Wednesday 31 August 2016

Husam Dah Mati Ke?

Husam pernah mengatakan dia tetap sebagai ahli PAS sampai mati.

Bagaimanapun, ia tidak baik untuk menggunakan nama orang yang telah meninggal dunia sebagai alasan kononnya kalau Arwah Nik Aziz maaih hidup, Arwah pun akan ikut dia masuk PAN.

Arwah Nik Aziz tidak mampu mempertahankan diri atau bersetuju dengan tindakan Husam.

Kalau nak melompat, lompat je lah. Tidak perlu melibatkan orang mati.

Husam sekarang dilihat kehilangan banyak rambut. Terkejut bila melihat video dia.

Jangan kerana sumpahan talak tiga sudah lah.

---
'Saya Tetap Ahli Pas sampai mati'
http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-tetap-ahli-pas-sampai-mati-1.438362

'Kalau Tok Guru Masih Ada, dia Akan ikut SAYA sertai AMANAH'
https://www.youtube.com/watch?v=01SrHOgZTBg

Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidqk Hormati Hadis Rasulullah s.a.w

Di Hari Kebangsaan DAP masih nak cari pasal.
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِه
Sepotong hadis di ukir dibahagian punggung patung beruang di Padang Kota, Pulau Pinang.

Bas pesiaran terbalik, 12 pelancong Singapura cedera

GOMBAK: Seramai 12 penumpang dan seorang pemandu sebuah bas persiaran cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Kilometer 31.3, Lebuhraya Karak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian itu kira-kira jam 3.50 petang, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara dilaporkan gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata bas itu kemudian dilaporkan terbalik hingga menghalang dua lorong di laluan berkenaan.

"Seramai tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba Selayang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat kemalangan itu namun sebaik tiba semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

"Hasil pemeriksaan, 12 penumpang yang juga pelancong warga Singapura dan dua pemandu bas dan pembantunya kini dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Akibat kemalangan itu, laluan dari arah Bentong menuju ke Plaza Tol Gombak, mengalami kesesakan teruk sepanjang hampir dua kilometer.

Sikap Hiporkasi DAP Terhadap Akta Hasutan ..

Undang-undang dan mahkamah dikatakan adil apabila ia digunakan kepafa orang lain yang mereka tidak suka.

Undang-undang dan mahkamah tidak adil  kalau kena ia ke atas mereka.

Persoalannya DAP mahu akta hasutan dihapuskan atau tidak?

Atau mereka mahu akta hasutan yang sekarang mungkin mengenakan hukuman minimum kepada yang lebih berat termasuk hukuman penjara mandatori?

Maksudnya, adakah DAP hanya bersetuju akta hasutan itu dipinda kepada hukuman yang lebih berat dan klausa yanh jelas mengatakan ia tidak boleh digunakan terhadap ahli-ahli DAP, hanya pada orang lain?

Pautan:
Sempena semangat Merdeka, DAP nasihat Najib mansuhkan Akta Hasutan
http://www.roketkini.com/2016/08/12/sempena-semangat-merdeka-dap-nasihat-najib-mansuhkan-akta-hasutan/

Artikel berbaur hasutan, presiden Isma didenda RM2,000
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/artikel-berbaur-hasutan-presiden-isma-didenda-rm2-000-115510

Lawmaker puzzled over 'light sentence' for Abdullah Zaik
https://m.malaysiakini.com/news/354107

Tuesday 30 August 2016

AMANAT MERDEKA 2016 OLEH DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK YAB PERDANA MENTERI

AMANAT MERDEKA 2016
OLEH
DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
YAB PERDANA MENTERI
JAM 8.30 MALAM
BERTEMPAT
DI DEWAN MERDEKA, PWTC
30 HARIBULAN OGOS 2016


BismillahirRahmanirRahim,

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nasta'in,

Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad, penutup segala Anbiya',

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri,

YB Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri,

Ketua Setiausaha Negara,

Dif-Dif Kehormat,

Para Tetamu dan Wakil-Wakil Media,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Merdeka,



Mukadimah

Saudara dan Saudari Sekalian,

1. Pertama-tamanya, marilah mengangkat rasa kesyukuran yang amat tinggi, ke hadrat Allah Hu Ta-a'la, kerana pada malam yang bermakna ini, kita diizinkan untuk berhimpun di dewan yang megah lagi bersejarah, bagi menyambut ambang merdeka.

2. Justeru, saya berucap di sini bukan sahaja sebagai seorang Perdana Menteri, atau seorang pemimpin parti, yang lebih utama, saya berdiri sebagai seorang Anak Malaysia.

3. Lalu, di hadapan ribuan hadirin yang dikasihi, dari pelbagai kelompok dan latar belakang berbeza, saya dapat berasakan, saya dapat feel, satu aura luar biasa atau a very positive vibe, yang menyalakan semangat patriotisme dan jatidiri yang mendalam lagi kental.

4. Maka, bagi menghangatkan sambutan malam ini, ayuhlah, ayuhlah, kita berikan, satu tepukan paling gemuruh kepada Malaysia, pertiwi tercinta ini.

Saudara dan Saudari,

5. Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan. 

Pertama: Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita semua, terutama sekali setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang 6 dekad?

Keduanya: Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.

Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanahair yang dipelopori oleh UMNO, bersama Parti-Parti Komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.

Ketiganya: Yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?


6. Persoalannya juga, cukupkah sekadar menggantung bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi?

7. Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanahair ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

8. Sebabnya, sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan tak-kan sesekali berbalik haluan.

Saudara dan Saudari Sekalian,

9. Jika dihitung dari segi usia kemerdekaan sejak 31 Ogos tahun 1957, kita sudah menghampiri gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri.

10. Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.

11. Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama Kerajaan, dan akan diberikan perhatian serius.


Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

12. Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 6 dekad, yang dulu, bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan perdesaan, sekarang Alhamdulillah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia.

13. Malah, secara simbolik Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula dibina sejak tahun 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ke-5 di dunia.

Saudara dan Saudari,

14. Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang, merupakan hasil mahsul usaha gigih pentadbiran cekap dan sistematik oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dulunya dikenali sebagai Parti Perikatan.


15. Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.

16. Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

17. Bahkan, seperti yang ramai maklum, apa yang kita hadapi ketika itu, hanyalah herdikan-herdikan dan perlian-perlian bahawa, bagaimana mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.

Kemajuan 6 Dasawarsa Terajuan Kerajaan Barisan Nasional (Dulunya Parti Perikatan)

18. Lantaran itu, sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi Nasional.

19. Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.

20. Ini semua bukan sekadar omongan kosong, akan tetapi, fakta dan angka-angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh Badan-Badan Penarafan Berwibawa pada peringkat antarabangsa.

21. Sebagai contohnya, semasa laporan Program Transformasi Negara yang saya bentangkan pada bulan April lalu, kita bersyukur, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya.

22. Manakala bagi Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah menjangkau sasaran 108 peratus.

23. Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus.


Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

24. Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan meranum atas kerja kuat Kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015.

25. Menurut Financial Market Developmentoleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas.

26. Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015.

27. Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 buah negara.

28. Suka saya menyebut juga bahawa, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi 320 bilion dolar Amerika setakat penghujung 2015.

29. Fakta-fakta ini, ternyata antara bukti kukuh yang menyangkal tohmahan-tohmahan meleset oleh segelintir golongan bahawa, kononnya Malaysia adalah negara yang gagal, atau a failed state.


Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

30. Di atas segalanya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan negara. Hakikatnya, Mesyuarat Keselamatan Negara bersidang beberapa kali setiap bulan, dalam langkah berwaspada, akan ancaman musuh dari luar dan dalam.

31. Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati, khususnya dengan nasib saudara-saudari seakidah di Timur Tengah, yang masih tidak menentu. Tanahair mereka sedang bergolak, dalam kancah peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian.

32. Secara umumnya, kita bersyukur tidak terhingga, lantaran negara kita masih diperkekalkan oleh Tuhan dalam keadaan aman dan sentosa.

33. Berhubung ini, saya mengajak para hadirin dan hadirat, kita berikan penghargaan yang bersemangat kepada para perajurit serta anggota keselamatan yang telah berkorban siang dan malam demi keamanan Malaysia. Syabas dan satu tepukan gemuruh buat semua pasukan keselamatan negara.

Rancangan Malaysia Ke-11

Saudara dan Saudari Sekalian,

34. Ketika mana melangkah bulan Mei tahun 2015, saya telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Rancangan ini, merupakan pelonjak akhir negara memasuki gelanggang High Income Advanced Economy.

35. Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, Kerajaan Barisan Nasional terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa.

36. Justeru, sebarang ehwal kebajikan dan kepentingan masyarakat terbanyak, pasti didahulukan.

37. Antaranya, perkara pokok tentang kehidupan adalah lantai tempat berpijak, bumbung tempat berteduh daripada hujan dan panas untuk diri serta keluarga. Dalam hal ini, usaha membina rumah mampu milik kepada rakyat akan tetap kita laksanakan.

38. Contohnya, bagi menghargai penjawat awam, Kerajaan telah meluluskan lebih 82 ribu unit kediaman, di bawah inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

39. Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

40. Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Public transportation menjadi satu keperluan, yang harus dibangunkan oleh Kerajaan yang berdaya saing menuju kemajuan.


41. Indeed, the fact is, providing an efficient, fast, safe and affordable public transportation is a must for a nation that aspires to be a developed nation like Malaysia.

42. Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah akan usaha serius  Kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek pengangkutan awamyang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.

43. Antaranya, Kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada sekurang-kurangnya 300 ribu pengguna setiap hari.

44. Pada minggu lepas pula, saya barumerasmikan projek LRT3 bagi jajaran Bandar Utama-Klang meliputi 36km, mempunyai 25 buah stesen yang dijangka siap pada tahun 2020.

45. Laginya, saya secara peribadi, dan bagi pihak Kerajaan, juga rakyat teramai, tentunya tidak sabar ternanti-nanti, operasi jajaran fasa pertama MRTSungai Buloh-Kajang, yang akan dilancarkan pada 15 Disember tahun ini. InsyaAllah!

46. Bercakap tentang hal pengangkutan juga, marilah kita sama-sama memberi tepukan perangsang dan syabas kepada kejayaan'the Pocket-Rocket-Man', jaguh lumba basikal negara, yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Temasya Olimpik Rio 2016, saudara Azizulhasni Awang (yang turut bersama kita pada malam ini).

Saudara dan Saudari,

47. Sebetulnya, sejak 59 tahun kita meraih kemerdekaan, gagasan demi gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam membina kejayaan negara.

48. Dalam era kepimpinan Kerajaan ini, Dasar Transformasi Nasional, turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.

49. Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS, sejak tahun 2009, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik antara PDRM dengan ATM, yang telah memecahkan tembok silo antara agensi.

50. Pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC pula, telah memanfaatkan lebih 35 juta pengguna, bagi menyelesaikan segala urusan berkaitan perkhidmatan Kerajaan.

51. Realitinya, mana ada negara dalam dunia yang Kerajaannya menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

52. Inilah dia bukti bahawa, Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan keperluan rakyat, demi memudahkan urusan semua.

53. Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh pihak Kerajaan.


54. Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit, hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di hospital Kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit setahun.

55. Saya dimaklumkan, baru-baru ini oleh seorang rakan, yang bekerja dengan Kerajaan, bapanya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani angiogram jantung. Bayaran yang dikenakan hanyalah 12 ringgit, berbanding ribuan ringgit kosnya kalau di hospital swasta.

56. Menurut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah, dalam akhbar New Straits Times hari ini muka surat 13, jangka hayat rakyat Malaysia dijangka meningkat daripada 65.5 tahun kepada 77.4 tahun bagi wanita, dan 61.6 tahun kepada 72.5 tahun bagi kaum lelaki. Ini adalah perbandingan dari tahun 1970 hingga 2014.

57. Selain itu, terlalu panjang senarainya, kalau hendak kita sebut satu persatu, akan pelbagai lagi program bantuan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat sebagai berkongsi nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara.

58. Berkait BR1M, meskipun Kerajaan berniat ikhlas untuk membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan pertolongan, ada pihak yang sesedap mulut, menuduh dan menghina para penerima BR1M.


59. Sedangkan, bagi kisah hidup sebenar individu rakyat contohnya Puan Dayah Anak Kepada Mamut, dari Rumah Panjang di Sarawak, yang mempunyai 4 orang anak, BR1M adalah bantuan dan rahmat yang telah dapat meringankan kos keluarga dan persekolahan anak-anaknya. 

60. Tambahan, berdasarkan dapatan sekumpulan 35 pakar ekonomi di Britain sepakat bahawa, BRIM adalah kaedah terbaik bagi membantu golongan sasar.

61. Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti gaji minima dan latihan kemahiran, purata pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat, berbanding golongan lain seperti M40.

Saudara dan Saudari,

62. Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan keberanian politik pihak Kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia.

63. Selanjutnya, melalui pelbagai dasar Kerajaan yang bersifat inklusif, menurut laporan Program Transformasi Negara atau NTP, ternyata tidak kira apa kaum dan golongan, ramai yang telah berjaya meraih kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup dan kerjaya, sekaligus merubah untung nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa.

64. Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan 6 dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui atau beyond 2030.

65. Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai, dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan.

66. Jadinya, pada malam ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah harmonis penduduk Malaysia, yang diperlambangkan melalui Detik-Detik Kebersatuan oleh rakyat daripada pelbagai kaum.

67. Kisah pertama, contohnya pada malam perlawanan akhir badminton Olimpik baru-baru ini. Saya dan isteri telah turut sama turun padang ke dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut.

68. Apa yang menarik dan istimewanya, saya perhatikan pada malam tersebut, majoriti para penyokong Datuk Lee Chong Wei di situ, terdiri daripada orang-orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada 'Raja Badminton Malaysia'.

69. Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.

70. Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat Perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei!

Saudara dan Saudari,

71. Ingin saya kongsikan bersama, di sebalik kisah kejayaan beliau ini, selain daripada penghargaan terhadap jurulatih-jurulatihnya kini, Datuk Lee Chong Wei, seringkali tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatih-nya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya, yakni Dato' Misbun Haji Sidek.

72. Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai,

73. Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia!

74. Tentunya saudara dan saudari, tepukan tahniah kita berikan kepada jaguh-jaguh badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran, yang turut menyumbang pingat-pingat perak kepada negara, yakni saudara Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

75. Jelasnya, pada kita, semua mereka adalah wira dan wirawati bangsa Malaysia. Atas sebab itu, Kerajaan telah menambah insentif kemenangan sebanyak 200 ribu ringgit lagi, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang dicapai. 

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

76. Kisah kedua adalah tentang Gerai Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran 'Vanggey'.

77. Istilah vanggey, vanggey ini dalam bahasa Tamil bermaksud mari, Mari, Jika berkunjung ke Ipoh, kata orang, tidak sah kalau tak pekena nasi vanggey.

78. Apa yang uniknya, nasi kandar vanggey ini beroperasi di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan dan kebetulan telah mula berniaga sejak tahun kemerdekaan yakni 1957. Istimewanya, para pelanggan terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa.

79. Nasi kandar vanggey di restoran itu dinikmati bersama dengan minuman Teh Ais Peram, yang juga popular di kedai Cina tersebut.

80. (Saya sendiri pun dah makan nasi vanggey ni, cuma makan nasi bungkus je, satu hari nanti, saya sendiri akan ke gerai vanggey, dan untuk makluman wakil pemiliknya pun hadir pada malam ini, Mohd Nihmathullah bin Syed Mustafa.)

81. Ini satu lagi ceritera Detik-Detik Kebersatuan yang sungguh menarik sebagai simbol Moments of Unity.

Saudara dan Saudari,

82. Satu lagi kisah dari sudut budaya yang boleh dijadikan teladan Detik-Detik Kebersatuan adalah Kartunis Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid, melalui bukunya yang sangat popular dan tersohor bertajuk Kampung Boy.

83. Hasil karya kreatif kartun beliau, melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk. Saya pasti hampir kesemua kita kenal watak-watak yang ditonjolkan dalam jalan cerita beliau.

84. Selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain, ada watak cikgu bahasa Inggeris keturunan Cina bernama Mrs Hiew, yang berbadan besar, garang dan berkaca mata tajam. Ada pula watak lelaki Punjabi yang memakai turban dengan dialog-dialog yang melucukan dan mencuit hati kita.

85. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum, sekaligus menjadi satu lagi simbol Detik-Detik Kebersatuan dan penerimaan rakyat Malaysia akan hakikat kita hidup sebumbung dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan berbilang keturunan.

86. Saya difahamkan, Datuk Lat ada bersama kita di sini, tahniah dan tepukan untuk beliau!

87. Begitu juga dalam filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat kebersatuanrakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat. 

88. Berbalik kepada Datuk Lat, saya diberitahu bahawa beliau adalah abang kepada Encik Mamat Khalid, seorang pengarah filem terkenal dengan genre kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Saya pasti ramai tahu akan filem komedi seram dengan kutipan pecah panggung oleh Mamat Khalid bertajuk "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

89. Jelasnya, banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh di bidang sukan dan sosio-budaya itu tadi.

90. Misalan lain, saban tahun pabila menjelangnya hari-hari perayaan besar terutamanya Aidil Fitri, jendela silaturrahim 1Malaysia yang menyuburkan Detik-Detik Kebersatuan melalui Budaya Rumah Terbuka begitu menyerlah, sehingga menggamit pelancong-pelancong antarabangsa.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

91. Bertolak dari kemerdekaan, kemajuan yang kita tempa dari masa ke semasa, adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak, sekalipun apa-apa kumpulan etnik yang kecil bilangannya.

92. Pucuk Pangkalnya, di mata dan di hati kita, setiap seorang dan setiap etnik rumpun dan keturunan, adalah 1Malaysia.

93. Pada sudut ini, bertepatan untuk kita memberi tepukan syabas dan penghargaan kepadadua 'Ratu Terjun Negara' Cik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telahmengharumkan sukan terjun air negara dengan merangkul pingat Perak, di temasya Olimpik Rio.

94. Tampaknya, jelas sebagai yang saya nyatakan merdeka dan semangatnya adalah milik semua. Khususnya Cik Pandelela, anak gadis Bidayuh dari Sarawak ini, membuktikan tidak semestinya wakil etnik kecil tidak mampu menjadi seorang jago-an.

95. Berkait ini, selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada atlet-atlet paralimpik negara yang akan berjuang di Paralimpik Rio September nanti.

96. Sesungguhnya, saudara dan saudari, kemerdekaan ini adalah nikmat untuk Malaysia seluruhnya. Bermula dari utara Semenanjung Permata Nilam, ke hujung Sabah negeri di Bawah Bayu, membawa ke pedalaman Sarawak Bumi Kenyalang.

97. Dalam hal demikian, projek Lebuhraya PAN Borneo yang bebas tol, sepanjang 2,325km, yang bermula dari Telok Melano ke Lawasdi Sarawak, membawa pula hingga ke Sabah, dari Sindumin ke Tawau, merupakan satu lagi lambang kemajuan, sebuah Malaysia yang merdeka.

98. Terbaru di Semenanjung pula, kita akan membina Keretapi Berkelajuan Tinggi atau HSR yang bermula dari Kuala Kumpur hingga ke Singapura. Ini akan memberikan manfaat besar kepada connectivity dan kepesatan ekonomi kepada Malaysia di rantau ini. 

Bagaimana Kita Mengisi Nikmat Kemerdekaan

RRakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

99. Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang telah terbina.

100. Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanahair ini, hancur berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat. Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang habis-habisan.

101. Di ketika ini, yang kita berdepan bukan setakat musuh luar, sebaliknya penjajahan bentuk baharu, yang meresap dan meracun minda rakyat, sehingga melibatkan 'tangan-tangan kotor' orang dalam negara sendiri.


102. Dalam hal ini, teringat saya kata-kata tokoh pejuang tersohor, Mahatma Gandhi yang menyebut bahawa, makna kemerdekaan itu adalah pendisiplinan dan kepatuhan kepada rule of law.

103. Bukanlah seperti apa yang cuba diperbuat oleh segelintir pihak yang hendak menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik, membuat referendum-referendum, deklarasi atau menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk berdemo di jalanan.

104. Sedangkan dalam ajaran Islam sendiri dan dibahaskan oleh para Ulama Muktabar bahawa, 'matlamat tidak sesekali menghalalkan cara'.

105. Pada hemah saya lagi, merdeka itu ertinya, berdiri di atas kaki sendiri, dengan acuan dan kemahuan kita sendiri. Merdeka itu ertinya bebas dari campurtangan asing.

106. Lebih besar dari itu, merdeka bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan dan keunggulan.

Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

107. Akhir kalam, kepada Allah kita mohon pertolongan dan Ingatlah!, kita punya satu kesamaan sebagai Anak Malaysia, berkongsi satu tujuan, satu matlamat, yakni impian 1Malaysia.

Justeru,

108. Marilah, sekalian dalam Dewan Merdeka ini, sama-sama bangun, bangun, dan berdiri, Genggamkan erat tangan masing-masing seperti ini, dengan rakan-rakan di sebelah kanan dan sebelah kiri saudara-saudari

Lalu,

109. Ayuh ucap dan lafazkan bersama-sama saya, bahawa

Kami, rakyat Malaysia,
Sehati Sejiwa, Berikrar,
Akan terus Berpadu,
dan Berjiwa Besar Demi, masa depan Malaysia. 

Sekali Merdeka, selamanya Merdeka,
MERDEKALAH MALAYSIA!

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Operasi Menyelamat Kejadian Tanah Runtuh di Taman Segambut Dalam

Ada kejadian tanah runtuh di Taman Segambut dalam.

Berhampiran lebuhraya.

Jumlah mangsa tidak pasti.

Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan

Tanah Runtuh Taman Segambut Dalam

Ada kejadian tanah runtuh di Taman Segambut dalam.

Berhampiran lebuhraya.

Jumlah mangsa tidak pasti.

Kerja-kerja  menyelamat sedang dijalankan

KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: DAKWAAN BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI

KENYATAAN SETIAUSAHA AKHBAR PERDANA MENTERI: DAKWAAN BEKAS TIMBALAN PERDANA MENTERI

30 Ogos 2016

1. Mungkin dakwaan terbaru daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini adalah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian daripada akuan berkanun Nika Gee. Dia adalah seorang lelaki yang membina kerjaya politiknya berlandaskan platform ketaatan kepada agama. Jadi, bagaimana dia boleh menjadi seorang Presiden parti baru Tun Mahathir Mohamad yang boleh dipercayai, apabila dia mempunyai rekod mahkamah di mana selama bertahun-tahun dia berlaku curang dengan isteri orang lain?

2. Kredibiliti dan kekuatan dalaman Tan Sri Muhyiddin telah dimusnahkan. Ianya jelas bahawa dia memperjuangkan sesuatu perkara untuk kepentingan politik, tetapi melakukan perkara sebaliknya secara peribadi. Sama seperti dia secara palsu menyerang Perdana Menteri kerana rasuah, apabila orang dalam semua tahu sejarahnya yang sebenar sebagai Menteri Besar Johor.

3. Kebenarannya adalah bahawa dana di dalam akaun Perdana Menteri telah disiasat secara komprehensif, dan beberapa pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tiada undang-undang yang telah dilanggar. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen-dokumen undang-undang dan menemuramah wakil penderma. Menteri Luar Arab Saudi juga telah mengesahkan bahawa dana dalam akaun Perdana Menteri adalah sumbangan daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi.

4. Tan Sri Muhyiddin kecewa selepas dijadikan sebagai boneka oleh Tun Mahathir; kecewa kerana dia tidak akan menjadi Perdana Menteri seperti yang dijanjikan, kerana usaha mereka untuk menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi gagal; dan marah kerana dia akan jatuh dengan cara yang sama yang dia gunakan untuk cuba menjatuhkan lawannya.

5. Ketidaksetiaan Tan Sri Muhyiddin, dan kesalahan perhitungannya yang didorong oleh cita-citanya semata-mata, telah membawa kepada kerjayanya yang berakhir dengan kehinaan. Dia kini terdesak – mengapa mesti orang mempercayai kata-katanya?

DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

Muhyiddin Harus Tunjuk Bukti Dakwaan RM1 Bilion Dalam Akaun PM

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi membuat tuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri mempunyai hampir RM1 bilion dalam akaun peribadinya.

Tuduhan itu dibuat Muhyiddin dalam satu ceramah di Ketereh pada 26 Ogos 2016.

Seperti biasa, tuduhan berkenaan tidak dapat dibuktikan sebaliknya bertujuan untuk menambahkan persepsi buruk terhadap Najib.

Ia juga bertujuan untuk mengalihkan isu sebenar iaitu pembangkang kini sedang berpecah belah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) tidak mendapat sambutan.

Selain dari itu, angka itu tiba tiba muncul dari mulut Muhyiddin ketika isu DOJ makin reda dan ketika demo berkaitan itu DOJ juga nampak menemui kegagalan.

Dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Muhyiddin memberitahu beliau terpaksa membaca The Edge untuk memahami isu sebenar.

Dalam isu RM1 bilion ini pula, beliau mendakwa mendapat maklumat yang dikongsikan oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu menjadi Peguam Negara.

Jika Muhyiddin betul-betul mempunyai bukti, sudah pasti beliau telah pun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), takkan beliau sanggup melepaskan peluang yang ada dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri.

Memang tidak dapat dinafikan gosip-gosip liar ini menarik didengar apatah lagi selepas ditambah dengan rencah-rencah buatan sendiri namun malangnya tuduhan yang diuar-uarkan ini tidak pernah dibuktikan pun.

Sebaliknya ia menunjukkan Muhyiddin telah `bankrap isu' dan atas sebab itulah beliau terpaksa mengulangi isu sama, yang tidak lagi menarik minat rakyat Malaysia.

Hakikatnya semua isu yang dibangkitkannya itu telah diselesaikan malah Perdana Menteri sendiri disahkan bersih daripada sebarang tuduhan.

Bila agaknya Muhyiddin akan menerima kenyataan bahawa isu 1MDB dan derma dari negara Arab sebenarnya telah selesai.

