Sunday 25 September 2016

Tarif Elektrik Sarawak lebih murah berbanding Semenanjung dan rantau Asia


Terdapat mesej Whatsapp berlegar menyasarkan orang Sarawak memfitnah Kerajaan Persekutuan mengawal semua air di Sarawak dan menggunakannya untuk memperkayakan Melayu.

Mereka berkata ini telah menjadikan Sarawak tidak dapat untuk menjual elektrik pada kadar yang lebih rendah untuk menarik pelaburan asing.

Iniialah tuduhan dusta dan fitnah.

Sarawak Elektric, yang dikuasakan mengguna  hidroelektrik, adalah yang paling murah di rantau ini, jauh lebih murah daripada di Semenanjung Malaysia,Thailand atau Vietnam.

Sila lihat tarif elektrik industri oleh Sarawak Elektrik di Sarawak dan TNB di Semenanjung Malaysia.

Bagi setiap kategori, tarif elektrik di Sarawak adalah jauh lebih murah sama ada waktu puncak atau luar waktu puncak.

Tarif Elektrik kediaman dan komersil di Sarawak juga jauh lebih murah berbanding Semenanjung Malaysia.

Pembangkang perlu berhenti menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu.

Abaikan propaganda negatif dan penipuan.

----

No comments:

Post a Comment