Wednesday 6 January 2016

Bursa Malaysia ditutup tinggi bertentangan arah aliran serantau

 


Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, bertentangan arah aliran serantau, dan mengatasi kerugian awal apabila pelabur merebut peluang jualan besar-besaran serta belian pada harga rendah, kata peniaga.

Pada penutupan, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.27 mata atau 0.14 peratus kepada 1,667.97, selepas mencecah paras rendah 1,661.69 pada sebelah pagi.

Menurut Kenanga Research, semalam pasaran berjaya mengatasi keraguan beberapa hari sebelumnya ekoran Wall Street yang lemah disebabkan kejatuhan saham China.

Walaupun kenaikan itu mungkin hanya sementara disebabkan jumlah dagangan yang rendah serta petunjuk teknikal utama yang kurang bermaya.

"Kami percaya ringgit yang lemah, harga minyak mentah yang rendah, kebimbangan baharu ke atas kelembapan ekonomi di China dan ketegangan yang meningkat di Asia Barat akan terus menjejaskan sentimen pelabur dalam tempoh terdekat," katanya.

Saham serantau kekal rendah.

Nikkei 225 Jepun susut 182.68 mata kepada 18,191.32, Hang Seng Hong Kong turun 104.94 mata kepada 21,083.78, Straits Times Singapura susut 30.43 mata kepada 2,803.80.

Di papan skor tempatan, Indeks FBM EMAS meningkat 48.05 mata kepada 11,695.73, Indeks FBMT100 menokok 41.80 mata kepada 11,360.87 dan Indeks FBM EMAS Shariah meningkat 41.30 mata kepada 12,708.23.

FBM 70 menokok 143.04 mata kepada 13,213.31 dan FBM ACE meningkat 48.11 mata kepada 6,364.88.

Mengikut sektor, Indeks Perusahaan menambah 4.90 mata kepada 3,226.39, Indeks Kewangan meningkat 42.39 mata kepada 14,009.51 dan Indeks Perladangan menokok 82.71 mata kepada 7,733.44.

Prestasi pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 595 berbanding 321 manakala 324 kaunter tidak berubah, 483 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.43 bilion saham bernilai RM2.31 bilion berbanding 1.83 bilion saham bernilai RM1.94 bilion semalam.

No comments:

Post a Comment