Muhyiddin sepatutnya menumpukan perhatian kepada Pribumi yang tidak mendapat sambutan itu. Boleh Muhyiddin beritahu sekarang berapa jumlah ahli berdaftar Parti Pribumi?

PRIME MINISTER’S PRESS SECRETARY STATEMENT: FORMER DPM'S ALLEGATIONS

PRIME MINISTER'S PRESS SECRETARY STATEMENT: FORMER DPM'S ALLEGATIONS 
‎‎
1. Maybe these latest allegations from Tan Sri Muhyiddin Yassin are an attempt to distract from the Nika Gee statutory declaration. He is a man who built his political career on a platform of religious piety. So how can he be a credible President of Tun Mahathir Mohamad's new party, when it's a matter of court record that he was for years committing infidelity with another man's wife?‎

2. Tan Sri Muhyiddin's credibility and moral fibre have been destroyed. It's clear that he preaches one thing for political expediency, but in private does another. Just as he falsely attacks the Prime Minister for corruption, when insiders all know his true history as Chief Minister of Johor. 

3. The truth is that the funds in the Prime Minister's accounts have been comprehensively investigated, and multiple authorities have ruled that no law was broken. The Malaysian Anti-Corruption Commission even went to Saudi Arabia and examined all the legal documents and interviewed the donor's representatives. ‎The Foreign Minister of Saudi Arabia has also confirmed that the funds in the Prime Minister's accounts were a donation from the Royal Family of Saudi Arabia. ‎

4. Tan Sri Muhyiddin is a disappointed man after being used as Tun Mahathir's puppet; bitter that he will never become Prime Minister as promised, because their attempt to unseat a democratically-elected leader failed; and angry that having lived by the sword he's now dying by it. 

5. Tan Sri Muhyiddin's disloyalty, and miscalculations driven by naked ambition, have led to ‎his career ending in ignominy.‎ H‎e is now desperate - w‎hy should anyone believe anything he says?‎

‎DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN
PRESS SECRETARY TO THE PRIME MINISTER‎

Monday 29 August 2016

SPRM Siasat Bapa Adun DAP Pulau Pinang Dakwaan Jadi Orang Tengah Rumah Kos Rendah

https://youtu.be/I0TuqewzsT4

GEORGE TOWN: Bapa kepada Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didakwa menerima rasuah bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan rumah kos rendah dan mampu milik.

Difahamkan SPRM telah memanggil beberapa orang yang terlibat selepas klip video yang menunjukkan bapa Lim, Keat Seong sedang menjelaskan kepada individu tertentu bagaimana untuk "memotong barisan" di kawasan perumahan di negeri ini dengan membayar RM260 bagi borang permohonan dan wang untuk "Uncle Lim".

Suruhanjaya itu dijangka mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa suruhanjaya itu telah mula mengumpul maklumat daripada mangsa dan individu yang dilihat dalam video berkenaan termasuk penjawat awam yang bertanggungjawab bagi perumahan di Pulau Pinang dan beberapa pemimpin Gerakan.

Lim adalah wakil rakyat penggal pertama dan ibu kepada lima anak.

Pada Isnin, Lim menegaskan bahawa sama ada beliau atau bapanya tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri meluluskan permohonan perumahan negeri.

Cubaan untuk menghubungi Keat Seong untuk mendapatkan penjelasan bagaimanapun tidak berjaya.

DAP DAFTAR RIBUAN ANAK MUDA CINA JADI AHLI, TAPI ANAK MELAYU JUGA BUAT KERJA BARUA

Amat pelik sebuah parti yang rasuahnya dibela oleh Tun Mahathir yang mendabik dada mereka telah mendapat ramai kemasukan anak muda ke dalam parti mereka.

Apa yang pelik adalah dalam mereka berjaya mendaftar ribuan anak muda dari kaum yang bangsa dengannya, namun apabila hendak membuat kerja sampah dan kerja laknat, mereka akan pilih watak dari anak Melayu yang tidak ada nilai jati diri.

Anak Melayu yang didoktrin untuk memahami politik yang betul adalah politik mencari kesalahan dan bukan menilai kebaikan.

Jika kerajaan sudah buat 10 kebajikan dan kebaikan , anak muda melayu yang dibangsatkan oleh DAP ini tidak akan mampu melihatnya, tetapi jika perkara buruk di sogok ke dalam minda mereka baru sahaja bertaraf persepsi, mereka sudah mempercayai bulat bulat.

Mereka percaya yang buruk itu benar dan kebaikan itu hanya ilusi.

Jika dikatakan negara hancur lebur , mereka akan percaya walaupun mata mereka melihat negara ini sejahtera sahaja dan mereka sedang bersenang lenang membuat protes di kampus.

Mereka ini walaupun bertaraf mahasiswa , namun taraf intelektual mereka setaraf budak berhingus sahaja.

Mereka gagal melihat negeri yang diperintah oleh parti sembahan mereka pun tidak mampu membantu perumahan orang miskin, menurunkan harga barang, memberi wang kepada rakyat negeri yang susah.

Bahkan 2 dari 3 negeri pakatan , MB dan KM nya terbabit skandal tanah dan rasuah.

Bahkan, rakyat yang tinggal di dalam negeri pembangkang pun masih bergantung hidup dengan kerajaan pusat.

Doktrin yang disuapkan ke dalam otak mereka oleh DAP lebih berkesan dari agama yang disuapkan ke dalam minda mereka oleh para ustaz dan ustazah serta ibu bapa.

Berita baik mengenai kerajaan adalah bagi mereka berita palsu memanjang, sebaliknya berita buruk dan berbentuk persepsi sahaja sudah memadai membuat mereka terasa seolah olah dunia akan kiamat esok.
 
Pada topik diatas , kita amat musykil kerana diketahui umum DAP paling agresif mengambil ahli dan kader ke dalam parti mereka.

Kader kader ini terdiri ramai yang datang dari kaum Cina termasuklah para pelajar.

Jumlahnya mencecah puluhan ribu , bahkan ada yang kata ratus ribu. Benar, sebab dilihat pada 38 kawasan parlimen yang DAP menang pada PRU13, pertambahan pengundi baru di tempat tempat itu adalah hampir setengah juta orang.

Namun, apabila kerja kerja sampah jalanraya ini kenapa puak minoriti dalam DAP yang perlu menjadi anjing dan baruanya?

Mana pula pemuda dan pemudi dari kalangan kaum majoriti dalam DAP? Mereka sibuk belajar dan menelaah buku.

Ini bukan soalan rasis, ini soalan politik.

DAP kata mereka tidak rasis seperti UMNO, itu sebab ada kader Melayu yang sanggup buat kerja setaraf najis di jalanraya, tetapi apabila memilih calon jawatan parti , hilang semua peruntukan kaum, yang dapat jawatan hanya puak dari kaum Cina sahaja.

Malah kemelut di negeri Pulau Pinang dikatakan kerana keluarga Lim takut kuasa akan lepas kepada bukan kaum mereka , maka itu sebab DAP habis habisan mahu ada kan PRN , tetapi gagal.

DAP bukan sahaja "race base" parti tetapi juga amal "racism'.

Percaya dengan DAP bila anda melihat, dan bukan bila mendengar.

See to believe. Nampak baru percaya.

Apa yang keluar dari mulut DAP , tolak tepi sahaja, biar apa yang terlihat mereka lakukan sahaja boleh dijadikan sebagai panduan.

Hanya percaya dengan DAP apabila mereka gunakan pelajar Cina mereka untuk kerja kotor, percaya kepada DAP bila ada ahli Melayu atau India pegang jawatan tinggi.

Di Selangor seorang Sikh telah menang nombor satu jawatan parti tetapi yang mewakili DAP bukan dia tetapi orang dari kaum Ciina. Import dari Singapura lagi.

Itulah DAP.

Sunday 28 August 2016

Tiada lagi diskaun 10% untuk Bumiputera di Selangor

Mulai bulan hadapan tiada lagi diakaun sepuluh peratus diberikan kepada Bumiputera untuk pembelian pangsapuri, pejabat kecil pejabat rumah (SOHO) dan pejabat pejabat serba kecil (SoVo)  di bawah garis panduan baru mengenai pembangunan perumahan di Selangor kata Teng Chang Khim.

