Monday 29 February 2016

HARGA PETROL: LEBIH MURAH DARIPADA BRUNEI DAN VENEZUELA, APA LAGI RAFIZI MAHU

Siapa sangka sebelum ini bahawa ini akan berlaku?

Berdasarkan harga minyak global, dengan penurunan harga petrol hari ini kepada RM1.60 seliter, menjadikannya lebih murah daripada Brunei - mungkin buat kali pertama dalam beberapa dekad.

Malah, Malaysia berada dikedudukan keenam paling murah di dunia hari ini jika negara-negara lain tidak menyelaraskan harga minyak mereka.

Tetapi tidak pasti pula semurah mana harga petrol yang diharapkan boleh memuaskan hati Rafizi dan puak pembangkang.

Berdasarkan teori Lapijinomics, harga roti canai dan teh-tarik akan turun hari ini.

Marilah kita sama-sama melihat harga di kedai mamak besok.

Ini menunjukkan Malaysia tidak lagi mengenakan cukai petrol seperti yang dilaksanakan oleh Mahathir pada tahun 80-an, 90-an dan awal 2000-an.

Bagaimanapun, jika trend ini berterusan, Kerajaan perlu memastikan penguatkuasa sempadan sekitar sempadan Brunei-Sarawak untuk berhati-hati dengan pemandu Brunei yang datang ke sini untuk mengambil kesempatan daripada harga minyak yang murah - juga di sempadan Johor dan Singapura.

http://www.globalpetrolprices.com/gasoline_prices/

Berdasarkan zombie-teori, mereka akan mengatakan bahawa ini adalah disebabkan oleh konspirasi kerajaan untuk mengalihkan isu Mahathir isytihar keluar dari UMNO (yang sebenarnya bukan isu besar sekarang ini dan tidak mendapat perhatian) atau dikaitkan dengan pilihan raya Negeri Sarawak.

Tetapi sebenarnya, ia adalah kerana Kerajaan kini menetapkan harga mengikut harga pasaran dunia dan berdasarkan kadar pertukaran Ringgit yang mengukuh. Kerajaan tidak mengenakan cukai atau meletakkan harga lantai terhadap harga minyak.

Pada pandangan saya, Kerajaan patut mengenakan cukai minyak sekarang untuk memungut dana bagi membantu mengimbangi harga petrol keparas rendah apabila suatu hari nanti pasti akan meningkat dan juga untuk mengelak harga petrol yang begitu murah akan menggalakkan pembaziran dan penyeludupan.

Sunday 28 February 2016

Ramai orang tidak tahu komoditi utama negara hancur ditangan Mahathir

Apabila Mahathir cuba buat kerja mengarut membuat spekulasi Pasaran Timah pada peringkat awal dia mula menjadi Perdana Menyeri - akhirnya pasaran timah komoditi utama negara runtuh dan industri perlombongan bijih timah pupus di Malaysia dan menimbulkan dua kali ganda kadar pengangguran.

Akaun rahsia Maminco mengalami kerugian besar dengan wang yang dipinjam (sebanyak RM1.6 bilion sedangkan rizab antarabangsa kita hanya USD4b) dari Bank Bumiputra.

Kerugian ini rahsia dan beliau tidak berani untuk mengumumkan kerugian, dia terpaksa menyembunyikan perkara ini tetapi terus menjelaskan pinjaman bagi menutup masalah.

Untuk itu beliau mewujudkan satu lagi syarikat rahsia untuk memindahkan saham dan keuntungan KWSP dan Bumiputra di bawah Dasar Ekonomi Baru untuk membayar balik Bank Bumiputra.

Selama tiga tahun, Mahathir tidak berani mengakuinya tetapi akhirnya terpaksa mengakuinya dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1986 apabila didesak oleh Ku Li dan Musa Hitam - faktor yang menyumbang kepada mencabar kepimpinan UMNO 1987.

Ya, 7 tahun pertama Mahathir agak buruk.

Beliau penyumbang besar kepada keruntuhan satu industri eksport terbesar kita dan kemudiannya menggunakan wang pencarum KWSP dan Bumiputra membayar untuk kesilapan beliau.

Saturday 27 February 2016

TABUNG HAJI BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK

Sudah2 lah Rafizi. Buktikan pinjaman bank atau jaminan korporat yang berbilion kepada THHE.

Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Cubaan melakukan sabotaj terhadap sistem perbankan dan kewangan negara

===================
TH BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA BUKTI PINJAMAN BANK

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2016 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini sekali lagi menafikan tuduhan TH memberi jaminan korporat (corporate guarantee) kepada syarikat bersekutunya, TH Heavy Engineering Berhad (THHE).

TH meminta Ahli Parlimen Pandan untuk menamakan bank yang memberikan pinjaman kepada THHE dengan surat jaminan korporat TH seperti yang didakwa.

TH amat kesal dengan penyebaran dokumen-dokumen melalui laman sosial secara rambang dan tuduhan tidak berasas serta berunsur fitnah. Dakwaan tersebut memberi impak negatif kepada TH dan akan menjejaskan kepentingan para pendepositnya.

Oleh yang demikian, TH telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan berkaitan dakwaan-dakwaan dan dokumen-dokumen yang telah disebarkan oleh beliau.

Langkah ini diambil oleh TH bagi menjaga kepentingan para pendeposit dan reputasi TH sebagai sebuah Institusi Islam di Malaysia. TH akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan secepat mungkin.

Bahagian Hal Ehwal Awam Dan Komunikasi Korporat
LEMBAGA TABUNG HAJI

Mahathir bersama Anwar di pentas PAS mengecam Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman

Tahun 1969 Mahathir pernah bersama Anwar berucap di pentas PAS mencerca dan memfitnah PM Tunku Abdul Rahman.

Tak pulak Mahathir kena ISA, setakat kena pecat keahlian.

Zaman Mahathir kritik dia kena ISA.
Duduk Kamunting kena brainwash.
Sekarang Mahathir cakap dia disekat untuk bersuara.

Pegi dah.. Ko cakap je lah apa ko nak cakap jangan memfitnah dan menghasut.

Banyak akta-akta yang ada sekarang Mahathir lah yang pinda untuk kelangsungan politik dia sendiri.

Pengakuan Muhyiddin bukti wujud konspirasi - Azalina

Azalina Othman Said kini kembali ke dalam kabinet Kerajaan Persekutuan

Pengakuan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya ada bukti jenayah yang didedahkan bekas Peguam Negara kepadanya, jelas menunjukkan wujud konspirasi peringkat tertinggi untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika ada konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, bererti ia cubaan rampasan kuasa proses demokrasi dan keputusan rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, dakwaan Muhyiddin bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri memberi taklimat dan berkongsi maklumat sulit dengannya, bukan sahaja tidak beretika, malah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

"Muhyiddin seorang anggota Kabinet dan pemimpin UMNO yang mempunyai kepentingan, maka ia satu tindakan salah. Beliau bukan sahaja melanggar OSA 1972, tetapi juga bersubahat dalam konspirasi bermotifkan politik untuk memanipulasi dan menyalahgunakan sistem perundangan untuk menggulingkan Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataannya mendakwa Abdul Gani mendedahkan bukti kepadanya membabitkan wang yang dikatakan masuk ke akaun peribadi Najib dari SRC International.

Azalina turut mempersoalkan bagaimana Abdul Gani boleh mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Perdana Menteri ketika itu, padahal pada masa itu siasatan belum pun dimulakan.

"Dalam sistem kehakiman, ada proses standard yang diikuti di seluruh dunia iaitu jika ada dakwaan terhadap seseorang, pihak berkuasa yang sah menjalankan siasatan dan jika mereka mempunyai sebab untuk mempercayai jenayah itu dilakukan, maka kertas pertuduhan disediakan.

"Dalam kes ini, kertas pertuduhan dikatakan disediakan pada Mei 2015, sebelum Pasukan Petugas Khas dibentuk yang dikatakan memulakan siasatan pada Jun 2015.

"Ini juga berlaku sebelum Perdana Menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember 2015. Ini jelas menunjukkan wujud konspirasi," katanya.

Pada 26 Januari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan Perdana Menteri bersih daripada sebarang salah laku jenayah seperti didakwa selama ini membabitkan 1MDB dan SRC International.

Azalina berkata, mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan adalah menjadi hak Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding yang membabitkan kesalahan.

"Kuasa budi bicara yang diberikan kepada Peguam Negara mengikut Perkara 145 (3) adalah muktamad dan tidak boleh dicabar," katanya.

Beliau berkata, 'bukti' yang kononnya dikongsi kepada Muhyiddin juga sama dengan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ), yang ia mempunyai dokumen sulit hingga dijadikan asas untuk membuat pelbagai dakwaan sensasi terhadap Perdana Menteri.

"Saya ingin bertanya, mengapa sekarang Muhyiddin membuat pengakuan itu, itupun selepas beliau digantung sebagai Timbalan Presiden. Apakah motif tersembunyi dan agenda beliau?

"Ini juga menunjukkan beliau secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaan Mohamed Apandi dan SPRM.

"Bolehkah tindakan Muhyiddin dilihat sebagai bersubahat kerana tidak melaporkan kepada pihak berkuasa sehingga hari ini sedangkan beliau mendakwa mempunyai maklumat jenayah itu," katanya.



Statement by Dato' Sri Azalina Othman Said‎
27 February 2016‎

1. Former Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin said today that he was briefed by the former Attorney General, when both were in office, about alleged criminal "proof" against the Prime Minister. ‎

2. This is an admission that there was a high-level conspiracy to topple the Prime Minister, in what would have been a coup against democratic process and the decision of the people at the last General Election.

3. Firstly, the fact that a sitting Attorney General was privately briefing and sharing classified legal information with Tan Sri Muhyiddin, a member of Cabinet and UMNO member who clearly had vested interests, is not only unethical but also a breach of the Official Secrets Act.

4. Secondly, how could the Attorney General have had sufficient "proof" to charge the Prime Minister then, when an investigation had not even been launched.

5. Thirdly, is this the same "proof" that the Wall Street Journal referenced when it claimed to have seen confidential documents and used these as the basis to make all sorts of sensational allegations against the Prime Minister.

6. In any judicial system, anywhere in the world, there is a standard process that is followed. If there are allegations against someone, the lawful authorities conduct an investigation, and then - if they still have reason to believe a crime was committed - a charge sheet is drawn up.

7. But, in this case, a charge sheet was said to be drawn up in May 2015 - before the so-called Special Task Force was formed, before the investigation was started in June 2015, and certainly before the Prime Minister was interviewed in December 2015 by the Malaysian Anti-Corruption Commission. This proves that there was a conspiracy.

8. Based on his statement, Tan Sri Muhyiddin is also indirectly questioning the credibility of the current Attorney General and the Malaysian Anti-Corruption Commission.

9. For the record, the sitting AG, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, on 26th January 2016 cleared the Prime Minister of any wrongdoing regarding the donations. Under Article 145 (3) of the Federal Constitution, it is the AG's prerogative to start, undertake or stop any proceedings involving offences. The discretionary power given to the Attorney-General under Article 145(3) is absolute and cannot be challenged or replaced by any powers, including the judiciary. So if any quarters are not in agreement with the AG's action in handling a prosecution, they do not have any basis to challenge it. It is important to note that the AG's decision was made after a detailed investigation from all angles on the report submitted by MACC.

9. So it seems that Tan Sri Muhyiddin was not only in breach of the Official Secrets Act, but was also complicit in a politically-motivated conspiracy to manipulate and abuse our legal system in order to overthrow a democratically elected Prime Minister.

10. Why only now is Tan Sri Muhyiddin making such a confession, just after he was suspended as the Deputy President? What is his hidden motive and agenda? Can his act be seen as abetting since he claims to have information on an alleged criminal act, but did not report to the authorities until today?‎

Dato' Sri Azalina Othman Said
Minister in the Prime Minister's Department‎

Fitnah lagi - konon pekerja Bangladesh tiba di KLIA

Ini laluan departure. Pendatang asibg dihantar pulang. 

Gambar lama digunakan untuk memfitnah. 

Orang hari2 kalau boleh nak cari pahala diorang hari2 berusaha nak cari dosa memfitnah.

Haram Undi UMNO

Video lama yang dimainkan balik oleh pentaksub DAP.  To Guru tu pun dah bersama UMNO sekarang. 

Pertahankan DAP, Pakatan, Amanah boleh. UMNO je tak boleh. 

Fatwa mana dia ambil ni?

Semua mengaku tuan guru dan akan digelar tuan guru kalau mencerca dan menolak UMNO.

Macam puak Khawarij mengkafir sesama islam.

Fitnah Pekerja Bangladesh Tiba Di KLIA

Flight apa yang tiba dari Dakha jam 3:20 pagi di KLIA. 

PAS pun pandai fitnah macam komunis DAP... 

Siapa tau flight apa yang jadualnya tiba di KLIA jam 3:20 pagi. 

Gambar tu pun tak nampak macam KLIA. Ada 3 bendera tu.. Siapa tau bendera apa?

Rafizi pembohong kata tak pernah berjanji cat pangsapuri

Rafizi pembohong kata tak pernah berjanji cat pangsapuri kawasan beliau.
Tidak mengapa lah YB. Kita semua tahu bahawa "Manifesto Bukan Janji".


PM Najib Razak mengulas mengenai khutbah Jumaat - DAPig angry

PM Najib Razak mengulas mengenai khutbah Jumaat. 
Tengoklah golongan mana yang angry. 
DAPig

Kehendak Mahathir dah dituruti.. Nak apa lagi ☺


Mahathir pengunjung tetap The Las LeƱas, Argentina. Mengapa suka sangat kesana?

The Las LeƱas adalah salah satu pusat peranginan ski terbesar Andean di Amerika Selatan dan terletak di Wilayah Mendoza, Argentina, menempatkan Piscis Hotel yang mempunyai kasino yang paling tinggi di dunia.

Pemilik resort Las Lenas adalah seorang rakyat Malaysia! Tan Sri A.P. Arumugam yang telah dibeli pada lewat 2001.

Tan Sri A.P. Arumugam memperolehi kekayaan daripada/;

~ RM1.8 billion Projek Empangan Pergau
~ RM500 juta avionics/navigation contract KLIA
~ RM180 juta EMU Railway coaches contract
~ Kontrak armed forces bunker Jalan Gurney – dan banyak lagi.

Beliau juga mempunyai urusan perniagaa bersama anak Mahathir dan anak2 yang lain dilantik sebagai pengarah dalam syarikat beliau.

Sekarang, Tan Sri A.P. Arumugam duduk di Perdana Leadership Foundation.


http://archivo.losandes.com.ar/notas/2002/2/20/sociedad-33820.asp

http://www.losandes.com.ar/noticia/departamentales-186266

http://www.malargueadiario.com.ar/inversores-de-las-lenas-y-un-ex-primer-ministro-malayo-quedaron-impresionados-con-dos-bailarines/

http://www.sitioandino.com/nota/110261/#galleryzoomv37624v3

Siasatan terhadap dana USD600 juta belum dibuat, kertas pertuduhan sudah siap

Jika ini benar maka ramai orang tidak sabar-sabar untuk menjatuhkan PM akan ke penjara kerana siasatan SPRM tidak lengkap dan fail tidak disalur kepada bekas AG tetapi kertas pertuduhan telah siap?

Bermakna bahawa kertas pertuduhan adalah tidak sah dan menunjukkan berlaku konspirasi yang memerlukan polis untuk menyiasat.

Maksudnya ramai orang akan di penjara.

Berfikir sebelum anda post! penyokong-Tun Pro bukan bijak mana pun.

Jika kertas pertuduhan di atas adalah benar maka kertas siasatan tidak lengkap tiba-tiba disiarkan di Wall Street Jounal, hanya 1 minggu selepas pengumuman pemilihan UMNO ditangguhkan.

Waktu dan ketika yang kebetulan, memang dirancang!


--

Antara cium tangan dan melutut, menyembah, berciuman ghairah sesama lelaki

Trollers membuat isu daripada beberapa gambar orang mencium tangan Najib dan Zahid Hamid dan menggelar mereka penjilat.


Mencium tangan adalah adat Melayu lama untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang tua atau kepada pemimpin-pemimpin Melayu.

Jika orang mahu mencium tangan pemimpin mereka kerana tradisi atau adat, mengapa harus menjadi isu? Tak kan pemimpin-pemimpin perlu menolak tangan mereka!

Dah itu cara mereka menyambut pemimpin.

Tidak perlu sampai melutut menjunjung jari memohon belas ikhsan - seperti sesetengah orang di Pulau pinang.

Tak lah sampau bercium ghairah sesama lelaki. Nak kata ciuman Arab tak pula begitu, sekadar melagakan pipi.

Friday 26 February 2016

Pak Lah - salah seorang yang menjadi mangsa Mahathir.

Walaupun pelbagai dakwaan rasuah terhadap Pak Lah dan menantunya oleh Mahathir pada ketika itu, kedua-dua mereka kekal bebas dan tidak pernah dikenakan apa2 pertuduhan mahkamah.

Sampai sekarang Mahathir tak ada bukti sahih dakwaan beliau terhadap Pak Lah.


*Gambar - Mantan PM yg ingat masa dia akan tiba dan tak mahu memporak perandakan Negara dengan hal duniawi kerana dia redha dengan ketentuan Ilahi.



--

Ahmad Bashah angkat sumpah Ahli MT UMNO


Menteri Besar Kedah, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada Mesyuarat MT, di sini, sebentar tadi.

Beliau diumumkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah pada 12 Februari lalu selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 pada 4 Februari, menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bashah, 66, melafazkan sumpah taat setia jawatan itu di hadapan anggota MT dalam mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

--

Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan berkuatkuasa serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Keputusan itu atas persetujuan bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu diadakan petang ini.

Mesyuarat MT juga memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

-

Thursday 25 February 2016

Hutan Batu Caves Terbakar

GOMBAK: Kawasan hutan di Batu Caves dilaporkan terbakar melibatkan bukit batu kapur setinggi 60 meter.

Api dilaporkan marak dan asap tebal sehingga dapat dilihat di sekitar Gombak dan kawasan berdekatan.

Operasi pemadaman sedang giat dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat yang melibatkan beberapa jentera dari Selayang, Rawang dan Gombak Selatan.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.42 pagi tadi.

Punca kejadian masih lagi disiasat dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan faktor cuaca panas menyumbang kepada berlakunya kebakaran.

Masalah Kesihatan - Megat Najmuddin letak jawatan Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin UMNO


Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas meletakkan jawatan Pengerusi Tribunal Siasatan Lembaga Disiplin UMNO  dua bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Beliau yang bersama Jawatankuasa Disiplindisahkan menghidap penyakit kanser sejak setahun lalu perlu melalui proses rawatan rapi dari semasa ke semasa.

Kata Megat Najmuddin, keputusan untuk meletak jawatan itu dibuat tanpa sebarang paksaan atau mendapat tekanan pihak tertentu sama ada di dalam atau luar parti.

"Yang pasti, pengunduran saya tiada kaitan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, jauh sekali kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin atau mana-mana pemimpin tertinggi dalam parti.

 "Masalah kesihatan adalah punca saya letak jawatan, hasrat itu disampaikan kepada presiden parti," katanya.

Kata pemimpin parti berusia 71 tahun ini, selain rawatan penyakit yang dihidapinya, kegiatan hariannya kini tertumpu kepada tanggungjawab dalam sektor korporat.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti siapa sama ada penggantinya akan dipertimbangkan di antara 22 ahli jawatankuasa berkenaan atau pihak lain.


SKMM: Sekat TMI kerana aduan orang ramai

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan sekatan terhadap laman berita The Malaysian Insider (TMI) dibuat berdasarkan aduan dan maklumat orang ramai.

Suruhanjaya itu berkata portal itu telah mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Sehubungan itu, SKMM memperingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang tidak ditentukan kesahihannya.

"Ini kerana, tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan jelas artikel yang dipertikaikan itu.

Seksyen 233 berkaitan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Ia berkaitan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.

Seseorang yang melakukan kesalahan bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pesalah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Keterangan sekatan itu hari ini menyebut TMI disekat kerana melanggar undang-undang negara.

Sekatan itu menimbulkan kebimbangan aktivis media bebas dan hak asasi manusia di negara ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pihak berkuasa, termasuk SKMM dan Menteri Kommunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkaitan sekatan itu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari pada 12 Februari lalu mengingatkan bahawa portal berita dan laman web tidak terlepas daripada kawalan undang-undang, termasuk komen dan kenyataan pembaca.

Jailani berkata, sesebuah portal tetap perlu bertanggungjawab atas penyebaran bahan berunsur fitnah dan mencetuskan perbalahan.



Pesawat TUDM CN235 mendarat cemas (crash landing) di Kuala Selangor - update gambar

ACFT TYPE:CN235
CALLSIGN: SINTAR SAKTI 02
POSITION: KUALA SELANGOR (N031846E1011527)
NATURE OF EMERGENCY: ACFT LANDED ON WATER
POB:08
TIME ACFTIVATED:260845H

TQ Pls Ack Sir's
Warrant officer shaiful RMAF


Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, pesawat jenis CN235 terhempas di kawasan hutan sekitar pantai kawasan berkenaan.

Pihak bomba kini berada di kawasan kemalangan.

Laporan awal mengatakan lapan orang yang berada di dalam pesawat berjaya diselamatkan.

Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pesawat berkenaan yang terbakar.

"Seramai enam orang berjaya diselamatkan dengan perahu nelayan yang berada di situ.

"Anggota penyelamat yang bergegas ke sana nampak asap dari arah 200 meter dan mereka terpaksa memasuki kawasan dengan menggunakan bot," katanya.


--

Pesawat TUDM CN235 mendarat cemas (crash landing) di Kuala Selangor

Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.
Difahamkan, pesawat jenis CN235 terhempas di kawasan hutan sekitar pantai kawasan berkenaan.

Pihak bomba kini berada di kawasan kemalangan.

Laporan awal mengatakan lapan orang yang berada di dalam pesawat berjaya diselamatkan.

Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pesawat berkenaan yang terbakar.

"Seramai enam orang berjaya diselamatkan dengan perahu nelayan yang berada di situ.

"Anggota penyelamat yang bergegas ke sana nampak asap dari arah 200 meter dan mereka terpaksa memasuki kawasan dengan menggunakan bot," katanya.


--

Kegagalan Kedua Mahathir - Perlantikan TPM 1981

Pada tahun 1981, apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir enggan melantik Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri itu. Sebaliknya, dia membiarkan Musa dan 

Tengku Razaleigh Hamzah berperang untuk jawatan Timbalan Presiden Umno. 
Dah calar balar Ku Li, Musa Hitam dan UMNO dibuat oleh Mahathir untuk meletakkan diri beliau seolah2 hero.

--

Musa Hitam Bukan Kegagalan Pertama Mahathir


Musa Hitam bukan kegagalan pertama Mahathir. kegagalan pertamanya beliau pada tahun 1969. Mahathir membuat kesilapan dengan mengatakan kepada kaum Cina bahawa beliau tidak memerlukan undi cina untuk memenangi pilihan raya umum. Cukup dengan hanya undi Melayu.
1999 Mahathir menang dengan bantuan undi cina dan menaukkan taraf TARC kepada UTAR.
Melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya mengurangkan kawasan majoriti melayu menjadi 60% pengundi. Mangsanya Selangor dan Penang.
--

Jangan terlalu emosi dengan isu dibangkitkan di media sosial

Orang ramai dinasihat tidak terlalu emosi dengan isu yang dibangkitkan pihak tidak bertanggungjawab di media sosial yang belum pasti kesahihannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata ini kerana Malaysia sebagai negara berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa menjadi tumpuan dunia luar yang terus memerhati sama ada dalam bentuk positif atau negatif.

"Justeru sebagai masyarakat Malaysia kita perlu sentiasa berganding bahu menyelesaikan apa juga masalah yang wujud dan tidak beremosi dengan isu yang dibangkitkan di media sosial," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia 2016 di Universiti Taylor di Kuala Lumpur, Khamis.

Katanya kesejahteraan dan keamanan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada sikap hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara rakyat berbilang bangsa dan agama.

Menjadikan prinsip Rukun Negara sebagai panduan kehidupan, Kurup juga mengingatkan masyarakat untuk tetap berpegang kepada Perlembagaan yang terbukti menyatupadukan rakyat.

"Kerajaan akan sentiasa berusaha mencari pendekatan dan kaedah terbaik untuk menjaga dan memelihara perpaduan negara," katanya.

Mengulas mengenai Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama, Kurup menyeru rakyat untuk mengekalkan sikap saling memahami antara satu sama lain yang menjadi panduan kehidupan.

Jelasnya untuk sentiasa mengekalkan sifat saling memahami, masyarakat disaran belajar budaya, agama dan adat resam selaras dengan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


--

Azmin vs Guan Eng : Wan Azizah buktikan diri sekadar boneka

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilihat seperti biasa hanya mampu menjadi boneka lantaran gagal menyelesaikan permasalahan yang timbul dalam Pakatan Harapan.

Menurut Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, karakter Wan Azizah yang tidak pandai dan mampu bertegas untuk membuat keputusan bukanlah perkara baharu dan sememangnya diketahui umum.

Beliau bagaimanapun tetap dipilih menjadi Ketua Pembangkang kerana setiap parti yang bergabung dalam pakatan itu katanya, mempunyai agenda kepentingan sendiri.

PKR, AMANAH dan DAP tegasnya, pasti dan akan senantiasa meletakkan kepentingan parti sendiri sebagai prioriti.

"Semasa saya sendiri dalam PKR, saya sangat kenal Wan Azizah bukanlah seorang yang pandai buat keputusan, sebab dia hanyalah seorang doktor pakar mata, bukan ahli politik.

"Dan setiap kali beliau nak sampaikan ceramah bila saya ada juga pada waktu itu, dia akan tanya saya 'boleh kah kalau saya nak kata macam ni? Boleh kah saya nak cakap macam itu? Saya faham dia cuba minta pandangan, namun sebagai pemimpin, ia menggambarkan beliau bukan pemimpin yang baik kerana tidak boleh membuat keputusan.

"Sebab itu saya tak pelik kalau perselisihan faham di antara Azmin dan Guan Eng ini tidak boleh diselesaikan dengan baik," katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut perselisihan faham Azmin dan Guan Eng, Aminah menjelaskan situasi itu hanyalah amalan budaya parti pembangkang bagi terus meraih simpati rakyat supaya kekal mengundi mereka pada pilihanraya akan datang.

"Daripada dulu apa yang Anwar buat, samalah juga dengan apa yang Azmin dan Guan Eng buat, masing-masing cuba bersandiwara tak habis-habis, supaya rakyat lihat kesiannya DAP, kesiannya PKR, kita kena undi mereka.

"Tapi Wan Azizah buat apa? Media tanya soalan, jawab tunduk-tunduk, kalau boleh nak lari dari media sebab takut nak jawab soalan," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, UMNO katanya perlu membuka mata dan menggunakan kesempatan daripada sandiwara tersebut untuk terus berusaha membuktikan bahawa Parti Melayu itulah yang harus diundi lantaran terus kekal relevan dalam memperjuangkan nasib rakyat.


--

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Februari 2016

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM410.2 bilion (bersamaan dengan USD95.6 bilion) pada 15 Februari 2016. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].


[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk 'Definisi Semula Hutang Luar Negeri' dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.



Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 15 Februari 2016


--

MACC Review Panel Refutes Malaysian Insider Report


The Operations Review Panel which advises the Malaysian Anti-Corruption Commission has denied saying it had "enough proof to charge Najib over SRC" as reported by the online news portal the Malaysian Insider today.

Its Chairman Tan Sri Hamid Bugo said the Panel expressly distanced itself from the news report which cited an anonymous panel member as the source of various statements attributed to the Panel.

"We wish to state that no anonymous source is authorised to speak for and on behalf of the Panel under any circumstances. In any event, we hereby expressly disassociate ourselves from all such statements attributed to the anonymous source," he said in a statement here.

Hamid said the Panel did not at any time say that it had "enough proof to charge Najib over SRC" as claimed by the title of the article, or that "there is credible evidence to frame charges against Datuk Seri Najib Razak".

The Panel also did not conclude that "the MACC investigators had collected sufficient evidence to prove a prima facie case against Najib", he added.

However, he said, the Panel advised the MACC to complete its investigation.

Hamid also reffered to the statement issued by MACC yesterday that said "the MACC was requested by the Panel to issue a public statement on these issues".

"We made no such request of the MACC," he said."It is however up to the MACC if it wishes to issue any statement."


PRESS STATEMENT


We, the undersigned, being the Chairman and two members of the Operations Review Panel ("Panel") which advises the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), expressly distance ourselves from the contents of the news report entitled "Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee" ("the Article") published by The Malaysian Insider earlier today.

We note that the Article cites an anonymous panel member as the source of various statements attributed to the Panel.

We wish to state that no anonymous source is authorised to speak for and on behalf of the Panel under any circumstances.

In any event, we hereby expressly disassociate ourselves from all such statements attributed to the anonymous source.

We further wish to add that Panel did not at any time say that it had "enough proof to charge Najib over SRC" as claimed by the title of the Article, or that "there is credible evidence to frame charges against Datuk Seri Najib Razak".

The Panel also did not conclude that "The MACC investigators had collected sufficient evidence to prove a prima facie case against Najib."

However the Panel advised the MACC to complete their investigation.

We would also like to refer to the Press Statement issued by MACC yesterday that stated that "The MACC was requested by ORP to issue public statement on these issues". We wish to state that we made no such request of the MACC. It is however up to the MACC if it wishes to issue any statement.


Signed
Tan Sri Hamid Bugo, Chairman
Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Member

--