sambil mengenakan pakaian tipis. Abu Bilal berkata: Lihatlah pemimipin kita, dia mengenakan pakaian orang-orang fasiq. Abu Bakrah menegurnya seraya berkata: Diamlah, saya mendengar Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang menghina pemimpin di muka bumi, niscaya Allah akan menghinakannya"" (Lihat Shahih Sunan Tirmdzi: 1812 oleh Al-Albani).

Imam Dzahabi berkata: "Abu Bilal namanya adalah Mirdas bin Udiyyah, seorang khawarj tulen. Karena kejahilannya, maka dia menganggap pakaian tipis bagi kaum pria adalah pakaiannya orang fasiq" (Siyar A'lam Nubala' 14/508 oleh imam Dzahabi).

Demikianlah khawarij sepanjang zaman, mereka salah kaprah dalam metode mengingkari dan jahil akan hal yang diingkari.

Satu hal lagi yang perlu sekali saya sampaikan di sini bahwa hanya sekedar menghujat pemimpin muslim -sekalipun fasiq- merupakan ciri khas manhaj khawarij, sebab manusia tidak akan memberontak pemimipin tanpa ada yang menyalakan api kebencian di hati mereka walau dengan dalih menegakkan pilar amar ma'ruf nahi mungkar.

Oleh karenanya, para ulama menilai bahwa para penggerak pemberontakan, pengkritik dan pencela pemimpin adalah khawarij sekalipun sepanjang sejarah mereka tidak pernah memberontak. Dalam kitab sejarah dan firaq (kelompok dan golongan) mereka disebut Al-Qa'adiyyah.

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata mensifati sebagian jenis khawarij: "Dan kaum Al-Qa'adiyyah yaitu kelompok yang melicinkan pemberontakan terhadap pemerintah sekalipun tidak langsung membrontak".

Bahkan, kadang-kadang orang yang mengompori untuk berontak lebih jelek daripada yang langsung memberontak sebagaimana diriwayatkan Abu Dawud dalam Masail Ahmad hal. 271 dar Abdullah bin Muhammad berkata: "Khawarij jenis Al-Qa'adiyyah adalah sejelek-jeleknya kelompok khawarij!".

Para ulama masa kini juga telah membendung dan memerangi pemikiran-pemikiran khawarij model Al-Qa'adiyyah ini.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin berkata tatkala menjelaskan hadits Dzil Huwaishiroh: "Hadits ini merupakan dalil yang sangat mendasar bahwa berontak pada pemimpin bukan hanya dengan pedang semata tapi bisa juga dengan perkataan dan ucapan. Perhatikanlah, orang ini (Dzul Huwaishrah), dia tidak mengangkat pedang guna membunuh Nabi tapi dia hanya mengingkarinya (dengan terang-terangan). Apabila dijumpai dalam sebagian kitab ahli sunnah yang menyatakan bahwa berontak itu adalah dengan pedang, maka maksudnya adalah puncak pemberontakan".

(Lihat Fatawa Ulama Al-Akabir hal. 94-96 dan Madarik An Nadhar hal. 272-275 oleh Syaikh Abdul Malik Ramadhani).

***

Penulis: Ust. Abu Ubaidah As Sidawi

Dajal akhir zaman

Amanah tidak diajak bincang pilihan raya Pulau Pinang

Amanah yang merupakan sebahagian Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR berkata pihaknya tidak dipelawa dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng mengenai cadangan pilihan raya awal di Pulau Pinang.

Pengerusi Amanah negeri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihaknya hanya mengetahui rundingan itu diadakan melalui media, lapor China Press.

"Setahu saya, di peringkat pusat, rakan komponen pun belum berbincang perkara ini dengan pemimpin Amanah," katanya.
Bukan itu sahaja jelasnya, Amanah juga tidak tahu bila Pakatan Harapan akan mengadakan mesyuarat membincangkan cadangan berkenaan.

Mengenai pembahagian kerusi, Mujahid berkata, ia hanya boleh dibincang selepas tarikh pilihan raya awal, selepas membuat ketetapan mengenai perkara itu barulah perbincangan mengenai peruntukan kerusi boleh diadakan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim memberi jaminan kerajaan negeri pimpinan DAP tidak akan membuat keputusan secara bersendirian. (proving that PAN is not important enough for Tokong to honour his promise).