Perhimpunan Bersih 5.0 Mungkin Batal

Kegagalan demonstrasi tangkap MO1 Sabtu lepas, dimana menyaksikan hanya 1,000 orang sahaja yang hadir, memberi gambaran bahawa demonstrasi Bersih 5.0 yang lebih besar dirancang pembangkang, turut akan menemui kegagalan yang sama.
                                                                                                                                                                                                             Bukan rahsia lagi bahawa demonstrasi Sabtu lepas adalah ujikaji pembangkang untuk melihat sejauh mana Bersih 5.0 (menggunakan motif yang sama) akan mendapat sambutan.
                                                                                                                                                                                                                                Kalau yang ini pun gagal menarik minat rakyat, apatah lagi Bersih 5.0 yang buat pertama kali 'lari' dari motif tradisi penganjurannya sejak 2007 –pilihanraya yang adil dan bersih.
                                                                                                                                                                                                              Dalam masa yang sama, kegagalan demonstrasi Sabtu lepas juga membuktikan rakyat sudah muak dan jelak dengan segala cerita karut marut mengenai 1MDB dan duit syarikat itu yang kononnya disonglap orang.                                                             
                                                                                                                                                                                                          Dengan 1MDB sendiri tidak mengadu ada sejumlah duitnya yang hilang disamping pelbagai sesi penerangan yang telah diberikan antara lain oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kandasamy, rakyat semakin sedar bahawa semua polemik berkaitan syarikat itu, hanyalah satu mitos politik semata-mata.
                                                                                                                                                                                                              Maka tidak hairan kenapa tema Tangkap MO1 yang diekstrak dari saman sivil oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berhubung dakwaan konon ada wang 1MDB yang dicuri ini, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan pembangkang.

Marina Chin, telah hadir sendiri dalam demo Sabtu lepas. Dia sendiri merasakan kegagalan itu. Apatah lagi Mat Sabu, Rafizi dan Nurul Izzah yang tidak turun langsung kerana tahu demo itu gagal.

Tulisan :
Beruang Biru
BB26, Isnin
29 Ogos 2016

Rakyat Sudah Bosan Dengan Putar Belit Cerita 1MDB

Putar belit pembangkang dan kumpulan pro-Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan cerita 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pelbagai dakwaan salah dan tidak berasas sudah membuatkan rakyat muak dan bosan dengan strategi politik kotor mereka.

Terbaru, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program  di Stadium Ketereh, Kelantan Jumaat lepas memutar belitkan lagi cerita berkaitan 1MDB dengan tuduhan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyalahgunakan dana syarikat berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO, dalam program itu mencipta angka baru pula iaitu RM14 bilion dikatakan hilang berbanding angka lebih RM40 bilion yang hilang.

Rakyat sudah bosan dan petunjuknya jelas apabila demo haram #TangkapMO1 yang dianjurkan oleh mahasiswa di Dataran Merdeka gagal sebaliknya hanya menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan orang lain.

Kegagalan kumpulan anti-Najib ini adalah hasil kejayaan kerajaan yang melaksanakan program memberikan penerangan dan penjelasan kepada rakyat berhubung isu yang dicipta oleh Dr Mahathir dan kumpulannya yang hanya berniat mahu menjatuhkan Najib dan menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Ia turut memberikan kesan positif kepada parti apabila pengaruh dan sokongan kepada BN semakin kukuh.

BN berjaya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan majoriti lebih besar dan menang Pilihan Raya Kecil (PRK)  di Sungai Besar dan di Kuala Kangsar.

Momentum itu turut membuatkan keadaan di dalam negara terus stabil dan harmoni biarpun kumpulan itu terus lagi membuat dakwaan tidak berasas dan mereka-reka cerita terhadap Najib dan 1MDB.

Langkah Najib mengambil tindakan proaktif menjalankan siasatan terperinci melibatkan agensi dalam negara yang layak berjaya melenyapkan persepsi buruk rakyat dalam isu ini sekaligus ia berjaya melalu proses pemulihan dari kerosakan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Kini, proses kumpulan itu yang mahu menubuhkan parti baru Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) nampaknya juga menghadapi masalah besar dengan banyak penyokong kuat mereka sebelum ini enggan menyertai parti itu yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Presiden.

Kerajaan BN kekal kukuh biarpun ada usaha jahat kumpulan tertentu untuk menjatuhkan pemimpin dan parti BN memastikan Malaysia terus harmoni dan stabil.

Tulisan :
Beruang Biru
BB25, Isnin
29 Ogos 2016

Mahathir Kaki Gaduh

Hanya seorang sahaja Perdana Menteri yang tidak "diganggu" oleh Mahathir iaitu Tun Razak. Perdana Menteri Malaysia yang lain semuanya "diganggu" oleh Mahathir. Dulu Tun Mahathir bergaduh dengan dua orang bekas Perdana Menteri sekaligus pada 1987 (Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn).

Berbeza kini, bila ada seorang lagi bekas Perdana Menteri (Pak Lah) tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri) untuk mengecam kepimpinan yang sedia ada.

Mahathir pilih Pak Lah gantikannya, kemudian Pak Lah juga kena ganggu. Kemudian cadang Najib ganti Pak Lah, tidak lama selepas itu, Mahathir kacau Najib pula. Dengan Tun Hussein Onn yang memberi laluan kepadanya sebagai Perdana Menteri pun, hubungan Mahathir dengan Hussein Onn tidak pernah harmoni dan aman.

Mahathir Dengan Tunku Abdul Rahman

Selepas kemerdekaan 1957, Mahathir pada mulanya terlibat sama aktif dalam politik, namun beliau tiba tiba menyepikan diri dari politik . Ada pihak menyatakan beliau merajuk pada waktu itu kerana membantah tindakan Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan perjanjian pertahanan dengan British dan mengekalkan tentera British selepas merdeka.

Bila diteliti kembali rupanya, Mahathir bukanlah tidak berpuas hati dengan pangkalan tentera British tetapi kerana masalah dalamannya sendiri dengan Tunku Abdul Rahman.

Setelah dipecat oleh UMNO selama 21 bulan pada 1969, Mahathir berceramah mengecam UMNO di pentas PAS. Mahathir juga mempertikaikan pemimpin UMNO sebagai tidak membela orang Melayu di atas pentas ceramah PAS (Business Times, 19 Jun 1995).

Pada tahun 1982, ketika Tunku Abdul Rahman masih hidup, beliau terguris dengan Mahathir bila bangunan Carcosa Negara yang telah dihadiahkan oleh Tunku kepada British telah diambil balik oleh Mahathir. Dalam tulisannya di akhbar The Star, 26 Mei 1984, Tunku menggangap tuntutan itu sebagai satu usaha untuk melupakan jasa jasanya. Menurut Tunku suatu ketika dulu beliau dituduh menjual negara kepada orang Cina, pada waktu itu pula beliau dituduh seolah olah telah menjual negara kepada British.

Mahathir Dengan Tun Razak

Selepas Tunku Abdul Rahman tidak lagi menjadi Presiden UMNO, Datuk Harun Idris (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) adalah orang yang mula mula berjumpa sendiri dengan Mahathir dan memujuk beliau kembali ke dalam UMNO.

Sebenarya, Mahathir sendiri yang membuat permohonan untuk menjadi semula ahli UMNO pada 6 Februari 1972. Mahathir tulis surat pada Tun Razak (bapa Najib) dan menyatakan keinginan beliau untuk masuk semula UMNO (The News Staits Times, 7 Februari 1972). Mungkin sebab inilah Mahathir tidak mengganggu bapa Dato Seri Najib ketika itu.

Diterima semula masuk UMNO bukannya di Kedah, tetapi di UMNO Cawangan Rawang, Selangor.

Bermakna orang Kedah pun tidak terima Mahathir pada waktu itu.

Mahathir bernasib baik kerana diangkat terus oleh Tun Razak (bapa Najib) dan Tun Hussein ke kedudukan yang tinggi daripada seorang ahli biasa kepada Timbalan Perdana Menteri dalam masa 4 tahun sahaja.

Sepatutnya, Ghafar Baba yang lebih layak dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 di sisi Tun Hussein Onn kerana mengikut undian Naib Presiden, Ghafar Baba mendapat undi paling tinggi, kedudukan kedua adalah Tengku Razaleigh dan ketiga barulah Mahathir.

Mahathir Dengan Hussein Onn

Konflik dalaman pada zaman Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri tidak diketahui khalayak. Ramai tidak tahu sebenarnya Tun Hussein Onn bukan berundur kerana faktor kesihatan namun kerana tekanan yang kuat diberikan Mahathir.

Selain kemasukan Anwar, Mahathir juga dikecam hebat pada tahun 1984 kerana bercadang untuk membina rumah Perdana Menteri berharga RM10 juta. Mahathir juga menghadapi cabaran besar tentangan dari Tunku Abdul Rahman, Datuk Senu Abdul Rahman dan Datuk Harun bila mahu meminda Rang Undang Undang Perlembagaan (Pindaan) 1983.

Mahathir Dikata Mahu Letak Jawatan

Mahathir dikatakan membelakangi Majlis Tertinggi dalam membuat pindaan itu. Akibat tekanan yang kuat, Mahathir dikatakan akan meletak jawatan pada waktu tersebut.

"Memang saya nafikan yang saya akan meletakkan jawatan. Ada sebilangan ahli UMNO yang mencadangkan disebabkan kebuntuan (di dalam pindaan perlembagaa) itu saya harus meletakkan jawatan. Saya tidak menerima rumusan itu kerana saya tidak fikir perletakan jawatan itu akan menyelesaikan masalah" kata Mahathir Mohamad.

Isu yang timbul pada waktu itu lebih kritikal dan tidak pun dijawab kepada rakyat bawahan. Akhirnya diselesaikan secara kompromi antara Kerajaan dan Institusi Raja. Mahathir juga pernah menggunakan perkataan "rakyat yang memilih saya" sewaktu menjadi Perdana Menteri

"Saya tidak ada hak berhenti. Saya tidak ada hak untuk meletakkan jawatan kecuali rakyat mahu saya berbuat demikian. Saya tidak memilih diri saya untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat yang memilih saya" Mahathir, News Straits Times, 28 Mei 1984.

Jawapan yang diberikan oleh Mahathir pada waktu itu juga adalah secara umum dan tidak menyentuh secara spesifik tentang pindaan yang hendak dibuat. Sampai bila bila pun Tun Mahathir tidak mahu terima jawapan yang telah diberikan. Mungkin sejarah ini tidak diketahui oleh penyokong fanatik Tun Mahathir pada hari ini.

Mereka juga tidak tahu Mahathir juga pernah didesak letak jawatan pada 1984 lagi. Kalau tidak Tun Mahathir hanya jadi PM selama 5 tahun sahaja. 3 tahun selepas itu, beliau didesak lagi meletak jawatan kerana hilang kepercayaan daripada pemimpin pemimpin kanan UMNO bermula dari Timbalan Presiden dan bekas Menteri Kewangan pada tahun 1987, namun Mahathir tidak pun meletak jawatan.

Perpecahan & Krisis Mahathir Lebih Kritikal

Daripada isu perlembagaan, isu krisis dengan bekas Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman & Tun Hussein Onn), isu projek projek mega yang ditentang hebat kerana tiada impak yang dirasai oleh masyakat luar bandar pada 1983, isu krisis UMNO dan Semangat 46 serta zaman reformasi 1998. Isu isu di zaman Mahathir lebih kritikal dan panas.

Namun rakyat masih lagi taat setia bersama pemimpin dan kerajaan yang memerintah. Patuh pada ulil amri. Bila menjadi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir pernah menggangu zaman Pak Lah dan kini zaman Dato Seri Najib.

Tidak adil hendak bandingkan Perdana Menteri yang baru 6 tahun menerajui Malaysia dengan Perdana Menteri yang memegang jawatan 22 tahun. Berilah peluang dan masa.

Rakyat juga memberi peluang dan masa kepada Tun Mahathir, sehingga beliau begitu disayangi selepas meletak jawatan pada 2003. Usahlah rasa sayang dan hormat itu dilunturkan dengan gangguan gangguan yang tidak sepatutnya. Ketika umat Islam dunia sedang berpecah dan berkonflik dengan peperangan di Yemen, Syria, Palestin, Iraq, suara dan teguran Tun Mahathir itu amatlah dirindui sekali.

Perpaduan parti dan matlamat 2020 itu lebih penting. Bukankah Wawasan 2020 itu juga impian murni Tun Mahathir? Dato Seri Najib sedang bertungkus lumus berusaha untuk realisasikan matlamat itu, oleh itu bersama samalah jayakan matlamat itu secara bersama.

#RespectMyPM

Lelaki Buat Laporan Polis 'Ular Patuk' Kereta Sampai Remuk

HULU YAM BHARU: Seekor daripada sekumpulan 'ular' yang melintas jalan dikatakan telah 'mematuk' sebuah kereta yang dipandu seorang jurujual sehingga remuk.

Ular itu kemudiannya lari bersama kumpulannya ke dalam semak di Jalan Besar Sungai Tua, Ulu Yam Baharu, Selangor.

Inilah laporan yang diterima anggota polis di Balai Polis Ulu Yam Baharu daripada seorang lelaki berusia 48 tahun pada Khamis lalu.

Bagaimanapun siasatan polis kemudiannya mendapati ular yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah seekor kuda.

"Pengadu yang merupakan seorang lelaki Cina dan berasal dari Puchong sebenarnya tidak fasih berbahasa Melayu sehingga kuda disebut ular. Pengadu sebenarnya diserang sekumpulan kuda yang melintas jalan tersebut," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam kepada Bernama pada Ahad.

Supramaniam berkata, seekor daripada kumpulan kuda yang berkeliaran di kawasan itu telah menendang kereta mangsa sehingga remuk di bahagian hadapan kereta jenis Toyota Camry itu.

Pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah dimaklumkan berhubung perkara itu bagi mengambil tindakan terhadap pemilik kuda terbabit.

Ibrahim Ali Ramal BN akan Kalah PRU14 - Setaraf Ramalan Raja Bomoh (video)

Presiden PERKASA, Ibrahim Ali baru-baru ini berkata, BN akan kalah dalam PRU14.

Kita semua tahu bahawa penaung PERKASA adalah Mahathir, oleh itu DAP dan PERKASA sekarang ini teman sekongkolan serta rapat bersatu untuk "Selamatkan Malaysia" - menyelamatkan dari apa tak tahu lah.

Video berusia lebih daripada tiga tahun ini juga menunjukkan Raja Bomoh membuat ramalan berani yang BN akan kalah dalam PRU-13. Sama seperti Ibrahim Ali sekarang.

Memang setaraf lah mereka berdua.

Video Eksklusif: Sindiket Orang Tengah Rumah Kos Rendah Pulau Pinang 📹

Video Eksklusif: Sindiket Orang Tengah Rumah Kos Rendah Pulau Pinang 📹

Benarkah ada sindiket yang menjadi orang tengah untuk 'membantu' rakyat yang ingin membeli rumah kos rendah di Pulau Pinang?

Ramai yang dah membayar sejumlah wang kepada orang tengah @ ejen ini untuk memudahkan mendapat rumah yang diidamkan namun impian tak kesampaian apabila rumah yang dijanjikan tak juga diterima. Video ini menceritakan bagaimana orang tengah 'berpeluh' setelah diasak oleh pembeli mendesak duit mereka dipulangkan kembali.

Lebih mengejutkan 'orang tengah' yang dilaporkan dalam video ini adalah bapa kepada ADUN DAP Sungai Pinang iaitu YB Lim Siew Khim?

Saturday 27 August 2016

Tol Lebuhraya: Perjanjian Berat Sebelah Antara Mahathir Dan Kroni Menyebabkan Tempoh Konsesi Berlanjutan

Walaupun UEM telah diambil alih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada jaminan pada tahun 1998, PLUS telah diswastakan dan disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 untuk membantu mengurangkan hutang UEM / Renong yang semakin meningkat.

Inilah sebabnya mengapa Kerajaan Perdana Menteri Najib Razak mengambil alih PLUS sepenuhnya daripada tangan swasta pada tahun 2011 dan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% dimiliki oleh KWSP.

ARKIB : 17/11/2011
Tol kekal hingga 2015

KUALA LUMPUR 16 Nov. Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd (PEB) oleh UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi laluan kepada kadar tol yang lebih baik kepada pengguna dan penjimatan RM6.5 bilion bagi kerajaan.

UEM Group dan KWSP hari ini mengumumkan yang mereka bersetuju untuk menyemak semula terma perjanjian konsesi tol dengan kerajaan, di mana tiada kenaikan tol di empat lebuh raya sehingga 2015 dan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran ganti rugi.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UEM Group, Datuk Izzaddin Idris berkata, empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).

Beliau berkata, mulai 2016, kenaikan kadar tol di empat lebuh raya ini akan ditetapkan pada lima peratus setiap tiga tahun manakala Jambatan Pulau Pinang akan kekal sebagaimana bayaran semasa sehingga akhir tempoh konsesi.

Ini adalah beberapa contoh perubahan kepada peningkatan kadar tol selepas PLUS Bhd diambil alih pada tahun 2011 dan kadar dirundingkan semula.


Plus Highway Berhad merupakan pengendali lebuh raya terbesar di Malaysia dan ASEAN - memiliki Lebuhraya Utara-Selatan. Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua Kedua Causeway lebuh raya, Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE), lanjutan Lebuhraya Persekutuan dan Jambatan Pulau Pinang

PLUS bermula dengan penswastaan ​​Lebuh Raya Utara-Selatan pada tahun 1986, meskipun kerajaan membayar dan membangunkan separuh daripada Lebuhraya Utara-Selatan, ia telah secara misteri diswastakan kepada kroni Mahathir yang terkenal, Halim Saad selama 30 tahun dari tahun 1988 hingga 2018 dan syarikat baru dibenarkan mengutip tol bagi keseluruhan laluan yang dbina oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Salah satu rungutan pengguna adalah perjanjian konsesi tol berat sebelah yang membolehkan kadar tol dinaikkan setiap beberapa tahun.

Di bawah perjanjian itu, kadar tol bagi Lebuhraya Utara-Selatan dibenarkan untuk kenaikan sebanyak 10 peratus setiap tiga tahun.

Pada tahun 1999, di tengah-tengah rungutan pengguna, Tun Mahathir sendiri melanjutkan tempoh konsesi tol selama 12 tahun sehingga tahun 2030 untuk mengelakkan kenaikan tol mengikut perjanjian yang ditandatangani sendiri oleh Mahathir pada tahun 1998.

Pada tahun 2005, Pak Lah yang menandatangani untuk melanjutkan tempoh konsesi tol selama 8 tahun lagi untuk tempoh sehingga 2038 untuk mengelakkan kenaikan tol mengikut perjanjian yang ditandatangani sendiri oleh Mahathir pada tahun 1998.

Malah, ianya telah dilaporkan pada tahun 2005 bahawa jika Kerajaan membekukan kenaikan tol bagi Lebuhraya Utara Selatan, kerajaan perlu membayar RM38 bilion sebagai pampasan kepada pemilik swasta berdasarkan perjanjian asal yang ditandatangani oleh Mahathir!

Oleh itu lanjutan tempoh konsesi telah dipersetujui oleh Pak Lah.

Seperti projek kereta api ekspres KLIA yang telah menaikkan kadar tambang baru-baru ini atau Kerajaan perlu membayar RM2.9b atau melanjutkan konsesi delama 30 tahun lagi kepada syarikat swasta YTL, perjanjian konsesi PLUS Highway ini merupakan satu lagi isu legasi Mahathir yang terpaksa ditanggung oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Pada tahun 2008, ia telah dijadualkan untuk menaikkan kadar tol tetapi Perdana Menteri baru Najib tidak membenarkan kenaikan ini dan membuat satu rancangan untuk membeli balik Lebuh Raya PLUS Bhd.

(Walaupun UEM telah diambil alih oleh kerajaan sebagai sebahagian daripada jaminan pada tahun 1998, PLUS telah diswastakan dan disenaraikan di pasaran saham pada tahun 2002 untuk membantu mengurangkan hutang UEM / Renong yang semakin meningkat.).

Perjanjian ini telah disiapkan pada tahun 2011, dan Kementerian Kewangan (melalui 100 peratus milik UEM) kini memiliki 51 peratus dan KWSP memiliki 49 peratus Lebuh Raya PLUS Bhd.

Projek Lebuhraya Utara Selatan Di Anugerah Kepada Pembida Tertinggi

Pada tahun 1986, Mahathir memilih untuk menganugerah projek Lebuh Raya Utara Selatan kepada syarikat milik persendirian UEM walaupun pada hakikatnya bahawa tawaran UEM:

- Yang paling mahal,
- Tidak mempunyai pengalaman pembinaan lebuh raya,
- Memerlukan jumlah tertinggi sokongan kewangan kerajaan
- Cadangan kadar tol tertinggi
- Kadar tertinggi kenaikan tol dan tempoh kutipan tol yang paling lama
- Anggaran kutipan tol tertinggi daripada pengguna dua kali ganda berbanding pembida lain.

Konsesi diberikan kepada UEM adalah untuk tempoh 30 tahun dan ia juga membenarkan UEM untuk mengendalikan dan mengenakan tol terhadap pengguna pada bahagian lebuh raya sudah siap dibina oleh Kerajaan.

Daripada 870km lebuh raya, UEM dibayar untuk membina 500km dan diberi percuma 370km yang telah siap dibina menggunakan dana awam untuk mengutip tol.

Sebenarnya. hampir 370km daripada 870km lebuh raya Utara Selatan itu sudah dibina sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sebelum ia diswastakan kepada PLUS.

Selain itu kerajaan memberi UEM pinjaman sokongan sebanyak RM1.65 bilion daripada RM3.5 bilion anggaran kos pembinaan, kerajaan juga melindungi UEM daripada kenaikan kadar faedah, kenaikan inflasi, kadar mata wang turun naik dan memberikan mereka jaminan trafik minimum.

Ia adalah satu perjanjian yang sangat baik untuk sebuah syarikat swasta dan sebab atau kriteria untuk memilih UEM oleh Mahathir tidak pernah didedahkan kepada umum.

Selepas berdekad-dekad dimilik syarikat persendirian, Lebuhraya Utara Selatan - bersama-sama dengan lain-lain lebuh raya PLUS telah diambilalih sepenuhnya oleh Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2011 dan kini 51% dimiliki oleh Khazanah dan 49% oleh KWSP. Kenaikan tol juga dirundingkan semula untuk menjadi lebih munasabah.

(Nota: walaupun Kerajaan membeli UEM pada tahun 1999. PLUS BHD telah disenaraikan secara berasingan pada tahun 2002 untuk membantu Renong /UEM mengurangkan hutang semasa kejatuhan ekonomi 1998)

Soalah menarik yang sepatut ditanya, mengapa projek lebuh raya 800km di Semenanjung padat dengan penduduk dibeban dengan kadar tol tinggi sedangkan lebuhraya pan-Borneo 2200km di rupa bumi yang tidak begitu ramai penduduknya di Sarawak bebas tol?.

Saya terfikir jika Najib adalah orang yang membina lebuh raya Utara Selatan 800km bukannya Mahathir, kita mungkin akan menikmati tol percuma hari ini.

Tetapi tiada siapa yang boleh dibandingkan dengan Tokong Lim Guan Eng yang menandatangani untuk membayar syarikat swasta sepenuhnya untuk kos pembinaan terowong tetapi memberikan mereka konsesi 30 tahun mengutip tol.

Mahathir pemegang saham syarikat jet peribadi FlyJet Sdn Bhd.

Selain daripada menggunakan pesawat Berjaya Air, DRB, Kerajaan atau pesawat milik anaknya, Mahathir juga merupakan pemegang saham nominal dan pengarah syarikat jet peribadi FlyJet Sdn Bhd.

Mahathir terbang ke Langkawi hari ini menaiki pesawat Bombardier Challenger 604, pesawat persendirian milik FlyJet Sdn Bhd di mana Tan Sri Lee Kim Yew merupakan pemegang saham majoriti manakala Mahathir bersama-sama dengan anak perempuan Tan Sri Lim adalah pengarah dan pemegang saham nominal.

Syarikat itu kini mempunyai dua jet Challenger dan Boeing 737.

Hebat kan Mahathir!
---
Berita mengenai FlyJet Sdn Bhd.
http://www.thesundaily.my/news/1089564

Twin Otter MAS Wing terbabas di Marudi

MARUDI: Sebuah pesawat ringan Twin Otter milik Maswing terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Marudi jam 3.50 petang tadi.   

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu tidak membabitkan kecederaan pada dua juruterbang dan empat penumpang. 

Beliau berkata, pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Miri menuju Marudi terbabas ke kiri dan berhenti di kawasan berumput di tepi landasan. 

"Ketika kejadian pesawat dikendalikan pembantu juruterbang namun tidak dapat dipastikan punca kejadian.  

"Siasatan penuh mengenai kejadian dikendalikan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Miri," katanya.

#TangkapMO1: Malaysiakini Memalukan Mahathir

Tajuk Malaysiakini benar-benar memalukan Mahathir kerana Khairuddin Abu Hassan pembantu setia Mahathir telah menyatakan beberapa hari lalu bahawa beliau akan menghadiri dan memberi ceramah pada perhimpunan tersebut.

Melihat bahawa kehadiran yang tidak memberangsangkan, Mahathir seolah-olah telah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dengan memberi alasan bahawa "sibuk saat akhir di Langkawi".

Apa yang penting sangat di Langkawi sehingga tidak boleh menghadiri perhimpunan "Tangkap MO1 dan Selamatkan Malaysia"?

Seolah-olah seperti sokongan untuk Mahathir telah berlalu, sehingga ia tidak lagi mampu untuk menarik orang ramai.

03:50 - Dataran Merdeka: Dr Mahathir Mohamad dijangka tidak akan membuat penampilan beliau pada perhimpunan TangkapMO1 itu.

"Dia tidak dapat datang pada saat-saat akhir kerana dia terpaksa pergi ke Langkawi," pembantu memberitahu Malaysiakini.

Dianggarkan lebih kurang 1,500 penunjuk perasaan berarak ke Dataran Merdeka.

Walau bagaimanapun ahli pro-tem Pribumi, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman mendakwa bahawa lebih 2,000 penunjuk perasaan mengambil bahagian.

Mereka memegang sepanduk, melaungkan "Undur Najib!".

Friday 26 August 2016

Mahathir Bakal Hadir Himpunan Haram Mahasiswa

GERAKAN mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bukan lagi rahsia. Malah isu yang dibangkitkan oleh Department of Justice Amerika Syarikat (DoJ) adalah susulan dari permintaan pembangkang sendiri dengan menjemput campur tangan asing ke dalam sistem politik negara.

