Thursday 8 December 2016

BUAYA SESAT MASUK DALAM TASIK DI SEMARIANG BERJAYA DITANGKAP

KUCHING: Seekor buaya sepanjang kira-kira 1.5 meter dipercayai tersesat ke dalam sebuah tasik berhampiran Tanah Perkuburan Islam Semariang berjaya ditangkap hari ini.

Dalam kejadian kir-kira pukul 9 pagi, reptilia itu ditangkap oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) dari Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Menurut jurucakap SWAT, buaya tersebut ditangkap ekoran aduan orang ramai selepas sang bedal itu sering muncul di permukaan air sekali gus mengancam keselamatan pengunjung di kawasan tasik berkenaan.

"Bertindak atas aduan orang ramai, kita berjaya menangkap haiwan ganas tersebut.

"Reptilia itu akan dipindahkan ke Pusat Hidupan Liar di Matang untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment