Thursday 25 February 2016

Pesawat TUDM CN235 mendarat cemas (crash landing) di Kuala Selangor - update gambar

ACFT TYPE:CN235
CALLSIGN: SINTAR SAKTI 02
POSITION: KUALA SELANGOR (N031846E1011527)
NATURE OF EMERGENCY: ACFT LANDED ON WATER
POB:08
TIME ACFTIVATED:260845H

TQ Pls Ack Sir's
Warrant officer shaiful RMAF


Sebuah pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa, di sini, kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu.

Difahamkan, pesawat jenis CN235 terhempas di kawasan hutan sekitar pantai kawasan berkenaan.

Pihak bomba kini berada di kawasan kemalangan.

Laporan awal mengatakan lapan orang yang berada di dalam pesawat berjaya diselamatkan.

Mereka diselamatkan oleh nelayan yang berada berhampiran lokasi nahas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai sebuah pesawat berkenaan yang terbakar.

"Seramai enam orang berjaya diselamatkan dengan perahu nelayan yang berada di situ.

"Anggota penyelamat yang bergegas ke sana nampak asap dari arah 200 meter dan mereka terpaksa memasuki kawasan dengan menggunakan bot," katanya.


--

No comments:

Post a Comment