#hidupBakalPMke7

#SKANDAL LORRETA LYNCH PEGUAM NEGARA AS DAN BAGAIMANA LORRETA MENGGUNAKAN JABATAN KEHAKIMAN AS UNTUK SAMAN SIVIL IMDB

1.  Lorreta Lynch Peguam Negara AS tidak
lepas dari kontroversi. Pertama yang dipertikai ialah Penglibatannya dalam pengubahan wang haram. Ketika beliau sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200 juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.

Pendakwaraya Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. 

http://dailysignal.com/2015/02/12/senator-loretta-lynch-no-one-go-jail-laundering-money-terrorists/

Malah dipersoalkan senator AS.

http://dailysignal.com/2015/02/14/senator-demands-answers-loretta-lynchs-role-money-laundering-settlement/

2. Kedua ialah isu bulan julai yang paling panas di Amerika Syarikat iaitu #Skandal Hillary Clinton berhubung emel sulitnya kepada Lorreta Lynch Peguam Negara. Sebanyak 100 mesej ditemui dalam pelayan emel Clinton. Menjadi lebih rumit Lorreta Lynch didapati bertemu dengan bekas Presiden Bill Clinton, suami Clinton di landasan sebuah lapangan terbang di Arizona.

3. FBI dalam siasatannya berkata, Clinton dan kakitangan beliau "amat cuai" dalam mengendalikan bahan diklasifikasikan tetapi tidak ada bukti salah laku yang disengajakan.

4. Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey dipanggil oleh parti Republikan untuk menjelaskan mengapa beliau mencadangkan Hillary Clinton tidak didakwa berhubung emel sulit. Kenyataan Comey bercanggah dengan Clinton yang sebelum ini berkata, beliau tidak sengaja menghantar dan menerima bahan diklasifikasikan daripada akaun emel peribadinya.

5. Pada 7 Julai, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch mengesahkan tidak ada dakwaan dibuat terhadap Clinton.

6. Keputusan itu menyebabkan Donald Trump, calon presiden daripada parti Republikan menuduh Lynch telah disogok oleh Clinton. Kisah rasuah Clinton berlegar di AS. Ini sangat menjejaskan imej Hillary Clinton dalam kempen merebut kuasa sebagai Presiden Amerika Syarikat.

PETISYEN ACLJ- Lorreta Letak Jawatan

7. Keadaan lebih rumit apabila American Center for Law and Justice ( ACLJ) telah mengadakan petisyen letak Jawatan Loretta Lynch Peguam Negara Amerika Syarikat mempertikaikan integriti Peguam Negara kerana terlibat dengan skandal rasuah Bekas Presiden Bill Clinton untuk menyelamatkan Isterinya Hillary. Lebih 100 ribu tandatangan yang menyokong petisyen itu dalam masa 20 hari. [Rujukan
http://aclj.org/executive-power/attorney-general-lynch-must-resign

8. Keadaan akan menjadi buruk jika persepsi rakyat AS memberi kesan kepada pemilihan Hillary Clinton sebagai Calon Presiden. Kemaraan Donald Trump Republikan dalam kempen presiden sangat membimbangkan. Apa pilihan demokrat?

9. Maka pada 21/07/2016, Loretta Lynch menggunakan kuasanya di Jabatan Kehakiman AS mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan penggubahan wang haram. FBI yang menutup salah laku Clinton juga terlibat dalam pengumuman itu. Hebatkan 'game' mereka?

10. Ternyata Pengumuman LORETTA LYNCH, FBI DAN JABATAN KEHAKIMAN AS berjaya "divert" isu Skandal Loretta dan Clinton itu. Kisah IMDB meletup seluruh dunia melupakan kisah dan salah laku Loretta dan bakal calon Presiden AS dari Parti Demokrat.

11. Sidang media itu Lorreta kelihatan seperti Jabatan Kehakiman US berbicara lebih tentang syak wasangka dan bukannya berdasarkan fakta yang telah dibuktikan. Respon kepada soalan yang ditujukan, mereka menjawab bahawa siasatan masih dilakukan dan sebahagian daripada fakta belum boleh disahkan Lagi. Lihat bagaimana AS mencipta persepsi dari masalah sebenar mereka!

Captain M
22 Julai 2016