Friday 9 September 2016

Perbandingan 7 Tahun Pertama Mahathir Dan Najib Sebagai Perdana Menteri


Selain daripada data ekonomi kononnya "kecemerlangan" prestasi Mahathir 1981-1998 iaitu pada 7 tahun pertama beliau berkuasa,di bawah ini adalah 'kejaaan' 7 tahun pertama berliau sebagai Perdana Menteri.

  • - Dua kali ganda pengangguran,
  • - Defisit bajet tertinggi dalam sejarah Malaysia,
  • - Dua kali ganda hutang sekarang pada nisbah lebih 100% Hutang berbanding KDNK,
  • - Dua kali ganda hutang luar negeri,
  • - Kemelesetan pada tahun 1985,
  • Penurunan pasaran saham kepada separuh,
  • Menyalahguna Maminco dan memusnahkan industri bijih timah,
  • Salah urus kejadian tragedi Memali mengakibatkan kematian 18 orang awam dan pegawai-pegawai polis,
  • Memaksa peletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau, menteri kewangan, 3 menteri kabinet dipecat (termasuk Pak Lah) dan 4 timbalan menteri dalam bulan ramadhan,
  • Memusnahkan sistem kehakiman dengan memecat Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim Mahkamah Agung,
  • Menipu berbilion-bilion saham Bumiputra daripada KWSP melalui Makuwasa untuk menyelamatkan Maminco,
  • Melingkupkan BMF bersama hutang RM2.5 billion,
  • Hampir berlaku rusuhan kaum besar-besaran sebelum menahan lebih daripada 100 orang dibawah Ops Lalang dan dusumbat kedalam penjara di bawah ISA,
  • Menutup 4 akhbar utama termasuk Sin Chew, Watan dan The Star,
  • Mengurangkan kuasa Agong dan juga menggubal undang-undang untuk membenarkan dia sendiri untuk mengisytiharkan darurat.
  • Memusnahkan UMNO dan mencipta UMNO baru,
  • Memberi proksinya konsesi berat sebelah lebuh raya PLUS yang akhirnya akan menyebabkan RM51 bilion bayaran tol yang dibayar oleh rakyat untuk geng beliau,
  • Perwaja Steel yang kehilangan RM10 bilion menjelang akhir 7 tahun dan akhirnya kehilangan RM15 bilion.
  • Lebih daripada dua kali ganda cukai kereta yang menyebabkan rakyat membayar sehingga RM200 bilion tambahan.

Sebenarnya, Siapa Yang menyusahkan?

No comments:

Post a Comment