Dalam meneruskan gerakan pemberontakan tersebut maka satu himpinan haram akan diadakan sebentar lagi oleh Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia yang didalangi pembangkang.

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengesahkan Mahathir akan menyertai himpunan haram tersebut. Menurut beliau, Persatuan Mahasiswa Melayu Malaysia telah menjemput Mahathir ke Dataran Merdeka pada sebelah petang. Namun kenyataannya kita tahu mungkin Mahathir yang mengerakkan himpunan haram itu.

Setakat ini , PAS belum mengesahkan penyertaan pada himpunan itu walaupun rata-rata parti pembangkang di negara ini menyokongnya.

Pihak penganjur acara tersebut mengesahkan perhimpunan itu akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak membenarkan perhimpunan tersebut diadakan di Dataran Merdeka ekoran penganjur tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan kata lain, ini merupakan perhimpunan haram.

Tulisan :
Beruang Biru
BB24, Sabtu
27 Ogos 2016

Beri Najib peluang, titah Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi peluang seperti perdana menteri terdahulu yang juga melakukan kesilapan.

Sambil menegaskan baginda tidak memihak sesiapa, katanya Najib tetap adalah perdana menteri.

"Saya tahu perdana menteri banyak dibidas tetapi saya kata berikannya peluang.

"Terdapat isu-isu yang masih perlu ditangani, perlu meyakinkan rakyat, yang perlukan jawapan, tetapi saya mesti katakan bahawa ini juga harus ada kesudahannya.

"Setiap daripada kita ada membuat kesilapan tetapi kita mesti sedia belajar, betulkan kesalahan dan lakukan apa yang betul," titah baginda dalam temu bual eksklusif dengan The Star.

Sultan Ibrahim juga menegaskan bahawa kedudukan baginda adalah di atas politik dan tidak akan menyebelahi mana-mana pihak termasuk antara Najib dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baginda bertitah setiap kali bertemu dengan sama ada Muhyiddin atau Najib, baginda cuba mengelakkan diri daripada bercakap tentang politik.

"(Muhyiddin) ada luahkan rasa tidak puas hati. Saya dengar dan menyimpannya. Saya juga berjumpa dengan perdana menteri dan elakkan bercakap mengenai politik dengannya.

"Biarlah ahli politik kendalikan hal politik. Saya di atas politik. Jika beliau (perdana menteri) memerlukan nasihat, saya di sini sebagai kawan," katanya.

Baginda berkata selain mesyuarat rasmi, Najib sering kali juga mengadapnya untuk tujuan tidak rasmi di mana kedua-dua mereka membincangkan isu-isu negeri.

Ini termasuk keperluan untuk meningkatkan kerjasama dengan Singapura yang menurut baginda difahami oleh Najib lebih baik berbanding pemimpin terdahulu.

"Saya tidak mahu ungkit kisah lalu dan saya tidak ingin menyelar mana-mana ahli politik, sama ada yang masih aktif atau sudah bersara. Perdana Menteri memahami dan menghargai keperluan untuk bekerjasama dan tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

"Saya dapati sukar untuk memahami rasional ataupun tidak rasional mana-mana pemimpin Malaysia yang mahu negara ini bergaduh dengan Singapura. Ini adalah apa yang saya panggil pemikiran bengkok," katanya.

Walaupun baginda tidak menyebut mana-mana nama, tetapi Sultan Ibrahim dipercayai merujuk kepada pengkritik lantang Singapura iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir dilaporkan menuduh Najib 'tunduk' kepada jiran di selatan negara dengan membatalkan apa yang dikenali sebagai projek "jambatan bengkok".

"Kambing Hitam" Mahathir Di Jatuhkan Hukuman Di Bawah BAFIA Akibat Mengikut Arahan Mahathir Beri Kelulusan Pinjaman Kepada Syarikat Kroni Milik Repco Low

1. Akhirnya Datuk Ismail Zakaria bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Bank era Mahathir didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan Mahkamah Tinggi 19 Ogos menjatuhkan hukuman denda RM600,000.

2. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman, berkata hukuman denda itu adalah selepas mengambil kira keadaan fizikal dan mental responden (Ismail) yang kurang memuaskan selepas menghidapi penyakit angin ahmar. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM150,000 atau 10 bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap Ismail yang hadir berkerusi roda di mahkamah.

3. Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan Ismail daripada empat pertuduhan itu.

4. Pada 12 September 2011, Ismail dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada empat pertuduhan bertindak di luar bidang kuasanya meluluskan pinjaman berjumlah RM175 juta kepada syarikat Everise Capital Sdn Bhd anak syarikat Repco Capital milik proksi Mahathir, Low Thiam Hock antara 20 September 1997, dan 21 Oktober 1997. ( Pinjaman berperingkat RM59 juta, RM50 juta, RM40 juta dan RM26 juta)

5. Pertuduhan mengikut Seksyen 65(1) Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM5 juta, atau kedua-duanya.

6. Ismail Zakaria meletakkan jawatannya selepas Sime Bank yang merupakan antara empat bank terkemuka negara pada ketika itu mencatatkan kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.

7. Kerugian itu disebabkan pemberian beberapa pinjaman saham bernilai ratusan juta ringgit dan ekoran itu memerlukan suntikan modal lebih RM1.2 bilion untuk membolehkannya terus beroperasi.

8. Kerugian bank tersebut dilaporkan selepas satu tahun diambil alih oleh Sime Darby Bhd. Bank berkenaan sebelum ini dikenali sebagai United Malayan Banking Corporation (UMBC).

9. Ismail pernah menjawat Ketua Eksekutif RHB DCB Bank dan Pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) sebelum berkhidmat di Sime Bank, malah turut pernah disebut-sebut dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.

10. Itulah kuasa magik Mahathir. Wahyu Mahathir yang berkuasa ketika itu. Siapa berani tidak meluluskan arahan Mahathir untuk memberi pinjaman kepada syarikat taikun atau proksi Mahathir? Beranikah Datuk Ismail Zakaria tidak meluluskan pinjam
syarikat milik Repco Low RM175 juta itu jika ia arahan?

11. Itulah Mahathir, kroni dan proksi kaya raya, ambil komisen berjuta dari
penjualan bank UMBC kepada Sime Darby Berhad, luluskan pinjaman bank tapi pegawai yang meluluskan dana bank jadi "Kambing Hitam". Hebat! bravo!

REPCO LOW ATAU LOW THIAM HOCK ORANG KUAT MAHATHIR.

12. Siapa Repco Low? Pengerusi Eksekutif Repco Holdings Bhd. (Repco), Low Thiam Hock didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Januari 2016 atas pertuduhan mewujudkan kekeliruan terhadap harga saham syarikat itu di Bursa Malaysia, hampir 19 tahun lalu.

13. Repco Low atau Thiam Hock didakwa atas pertuduhan mengarahkan seorang wakil Sime Securities Sdn. Bhd. membeli saham Repco Holdings dengan menyerap apa-apa harga tawaran saham itu yang ditawarkan oleh penjual saham di Bursa Saham Kuala Lumpur. Perbuatan itu dikira boleh menimbulkan kekeliruan berhubung harga saham Repco di pasaran.

14. Repco Low didakwa melakukan perbuatan itu di Sime Securities, Tingkat 21, Bangunan Sime Bank, Jalan Sultan Sulaiman antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 3 Disember 1997. Sime Bank kerugian RM1.81 bilion sebelum cukai bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 1997.

15. Bayangkan ini – Repco diniagakan pada harga RM5 sesaham pada tahun 1996, kemudiannya dimanipulasi sehingga mencecah RM140 sesaham setahun kemudian dan pada tahun 1998, ianya menjunam kepada RM2.98 sesaham. Kaunternya kemudian digantung pada tahun 2000 dan dinyahsenarai 3 tahun kemudian – yang menyebabkan beribu kehilangan wang mereka.
16. Satu ketika surat Tun Mahathir ketika menjadi PM bertarikh 18 Oktober 2000 kepada Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti berhubung penglibatannya dengan Repco Low berhubung memanipulasi pasaran saham. Ia subahat yang licik. Akhirnya Repco Low juga ke dalam.

17. Mahathir sokong Repco Low, Repco Low pinjam dengan Sime Bank, Mahathir arah CEO Sime Bank beri kelulusan! Akhirnya Repco Low dan Datuk Ismail Zakaria masuk ke dalam juga

18. Mahathir? masih menikmati saat indah melihat anaknya Tersenarai sebagai ke 28 terkaya di Malaysia. Mukhriz Mahathir pemilik Opcom Holding Berhad yang dapat projek kabel fiber optik zaman Mahathir menerima projek Rundingan Terus Bernilai RM214.2 juta sejak tahun 2003.

19. Malah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Mukhriz kata rakyat saja miskin tapi dia kaya!

Itulah Mahathir!...dia tetap dengan kepentingannya. Siapa Next?


Jeneral M