Wednesday 6 January 2016

Nilai ringgit melantun semula - Sampah Rakyat kena belajar Forex

 Sampah Rakyat perlu belajar Forex maksud mengukuh.

Dan belajar mengapa kebanyakan matawang dunia jatuh berbanding matawawang USD sekarang dan kaitan dengan kejatuhan harga komoditi minyak dan lain-lain komoditi.
 
 
Untuk membandingkan kejatuhan RM, Sampah Rakyat sepatutnya membandingkan nilai RM berbanding USD sejak 20 tahun lalu.
 
 
 
 Kalau Sampah Rakyat tengok matawang negara lain di dunia dan tidak seperti katak ditimpa kemarau, mereka tak perlu bimbang dengan nilai RM dan ekonomi negara. Kelompok seperti Sampah Rakyat lah yang membuatkan Nilai RM jatuh dengan spekulasi buruk mengenai negara sendiri.
 
--------------------------
Nilai ringgit melantun semula
 
Ringgit hari ini melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong permintaan pelabur yang kukuh terhadap mata wang tempatan, kata para peniaga.
 
Pada 5 petang, unit tempatan menokok kepada 4.3400/3450 daripada 4.3450/3530 pada Isnin.
 
Trend ini juga seiring dengan pasaran ekuiti Malaysia yang mencatatkan momentum positif dalam dagangan hari ini.
 
"Ringgit juga menjejaki pergerakan mata wang ASEAN pesat berkembang lain, disokong oleh langkah yang diambil China untuk menstabilkan pasaran ekuiti," katanya.
 
Unit tempatan turut meningkat berbanding mata wang utama lain.
 
Ia tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0460/0500 berbanding 3.0513/0582 semalam dan meningkat kepada 6.3373/3832 daripada 6.4171/4298 berbanding pound British pada Isnin.
 
Ringgit mengukuh berbanding yen kepada 3.6409/4464 daripada 3.6510/6580 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6820/6891 daripada 4.7456/7557.

No comments:

Post a Comment